nuffnang

Monday, October 10, 2016

opthalmology department: RS Bayukarta, Karawang ( 5 September 2016 - 8 Oktober 2016 )

Assalamualaikum...

Alhamdulillah berakhir juga department yang ke-12, opthalmology department...kebarangkalian untuk mendapat stase di FMC sebenarnya sangatlah tinggi kerana pada saat itu hanya department mata di FMC yang sepatutnya buka tapi bila ada ralat, aku ditempatkan di RS Bayukarta, Alhamdulillah....dapat juga suasana baru, dah 26 minggu di FMC, huhuu...


ok the special thing about bayurkarta is that they have their own building for bayukarta eye centre and all of us wear black coat instead of white coat...mungkin untuk membezakan kita dengan doktor specialist yang memang tak pakai white coat pun...waktu itu naik uber berdua dengan odah, roomate juga masa stase di fmc.


kosan dekat je dengan rumah sakit, boleh jalan kaki tak sampai 5 minit,.apa yang best tentang bayukarta adalah makanan depan rumah sakit sangatlah banyak dan pelbagai pilihan, memang boleh nak gemuk T_T apa yang tak best pula adalah dia macam kawasan agak terpencil semua ojek, uber, grab car dll tak ada kat sana....angkut pun biasanya sampai pukul 6 petang...ada angkut malam tapi tak banyak.jadi kami memang kebanyakan merempat di kosan sahaja tak pun biasanya weekend balik jakarta.




doktor kat sini ada 4 orang, 3 perempuan dan 1 lelaki...tengok yang tak pakai kot tu, bergaya betul kan...heheh..doktor ayu, spm dan doktor etty, spm.



 bergambar di depan ruangan...cari lighting lawa sket.

 dalam poliklinik mata....mai sini kita check mata awak..hehehh



satu-satunya doktor mata lelaki, doktor Agus, smpM


 With dr. Ayu, opthalmologist...ni baru full houseee...



selfie dengan perawat\


disebabkan kami di bayukata eye centre, memang case banyak setiap hari, dan setiap hari akan ada operation matayang biasanya operation katarak, phacoemulsification pteryplasty dan vitrectomy....operation phaco dgn pteryplasty biasanya paling lama 15 minit tapi vitrectomy boleh adi sampai 2 jam... apa yang best, OT dia besar kalau nak dibandingkan dengan bilik-bilik bedah lain yang pernah aku masuk sepanjang clinical....


overall, stase di sini bolehla dikatakan best doktor pun okey, perawat pun ok...orang kata stase bonam bolehla ...lepas stase ni cuti seminggu sebelum masuk last department, IKM...public health ^^



Saturday, September 10, 2016

Surgery department: RS FMC, Jakarta ( 20 June 2016 - 3 september 2016 )

Assalamualaikum and hi everyone...


baru berkesempatan menulis sedikit tentang department yang ke-11, department surgery di Rumah Sakit Family Medical Centre ( RS FMC) yang terletak di Cilluar, Bogor....bukannya tak ada waktu, tapi buat masa sekarang untuk menaip tu tersangat-sangatlah mager..ahahaha....apa lagi kita sekarang agak busy dengan business baru kita, kopi hijau oriherbs...ok boleh baca kat sini :p


Ok sebab dah terbiasa dengan RS fmc, aku dah kenal hampir semua staf-staf kat sini termasuklah office boy, cleaner, pak guard, orang lab, farmasi, pendaftaran, bpjs, rekam medis, kakak abang nurse, doktor umu, doktor specialis sampailah director rumah sakit pon kenal aku...cuma kali ni dah tak tinggal di rumah bersama bidan tu lagi, tapi sewa bilik lain yang yang lagi best, lagi besar dan selesa...siap ada dapur dan sinki,...aku just bawa rice cooker jela, kalau ada yang bawak stove sendiri bolehla masak...


kali ni share bilik dengan sorang lagi kawan yang stase anak, junior batch sebenarnya, so oklah dapat lagi murah, bilik pun besar...biasalah dekat rumah sakit ni tak ada cafe mahupun kantin, jadinya mereka sediakan katering untuk akan tengahari dan makan malam, itupun kalau nak pesan...tapi serius murah habis habisan, rp3,500.00 je sekali makan...kitorang pun selalulah juga pesan, sebab dah bosan dengan makanan sekitar sana, tak tahu da nak makan ape -_-





hampir setiap minggu balik jakarta, sebab nak dapatkan wifi free je sebenarnya kat kosan jakarta...kami balik sana pun naik kereta api, lepas tu naik angkut atau uber...hohoo..masa stase obgyn dengan THT selalu naik bus APTB je...tapi ternyata naik keretapi ni best sebab tak payah nak melawan macetness ke apa..aku bawa rice cooker dan water heater jadinya menu breakfast biasaya rebus/goreng telur dan secawan kopi hijau...makan tengahari katering/warteg luar dan malam biasanya pempek, bakso, mee ayam dan sebagainya...oh kami suka bubur ketan hitam, bubur kacang hijau dan ayam bakar minantu...bubur kacang ijo+ketan hitam terbaik :D


OK Sekarang nak cerit tentang stase, kalau nak cerita semua jenuh jugak...terlalu banyak yang nak dikongsikan, suka duka selama 10 minggu....jadi kita singkatkan cerita dan banyak cerita bergambar okey :) Doktor bedah ada 5 orang tapi yang jadi konsulen kami hanyalah tiga orang....kita tak ikut doktor orthopaedics...sebenarnya aku macam minat orthopedik juga sampaikan pernah bercita-cita untuk specialised in otho, tapi bila lama kelamaan aku tengok kerja dr. bedah tulang ni tak jadi pulak...aku ni dahla kecik tak sesuai, kalau doktor bedah umum ok kot...


di sini setiap hari sebelum pukul 7 pagi semua sudah bersiap sedia di dalam poliklinik, kalau ada patienst warded akan visit dulu then mula poli...biasanya tak ada patients lagi kalau awal-awal pagi sangat, jadi kami bmbingan setiap hari! pagi-pagi akan ada yan buat slide dan presentation, kita bergilir-gilir dan buat jadual.




hari pertama!!! bersama geng-geng bapukness :p






the girlsssss








anak-anak kosan bu sugeng

before operation! 
tunggu doktor anestesi bius dulu..
kami terbahagi kepada dua kelompok kalau masuk bilik bedah seabb terlalu ramai dan nanti akan ada seorang yang jadi assisten sepanjang bedah, bergilir-gilir.


campur semua team bedah, obgyn, anak dan anestesi.
,


doktor semua baik, case walaupun tak banyak sebab kita hospital kecil, banyak yang kena rujuk dekat hospital besar tapi cukuplah untuk menjadi seorang doktor umum (general practicioner) nanti, inyaAllah  ^^


gambar bersama doktor-doktor masih dalam handphone, nanti saya upload lagi..ok till then, thanks for reading :D

Thursday, August 18, 2016

Kurus dengan kopi Hijau oriherbs

Still remember the fat girl on the left side? They are exactly the same person 😂



Zaman berat naik mendadak, zaman di kampus yang penuh dengan kebahagiaan mungkin? Zaman makan x igat dunia, makan nasi bertambah memalam, Air kotak, jus, keropok jajan, gula-gula mesti ada dibawa didalam bag, tak berhenti mengunyah..bersenam? Jauh sekali 😑

Bila mana baju-baju mulai ketat barulah terasa stress, tapi time tu kesedaran belum ada, tak pernah nak timbang berat badan hingga nak masuk clinical year mesti suntik vaksin hepatitis B. Aku pergi hospital dan timbangan almost 60kg. OMG!! 😱😱 sesak nafas tengok berat sendiri.

Mulailah aku mencari cara-cara untuk menurunkan berat badan, aku jumpa diet Atkins yang mana mengurangi makan karbohidrat, makan hanya 20g sehari dari sayur... aku berusaha berhabisan tak makan nasi, pizza, donut dan seangkatan dengannya...minuman manis semua aku tolak, petang-petang jogging dan bersenam...

memang agak sengsara bro!!! Nak ubah lifestyle bukannya suatu benda yang senang...makanan masak sendiri, hanya makan lauk dan sayur...memang memerlukan ketabahan dan kekuatan 😂 dapatlah time tu berat 49 kg dan kurus pada hari wisuda..

Namun bila mana dah masuk clinical year, dihantar ke hospital berbeza pada setiap department, mulailah makan tak menentu...jangan harap nak  masak sendiri, dapur pun tak ada...kalau on call pesan nasi goreng malam2...tidur pun tak menentu..badan pun naiklah dengan banyaknya 😂

Akhirnya aku mencuba minum green coffee yang pada awalnya diperkenalkan oleh seorang kawan... sebelum minum, aku ada baca dan research  tentang kopi ni, dah banyak popular di negara- negara luar namun belum ada di Malaysia..

serious tak pernah tahu kewujudan #kopihijau yang daku tahu hanyalah Teh Hijau kerana dalam diet Atkins memang popular dengan pengambilan Teh Hijau..dapat juga turunkan berat dengan banyak 💪💪 thank you perkenalkan kopi Hijau 😀 tak mampu da nak diet ketat macam dulu lagi 😂😂





saya dah cuba dan saya jual untuk share kebaikan kopi dengan anda semua...nak tahu lebih lanjut tentang kopi hijau boleh whatsapp saya +60139417311 😍

No more gemuk! Obesity!!
Anda mampu mengubahnya 😉



After 3 weeks 😉


Rocking stripes

 Gemuk version 
Fat fat...hu hu


Follow my IG: https://www.instagram.com/kopihijauoriherbs/
#kopihijauoriherbs

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...