nuffnang

    Monday, December 26, 2011

    ukhwah fillah ^_^ - sebiru hari ini-



    (^_^)



    bulatan gembira---usrati----> love u all :*


    jom layan lagu ni... sebiru hari ni by Edcoustic



    Permai 2011,Taman Widalatika, Cibubur Jakarta
    Tomorrow : Surabaya & Malang for a week



    Saturday, December 24, 2011

    kenapa nak jadi doktor??? - I wanna be a good muslimah doctor -

    Assalamualaikum...


    kenapa nak jadi doktor??ini adalah soalan yang selalu aku dapat dan rasanya orang lain yang memilih bidang perubatan pun sama jugak...jikalau anda baru sahaja tamat SPM dan rasanya nak jadi doktor, bersiap sedialah untuk menerima soalan ini ketika di'interview' terutama semasa interview untuk biasiswa...jawapan kita akan dinilai dan itu akan menunjukkan yang kita ni betul-betul nak jadi doktor atau saja-saja ambil sebab mak ayah suruh atau ambil pun sebab dapat result straight A's xD


    oklah, korang mesti nak tahu cerita pengalaman aku sendiri kan??haaha.. (bajet gila budak nih..eh :P) sebenarnya ada sorang student lepasan SPM tanya saya kenapa saya nak jadi doktor??dan dia suruh saya ceritakan perjalanan saya kenapa dan mengapa saya di sini??? hurmm...and for u, this is the answer ^_^ *amaran keras: entri ini sangat panjang, sila jangan pengsan lepas baca..hiks*


    sejak dari kecil sebenarnya aku adalah menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor..cewahh, sebenarnya takdelah dari kecil sangat sebab dulu-dulu tak pernah terfikir pun nak jadi doktor, nak jadi cikgu je senang (read here) sebab aku ni sebenarnya sukakan kanak-kanak..awwww, bakal ibu mithali insyallah :D


    tapi bila dah besar sikit aku sangat admire dengan doktor sebab kalau orang sakit mesti jumpa doktor dan apa yang doktor cakap mesti orang dengar, orang hormati dan respect profesi doktor..heehe...lagi pula mak pernah juga cakap biar salah sorang anak dia jadi doktor dan mak rasa aku paling layak..ouch!!harapan orang tua nehh...arwah atok pun pernah cakap macam tu, "kak ja kalau jadi doktor sesuai nanti pergi Mesir belajar doktor" terngiang-ngiang lagi kata-kata tersebut semasa aku tengah urut dia, tapi time tu aku baru form 2 dan mungkin sebab kecemerlangan akademik aku agak terserlah time tu :p



    aku pernah cakap pada diri sendiri, kalau SPM dapat semua A aku akan apply ambil perubatan tak kiralah dalam atau luar negara, tapi kan dengar-dengar orang yang belajar kat luar negara macam best jee pastu kan suka sangat tengok dekat surat khabar kolum salam perantauan yang pelajar luar negara bagi ucapan..pastu mulalah terbayang-bayang nak jadi macam diorang, nak ambil perubatan luar negara...suka sangat tengok mereka kat negara 4 musim, ada summer, winter main salji...woooh, masa tu fikir benda tu je...but at the same time, i study and pray hard to get it!!mana boleh angan-angan je..




    Alhamdulillah aku dapat all A's in SPM dan masa isi borang JPA online terus tak fikir panjang dan tick perubatan luar negara...serius masa isi tu tak tanya sape-sape pun, semua aku explore sendiri..ohh kat rumah takde internet, tapi sebab lepas SPM aku masuk kelas jahitan dan sebelah tu je Bestari.com, iaitu pusat internet free..bila-bila masa je boleh online tak kira waktu...tapi aku masa tu fikir nak pergi Europe, Ireland bagailah kan dan langsung tak terfikir nak pergi Mesir walhal aku ada je basic bahasa Arab masa PMR..tapi degil juga, ambil medic luar negara dan tak bagitahu mak pun pasal tu (lagipun mak memang tak kisah sebab dia kata kita dah besar dah boleh fikir sendiri dan dia tak suka paksa) ouch!! i love u ma!!! mak aku memang sangat sporting, dia cakap as long as aku pandai jaga diri dan tak buat benda-benda tak baik dia bagi je aku buat keputusan sendiri dan dia hanya menyokong...



    Alhamdulillah jugak aku lepas interview JPA dan masuk Intec dan masa tu dapat MMC (Manipal Medical College) memang mula-mula dapat surat tu frust, sebab impian nak pergi Ireland kan...tapi sebab ramai cakap MMC bagus, medic kat India bagus banyak cadaver dan banyak lagilah positive words from my friends and teachers...tapi apakan daya, result A-level aku kurang memberangsangkan dan sekarang aku  di sini, di bumi Indonesia...satu lagi ujian buatku, tapi aku terima jelah semua ni dengan reda...aku yakin Allah have a big plan for me and this is the best for me..


    Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (Surah al-Baqara: 216)


    semua perkara yang berlaku dalah atas kehendak Allah S.W.T dan untuk kebaikan kita sendiri..Melupakan atau mengabaikan kenyataan bahawa semua situasi dalah hidup kita ditentukan oleh Allah ialah suatu yang sangat bahaya seseorang boleh lakukan pada dirinya. Ia boleh membawa tekanan. kita kena yakin bahawa semua ini sudah Allah rancang sebaiknya :D


    Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Surah al-Hadid: 22)


    walaupun tak pergi Manipal, aku bersyukur sangatttt dengan apa yang berlaku...aku masih lagi diberi kesempatan untuk ambil bidang perubatan dan masih lagi ditaja biasiswa JPA...alhamdulillah, ini pun dah satu nikmat besar...tak payahlah nak fikir kalau, sekiranya, jika....jalani aja apa yang berlaku pada hari ini dan yang paling aku bersyukur adalah lingkungan dan persekitaran aku sekarang makin mendekatkan diri aku pada Allah S.W.T...alhamdulillah aku dapat kawan yang baik, yang selalu mengajak ke arah kebaikan dan aku sekarang masih bertatih mencari cahayaMu...syukur pada-Mu Ya Allah, aku gembira berada di sini...Allah nak bagi kita hidayah tu mungkin dalam bentuk yang lain dan berbeza pada setiap orang =D


    kalau jawapan biasa yang kita dengar kenapa nak jadi doktor mungkin sebab-sebab berikut..



    • mak ayah yang suruh: kes ini sangat ramai dalam kalangan kawan-kawan sendiri pun memang macam tu...mak nak sangat anak jadi doktor dan anak kena jugak, tapi mungkin sebab asal je la ni lama-lama bila kita dah dalam bidang ini kita secara tidak sendirinya akan jatuh cinta, insyallah

    • nak dapat duit banyak : ini bagi saya jawapan yang tidak relevan, kalau anda nak jadi kaya anda kena buat bisnes, buat besar-besaran tak payah nak berhempas pulas perah otak belajar gila-gila hanya untuk jadi kaya..banyak lagi benda lain yang boleh dibuat untuk cepat jadi kaya.

    • senang nak dapat kerja : mungkin juga, tapi apakah kita nak jadi doktor semata-mata kerana itu??banyak lagi kerja lain yang memerlukan tenaga, kenapa doktor??

    • nak tolong orang : jawapan ini juga selalu kita dengar, tapi perlukah kita jadi doktor sekadar untuk tolong orang??tak jadi doktor pun boleh tolong orang...

    apa bezanya kita dengan orang bukan islam???cuba tanya mereka kenapa mereka mahu jadi doktor, pasti jawapan di atas adalah antara jawapan mereka dan adalah sebab-sebab mereka yang tersendiri...tapi apa yang kita nak tekankan kat sini, adakah kita sama dengan mereka??mereka pun nak jadi doktor, nak tolong orang, nak ada banyak duit, mak ayah suruh...sama, sebijik!!exactly!!!tidakkah anda sedar??


    apa yang kita dapat adalah bergantung kepada niat kita 'innamala'malubinniat'...contoh, kita nak belajar bidang perubatan hanyalah sekadar untuk gembirakan hati ibu bapa dan rawat orang..memang betul, tapi pahala itu sahajalah yang kita dapat...setiap perbuatan kita memang harus disertakan dengan niat yang betul, kalau solat atau puasa tanpa niat pun tidak sah bukan??hanya dapat lapar dan penat sahaja..jadi sama juga dengan benda lain..orang bukan islam pun pergi sekolah, kita pun pegi sekolah, sama-sama dapat ilmu...tapi kalau kita niat aku ke sekolah untuk menuntut ilmu kerana Allah S.W.T, untuk menjadikan aku hamba yang lebih bersyukur dengan kebesaran ciptaan-Mu..itu pun dah membezakan kita dengan yang lain..insyallah xD


    sebelum tu apa kata kita tengok video yang sangat memberi inspirasi kepada saya (^_^)







    inilah catatan rasa apa yang terpendam di hatiku....bidang kedoktoran yang aku ceburibukan lagi hanya sumber rezeki untukku semata-mata...aku mula mengerti terdapat amanah yang berat di sebaliknya..tanggungjawab yang cukup berat untuk dipikul...pengorbanan yang menuntut jihad agar setiap agar setiap amalan dan kata-kataku menjadi ibadah yang memberi cahaya terang dunia akhirat-Prof. Dr. Muhaya 

    inilah jawapan yang sepatutnya dan sebenar-benarnya bagi seorang muslim yang mahu menjadi doktor... menjadi seorang doktor bukan hanya sekadar sebagai pekerjaan, sumber rezeki..namun kita bakal mendapat amanah dan tanggungjawab yang cukup besar sebagai perawat, pendakwah, pemberi motivasi dan sebagai ibadat..banyak saham yang kita dapat kalau kita betul-betul menghayati dan melakukan pekerjaan kita kerana Allah...setiap perbuatan dan perkataan kita boleh menjadi ibadah :D


    Selain itu, seorang doktor boleh mengkaji ciptaan dan kebesaran Allah...betapa hebatnya sistem pada tubuh kita ada sistem saraf, pencernaan, darah,ada tulang dan otot-otot semua itu kita belajar dan betapa hebatnya semua sistem itu bergabung untuk membentuk manusia dan masing-masing memainkan peranan yang penting..jika salah satu rosak, maka rosaklah seluruh tubuh manusia tersebut..subhanallah, memang tidak terjangkau dek fikiran manusia bagaimana setiap sistem itu dikawal, boleh berfungsi..dll...


    seorang doktor juga selain memberi rawatan boleh memberi nasihat dan kata-kata perangsang kepada pesakit...contoh masa bagi ubat, cakap dekat pesakit "mak cik, baca Bismillah dulu, dengan izin Allah insyallah penyakit mak cik akan sembuh" apa mak cik tu rasa??tenang hati dia dan sakitnya berkurang dengan hanya dengar kata-kata seorang doktor...insyallah, itu juga adalah salah satu ubat psikologi...kita kenalah selalu nasihatkan pesakit, jangan lupa solat, berdoa agar Allah sembuhkan penyakit...tetiba teringat pada buku 'denyut kasih medik' if u haven't read, u should read!!! i love it very much xD


    Satu lagi, kalau kita tak tahu apa tujuan kita buat, baik jangan buat!!*amaran keras* kalau kita tak tahu kenapa kita nak jadi doktor, jangan jadi!! kita tak tahu kenapa kita kena buat baik jangan buat! tapi kalau kita tahu kita wajib buat..kita tahu Allah jadikan kita sebagai hambanya hanyalah untuk menjadi a'bid dan khalifah..jadi lepas kita tahu kita wajib buat!!kita wajib beribadat, ikut apa yang Allah suruh dan tinggal apa yang dilarangya..dan kita mesti menyebarkan agama islam, walaupun bukanlah mengislamkan orang bukan islam tapi kita bawak orang islam yang hanyut ke jalan kebenaran, bawa masuk bulatan gembira pun satu cara juga..insyallah...jadi kita tahu bila kita jadi doktor akan memudahkan kita menjadi seorang khalifah sebab orang biasanya dengar kata-kata doktor =D


    Allah melihat usaha yang kita lakukan bukan hasil akhir...jangan kejar cita-cita tapi kejar manfaat...janganlah kita kejar nak jadi seorang doktor terbaik, memang betul tapi kita mesti ada impian tapi bila kita dah bagi yang terbaik, memberi motivasi, ilmu dan manfaat insyallah cita-cita itu dengan sendirinya dapat dicapai...semangat berkobar-kobar untuk jadi seorang doktor muslimah yang berjaya...saya akan jadikan Prof. Dr Muhayah ini sebagai contoh terbaik dalam menjadi seorang doktor, isteri, ibu dan motivator ^^


    Insyallah, buat masa ini saya tahu mana hala tuju saya...saya tahu kenapa saya nak jadi doctor, and these are my answers why i wanna be a doctor...i don't wanna be just doctor, but i wanna be a good muslimah doctor, insyallah..i'll pray to Allah and hope that my wish become true...kita tak boleh ada impian sahaja semata-mata tapi kita kena ada usaha ke arah itu..merangkak dan bertatihlah sebelum pandai berjalan dan berlari, insyallah...kalau ada orang tanya lagi, mudah-mudahan inilah jawapan kita, jawapan yang menunjukkan kematangan dan seorang yang tahu halatuju kehidupan...


    letaklah dunia di tangan dan akhirat di hati, insyallah engkau tidak akan pernah merasa rugi berada di jalan-NYA




    Thursday, December 22, 2011

    Berjimba di Mall Taman Anggerik xD

    Assalamualaikum....


    memandangkan kami tengah cuti sempena perayaan krismas dan tahun baru, kami telah merancang untuk ber'ice-skating' di Mall Taman Anggerik (TA)...bila kami sampai penuh orang kat dalam tu, dahla tempat tu takdelah besar sangat lepas tu ramai sangat orang tengah beratur untuk membeli tiket...bila kami lihat rupanya harga sempena perayaan chrismast dan tahun baru ni naik melambung tinggi rp48k hanya untuk dua jam...mahal la tu, baik mai pergi lain kali bila takde orang sangat, harga murah dan boleh main sepuasnya tanpa ada limit waktu xD

    ambil gambar dari bahagian atas jelah...masa ni orang dah berkurang...

    kami apa lagi dengan perut lapar pergi meredah tempat makan..nak makan apa ye??fast foods?chinese foods?japanese?las sekali peri cari makanan Malaysia..yeay!! i like!!!ada restoran Penang kat sini yang jual makanan Malaysia macam nasi lemak, roti canai, teh tarik..awwww, best!!rindu makanan Malaysia dah ni =p




    inilah restoran tu, little penang xD



    geng berjimba tengah memilih makanan...konfius!!semua nampak sedap ^^

    nasi lemak..best sangat!


    ini saya punya!!

    saya mintak roti canai tapi ini yang dapat...rasanya kalau tak silap ini namanya roti tisu kan...apa-apa jelah, yang penting sedap, roti canai pun ada banyak jenis dan pilihan juga kat sini...

    mulanya nak tengok movie tapi macam takde je yang best, apa lagi kami ber'window shooping' ajalah...dari satu kedai ke satu kedai...dahla banyak end year sale and chrismast sale...my friend wanna buy a new shoes, but she can't even find the one that attract her...banyak je kasut cantik-cantik tapi takde saiz pulak, kaki saiz macam 39-40 memang susah nak cari..untunglah orang kaki comel 36-37 macam saya, senang sangat nak carik..heehe...

    capek menunggu pilih kasut...yuk foto dulu dong!! :p

    we know big things about little feet-----> what do u know??tell me!!heehe 

     nicee ^_^


     welcome to land of sweets!!yeay!!

    diorang buat sambutan hari natal dan temanya"land of sweets" banyak la aktiviti kat sini, ada pertandingan nyanyian, kanak-kanak mewarna, performance artis yang aku pun tak kenal sape...sadis!hahhaha...agnes monica ada tapi tak tahu exact time..


     dah kata land of sweets, mesti ada sweets kan...

    nak ambik banyak gambar tapi orang penuh, tak sukalah nak berebut nih..haaha..tapi kan ghase nak makan je lolipop tuh!!

     with the mirror..wink!! ^ (^_^)/

     mirror again....

     and again...


    cuba korang teka lokasi kami yang duduk atas kerusi ni??cecepat teka!!haaha...



    itu dalam toilet ok, ohh grand betol toilet siap ada kerusi mewah bagai, cantik wohhh...daripada letak dalam toilet tu apa kata sedekah dekat rumah kost kitorang..ekkekeke...


    panorama pic, inilah Taman Anggerik (TA) yang baru...lawaaa dahh pasang lampu tu :)


    thanks sudi baca!!
    :*

    p/s: berjimba adalah aktiviti bersiar-siar/berjalan-jalan dan yang sewaktu denganyaa...



    Wednesday, December 21, 2011

    #14 Hey, don't worry!! l wordless wednesday

    Assalamualaikum....


    Don't stressed out!!
    The Prophet  said "You should always remember that Allah is with you wherever you are." ( Hadith At-Tirmidhi)

    Integrasi 1 dan biro diplomatik PKPMI-CJ

    Assalamualaikum....


    rasanya agak lama aku tak menekan papan kekunci dan menaip baris-baris kata dekat blog ni...hurm, actually i've a lot of things to be shared tapi semenjak dua menjak aku mulai bertweet sepanjang masa, aku dah kurang meluahkan segala benda dekat blog..kalau dulu semua benda mesti nak share dekat blog dan aku rasa kalau aku copy paste balik ayat-ayat pada twitter dah boleh jadi cerita yang ohsemm!!heehe...



    aku sebenarnya agak sibuk kebelakangan ini, oh ya tadi baru je selesai ujian integrasi 1 dan mulalah liburr!!!i got libur dalam bahasa inggeris adalah 'holiday' weee!!!some of my friends are going back to Malaysia but i've bigger plan!!yippie...i'm going to Bogor for PERMAI 2011 dan Surabaya for an islamic programme...at the same time i can have a walk there^^



    berbalik kepada tajuk saya sebenarnya cerita dia macam ni...kawan bilik sebelah saya terambil dan terbawa balik soalan Integrasi kami tadi..sila baca betul-betul TER...kemudia kami balik bersama-sama dengan hanya berjalan kaki dan singgah sebentar membeli ketoprak (makanan Indonesia) sampai di rumah dan hendak makan, tetiba lecturer yang menguruskan batch kami telefon dia dan mengatakan yang soalan dia tiada dan suruh hantar segera...dia sebenarnya tak perasan pun yang dia terbawa balik soalan tu, tapi bila dah tengok dalam beg rupanya ada...



     nak dijadikan cerita nama dia juga siti, ok fyi orang kat sini panggil saya siti...jadi semua orang dok kecoh pasal soalan yang hilang sebab lecturer tu cakap dekat ketua batch kitorang yang seorang pelajar nama siti telah membawa balik soalan sebab soalan tu tiada pada mereka..kecoh kat bbm aku!!!semua orang nak tanya!!grrr!!!


    siti kamu udah pulangkan belum soal??sitii kamukah yang disebut-sebut itu..hadoiii..bukan akuu..


    tak pasal-pasal aku update status bbm bukan saya, tapi ad a lagi yang tanya...ok, semua ahli group aku pakai blackberry jadi aku dah jadi keliru...semua benda nak pakai bbm je tak nak text dan taknak beli topup lagi...


    aku dah agak mesti kena psiko bagai dengan lecturer sebab dia tak balik rumah malam nii...aku call tak angkat, dahla pergi macam tu je tak bawak beg apa..muka keluar stress je...aku call tak berjawab pastu suruh kawan yang lain pula baru angkat.....aku kan kawan yang baik, pasti bimbang akan kawanku..ahaks!!
    dia cakap dia kat rumah senior, tapi pada nadanya mcam tak nak cakap-kawan aku cakap-


    ok dan update terbaru aku adalah aku baru saja menjadi salah seorang AJK untuk PKPMI-CJ persatuan kebangsaan pelajar malaysia cawangan Jakarta...sebenarnya bukan nak sangat tapi sebab memang dah takde orang, tau jelah batch kitorang hanya ada 14 orang pelajar saja dari Malaysia...dalam masa seminggu ni aku dah 3 kali pergi BTG(Bimbingan Tes Gunawan) iaitu tempat Dr.Goenawan buat kelas tuisyen sebenarnya tapi jadi tempat untuk kami ambil gambar...


    aku jadi biro diplomatik yang kena urus pasal passport, kittas dan perkara yang berkaitan dengan imigresen....jadi sebab ramai nak balik Malaysia sekarang kena urus erep...erep itu adalah kebenaran kita keluar masuk Indonesia...aku tadi first time pergi mesyarat ajk pkpmi..serius segan!!! entahlah-,- tapi aku rasa persatuan ni best gak!!


     Rsanya tu je untuk malam ni, ngantuk sangat dah ni..

    Thanks for reading!!




    Sunday, December 18, 2011

    practicum biology Block 3 ( epithelial and muscle cell)

    Assalamualaikum....


    i just stepped one of my feet to the medical world..eh,heehe..actually, i just started to learn about biology thingy like biochemistry and practicum...the first two blocks is just an introduction of medical law and life as a doctor such as how to be empathy, how to be a good communicator and bioethics of doctors..


    for this practicum, we need to observe the cells by using microscope and identify what cell is that..oh well, i'm not a good observer and always failed to identify the part of the cell, on what organ it is located and some facts about the cells...aku rasa ujian praktikum ni paling cuak (>_<)


    during the practicum class, we need to observe the cell, find parts of the cells and their names...then, we have to draw the cells to make it clear and memorise even better..fyi, i'm very bad in drawing..kehkeh =p oh yeah, before the class started, we need to answer 5 questions of quiz...

    here got some pictures that i took by using my sony digital camera "D some of the pictures are taken by my friends ^^

     ini penyambung padat kolagen



    otot lurik pada glotis



     pericardium and miocardium



     epitel transisional pada vesica urinaria


    all the pictures are taken through microscope....hurm..


    i think that's all for now, need to study for my next exam...wish me all the best!!
    thanks sudi baca :*

    ^

    Thursday, December 15, 2011

    A night at the tallest chrismast tree with sparkling LED light at Central Park, Jakarta

    Assalamualaikum.....


    merry chrismast and happy new year is coming!!! 2012 is coming!! and the most important one is HOLIDAY is coming soon!!!weeeeeeeeeee ^^

    when we are talking about holiday, i'm wondering what should i do during the holiday instead of going to PERMAI and studying..hurm, i got a lot of exams after the holiday which are practicum, skill-lab  integrasi 2..so, what else are u thinking about?it's the time to study, ok lame -__-

    actually i wanna tell u guys that last two days, i went to CP( central park) with my friend and we watched so chrismast performance and got opportunity to watch the tallest chrismast tree with sparkling LED light..yeah, Fyi, there's a park in the middle of the mall and it's very beautiful and nice view...at first, i just thought it was just a normal LED light like in I-city, Shah Alam..oh yeah, i went there several times before ^^


    let's just view the pictures!!

     ok this is the tallest chrismast tree

     nice view ^^









    i'm just in lovee this the decorations and LED lights but i-city is better right??heehe =p ...somehow, this park looks different thatn before, without all these LED lights..

     i love the quotes :

    please love me, don't step on me :) -Mr. & Mrs. Grass- 

    grass also got feeling, don't want others step on them..so what about us?? a normal human beings?hurm....





    it's not only the lamps, actually i did watched music performance together with the sparkling LED light of the tallest chrismast tree.




    thanks for reading :*

    Tuesday, December 13, 2011

    short story by Matluthfi90 l rokok dan kopiah

    Assalamualaikum.....


    kepada sesiapa yang belum tengok, jom layan cerita ni dulu ^^



    Matluthfi merupakan seorang pelajar yang kini sedang menuntut di Austraulia.. dia memang banyak buat video dan semakin dikenali kerana videonya memang santai tapi ada isi dan memberi pengajaran..this is one of the best video from him ^^


    dari cerita pendek ini memang banyak pengajaran yang kita boleh dapat kan, walaupun dia merupakan seorang yang suka merokok, malas solat dan suka tengok bola tengah-tengah malam, namun merupakan seorang abang yang sangat sayangkan adiknya yang kekurangan iaitu sindrom down...ini menunjukkan manusia walau macamana sekalipun jaharnya, 'rock'nya dia memang tak boleh hidup sendiri dan perlukan kawan, keluarga dan yang lebih penting adalah yang maha Esa, Allah S.W.T..


    I like the quote:

    kepercayaan tanpa rasional- buta dan rasional tanpa kepercayaan- kontang

     kita memang tidak akan tenang kalau kebergantungan kita pada benda lain, mungkin sebab dapat result exam yang kurang baik, mulalah nak salahkan lecturer yang biased tak suka kita..ataupun mungkin nak salahkan kawan yang ajak kita pergi mall, jalan-jalan sampai lupa nak study..sebenarnya salah siapa??? fikir-fikirkan...

    doa, usaha dan tawakal...kalau kali ini kita tak dapat, mungkin esok lusa rezeki kita melimpah ruah siapa taw??jangan lupa berdoa dan letakkan sepenuh kepercayaan dan kebergantungan kita pada Allah

    ok lah malas nak ulas panjang-panjang...itu je untuk kali ni..


    thanks sudi baca :*





    Saturday, December 10, 2011

    what is Tumblr???

    Assalamualaikum...


    actually i'm so moody yesterday with some problems happen :(

    the result for critical thinking' already come out yesterday, somehow i don't really understand how can i get those marks...as far as i know all of the task are groupworks but why i got the lowest marks among my friends??this is so unfair...besides, i tried my best to involve in group discussion and i don't think that i did that bad -,-


    i tried to call my lecturer to ask about that thing but i can't get his number...yeah, he is in the main campus while i'm at medical campus, ukrida campus 2...so i need to know whether he is in or not...i tried to call his office, but i end up with just wasting my credit..dermm...


    onother thing is about drinking water...oh yes, for those who don't know i wanna tell u guys that we have to buy our own drinking water here...the water from tap are not so clean and can't be drink, oh well this is jakarta! a not so clean town..rubbish are everywhere, dusty and so dirty river..yeah??


    ok i called the owner of the shop and asked him to send the water but he told me that he already come to our house twice but no one came out to get the water...then i promise to wait for him but i wanna perform my solat asar first...however, that person came when i was praying, OMG!!what should i do?? i thought he will wait for me but it's useless...i know he will be very mad as he already told me that please come out to get the water when he came..ok , it's my fault after all =.=


    i wanna keep myself 'chillex = chill + relax ' by finding something interesting...then i found so many best pictures and quotes in tumblr...it was so nice, motivated and can make me smile (^_____^) like this! tumblr is just like other blog but the best part is we can reblog others!!we can share our own pictures, quotes etc and at the same time we can reblog others post that we think we like it ^^






    i sign up a tumblr, i already have one but never post anything...haaha...so i just sign up and start to explore it!!ok it's really interesting and nice...i did download the apps in my beloved blackberry so that i can just share any quotes, text and pictures straight from my phone..this is my tumblr :) there's nothing interesting yes but i'll try to post anything that i wanna share, yes i love sharing so that's why i become a blogger xD



    this is one of the picture that i got from other tumblr, i'm so sorry because i forgot the source of this photo.. anyway thanks the owner of this pic!!i just wanna keep my mind peace and i feel like going to somewhere in the world that no one know my name...how cool is that??haaaha...


    it happen already actually as there are only a few of my friends know my name...then, when we're divided into some groups no one in that group know my name...at that time i can just told them to call me anything,wakakaka...that's why i got a new nama here..my friends call me siti..lol!! it has been a long time since i wanna ask my friend to call me siti but there's always people there who know my name and call me jaa or kat..oh well jaa is only for my family, close and online friends =,=


    this is so not the answer for the title 'what is tumblr?' if there is someone google what is tumblr and that person found this, he or she will curse and say whatthehell is this post about??ok i know that i'm rambling about this and that without knowing what should i type actually..wallaooo...btw, i'm now a #tahitwitter means that i can't stop myself for not tweet anything in a day..there must be something that i wanna tweet..ekkkeeke...what are u waiting for??if u have twitter account, just follow me @jaa_kat  and lets tweet!! i love making friends and at this point i had so many new friends on twitter :p


    i think that's all for now, i didn't post in english for a looooong time and the environment here make me forgot how to speak in english..ehh???haaha...i mean my grammar are getting worse from day to day as i'm not really use english in studies recently...this is so freaking weird!!! i don't really care about my grammar and i'm very sure there are so many mistakes...luckily i'm not gonna be an english teacher who need to write and speak proper english..haaha....


    till then, salam ^^

    p/s: good luck for those who are participating in Bandung Games!!Jakarta boleh!!eh -,-

    Tuesday, December 6, 2011

    The Ultimate Year End Giveaway by Nisa Kay

    Assalamualaikum....


    Balik dari kelas tadi, bukak twitter dan baca update Nisa Kay yang ultimate giveaway yang selama ini dicanang-canang dan digembar-gemburkan olehnya itu telah dilancarkan....kalau tengok hadiah yang bakal menanti tu memang lumayan, orang sini cakap asiiiiikkk..heehe...

    okey, walaupun baru baca satu muka surat buku, tolak tepi jap sebab nak tulis entry pasal giveaway ni..weeeee =D




    Wow, tengok banner pun mangancam gitu..heehe

    yang di bawah ini adalah semua sponsor bagi giveaway ini..jom kita terjah!!!


    Monday, December 5, 2011

    video yang sangat comel, nampak simple tapi penuh bermakna ^_^

    Assalamualaikum.....

    semalam kawan saya ada share video ni kat facebook dan saya rasa apa salahnya saya share dengan kawan-kawan lain yang baca blog ni kan =D





    saya biasanya kalau share something, benda tu memang sangat dekat dan berkaitan dengan diri sendiri..lagu ni nampak biasa je, comel-comel tapi maksudnya sungguh mendalam...


    • kekadang kan kita rasa bosan, padahal tinggal di bumi Allah yang luas ni kan...lihatlah, ikan yang hanya tinggal dalam akuarium sekecil itu pun tak rasa bosan sebab dia selalu rasa Allah bersama dia...ingatlah sememangnya Allah selalu bersama kita. Dengan mengingati Allah  kita akan rasa tenang, tenteram dan tidak akan rasa kesunyian atau bosan (^_^)
    “(Yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.'' (QS Ar Ra'd : 28)


    • Begitu juga dengan menyebut nama Allah, berzikir dan bertasbih...menyanyi boleh pulak kan hafal lagu itu ini, nak sebut nama Allah pun tak sempat, hadehh (-_-)..laron yang hidup sehari pun rasa hidupnya tidak sia-sia sebab dia menyebut nama Allah...ayuh kawan-kawan jangan sia-siakan hidup kita dan jadi orang yang rugi sebab Allah dab berfirman :-
    “Berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (QS. Al Anfal : 45)



    •  yang terakhir adalah pekerjaan atau apa saja yang kita lakukan pada setiap hari tidak akan rasa penat atau lelah jika kita mulakan dengan niat kerana Allah...jadi sepanjang menyiapkan tugasan atau kerja kita akan rasa Allah bersama kita dan akan lebih bersemangat..

    sejauh manakah kita mengingati Allah dalam kehidupan seharian kita??selama manakah kita akan hidup tanpa pegangan??sekerap mana kita menyebut nama Allah??tepuk pipi buka mata luas-luas (eh?)

    terima kasih sudi baca..selamat beramal!! =D



    Sunday, December 4, 2011

    Masjid Istiqlal - masjid terbesar di asia tenggara

    Assalamualaikum.....


    Alhamdulillah, peluang untuk meneruskan kehidupan dan menghirup udara segar masih lagi diberi Allah S.W.T kepada kita...dapat menjalankan kehidupan seharian dengan sempurna dan yang paling penting mudah-mudahan kita senang berada di bulatan gembira =D


    Beberapa minggu lepas Jaa berpeluang solat di masjid Istiqlal, masjid yang terbesar di asia tenggara selepas berjalan-jalan di Monas... masjid ini terletak di pusat ibukota negara Republik Jakarta..memandangkan ia terletak hanya di timur laut monumen nasional (Monas) kami terus ke sana untuk solat maghrib dan isyak, ok masjid ini memang serius besar...tetiba teruja ^_^





    Besar kan??masjid ni boleh memuatkan lebih dari 200ribu jemaah  dan 5 tingkat..tapi itulah, masjid besar-besar pun susah juga nak tengok orang penuh kat dalam..huuuhu...



    sungguh besar kan..okey, memang agak teruja bila dapat solat kat sini walapun bangunan nampak macam dah agak lama...nak cari toiler punyalah jauh hampir ke hujung dunia (eh hiperbola) sampai tersesat..heehe...boleh dikatakan semua besarlah termasuk tempat ambil wuduk dan toilet...


    disebabkan connection internet saya kurang memuaskan, maka gambar-gambar tak dapat diupload..huhuhu.. silalah ke facebook page saya, saya akan upload di situ untuk melihat gambar-gambar lain disekitar masid..ok, update pendek dari saya, salam sayang..thanks sudi baca :D


    P/S: kalau kita nak berubah, jangan terlalu fikirkan apa yang orang nak kata, tapi fikirkan apakah yang kita buat ini benar, insyallah kita akan rasa cool berada dalam bulatan gembira..weeee <3




    Saturday, December 3, 2011

    sistem pembelajaran di Ukrida

    Assalamualaikum.....


    Alhamdulillah sudah hampir 3 bulan Jaa berada di perantauan, bumi Indonesia dan tadi baru je habis exam bagi blok 2 maksudnya minggu hadapan akan masuk blog tiga....baru masuk blok dan dunia medik sebenar walaupun hanyalah bermula dengan biology =D


    Setakat ni asyik-asyik bercerita pasal tempat menarik dan makanan je kan, bila nak cerita pasal study nih??heehe...ok lah, disebabkan dah belajar selama 3 blok kalau ditolak tambah 3 bulan banyaklah jugak benda baru..bukan banyaklah jugak, tapi memang banyak terutamanya sistem, bahasa dan gaya kehidupan kat sini...sebenarnya bagus juga sistem yang memulakan dengan pembelajaran etika, profesi kedoktoran, cara berkomunikasi dll...paling tidak pun  sudah mula membiasakan diri dengan beberapa perkataan baru yang belum pernah didengar sebelum ini...oh, post ini mungkin agak panjang..heehe..



    ok, basically untuk blok yang awal ni akan ada dua modul bagi setiap blok dan setiap blok itu tiga minggu...minggu pertama adalah sesi pembelajaran dan kuliah sama ada di auditorium ataupun di kelas....kalau di kelas biasanya akan dibahagi kepada beberapa kumpulan yang lagi kecil di mana setiap satu kumpulan ada dalam seratus lebih...kalau di auditorium maksudnya satu batch dalam 400lebih...selain itu kita akan ada kelompok yang lagi kecil dengan bilangan ahli dalam 9-10 orang sahaja..dalam kelompok ini kita akanbersama termasuk dalam pbl (problem based learning) dan untuk skill lab..

    dalam audit =D

    minggu kedua pula adalah minggu belajar dan pbl atau skill lab...pada setiap pbl, akan ada seorang tutor iaitu lecturer dan ahli kumpulan akan ada yang jadi ketua dan dua orang secretary...sorang akan catat pada white board dan sorang lagi pada kertas..kemudian ketua akan menggerakkan ahlinya untuk berbincang mengenai kasus ataupun case yang kita dapat...contoh kita dapat kasus penderita diare( diarrhea) yang mengalami masalah buang air besar banyak kali, muntah-muntah dan sebagainya...kemudian kita akan bincang apakah faktor penyebab, gejala, akibat dan apa yang perlu dilakukan...semua orang haruslah memberi kerjasama dan meluahkan pendapat masing-masing...



    kemudian akan ada pbl 2 iaitu sesi kita yang akan present hasil perbincangan kita pada pbl 1...pada sesi pbl 2, semua orang mesti membuat makalah ataupun personal report tentang apa yang telah dibincangkan..kemudian setiap orang akan present hasil kerja masing-masing...pada saat ini kita akan dinilai dari sudut kefahaman, penguasaan dan makalah kita juga akan dinilai oleh tutor...report tu memang kerja personal, jadi tak boleh meniru, plagiat dan tiru kawan...semua kena buat sendiri..presentation tu boleh sama ada menggunakan ohp ataupun slide power point..



    sesi yang terakhir adalah sesi pleno di mana kumpulan akan dipilih secara random pada saat itu juga, jadi kumpulan yang terpiluh akan membuat presentasi di depan semua pelajar dan lecturer dalam auditorium...pada pleno pertama, saya dah pernah jadik presentor..wuuu :D kemudian kalau ada soalan boleh diajukan kepada kumpulan yang membuat presentasi...biasanya ketua akan jadi presentor dan secretary akan jadi pembuat makalah dan pleno kelompok..tugasan ini pula akan ditukar silih berganti pada setiap kali pbl..ini kerana, markah  bonus sudah ada di situ iaitu 5 untuk ketua, 4 untuk seretary dan hanya 3 untuk ahli yang lain...namun begitu, akan ada markah bagi keaktifan, etika dalam perbincangan.



    ujian integrasi akan diadakan pada setiap akhir blok dan sekiranya markah yang kita dapat kurang dari 56% iaitu tidak lulus maka diwajibkan mengambil herr atau ujian remedial...ujian ini akan dapat membantu untuk baiki markah supaya lulus ataupun dah lulus tapi nak dapat yang lagi baik....ujian ini memang penting dan biasanya akan diadakan seminggu atau dua minggu selepas ujian..jadinya perlu belajar lebih lagi sebab masa tu dah masuk modul/blok baru..penggunaan masa yang baik serta pengurusan yang berkesan sangatlah membantu untuk mendapat markah yang lebih baik...



    gambar hiasan xD

    ujian skill lab akan diadakan di ruangan skill lab, kita akan dinilai dari segi cara kita berkomunikasi dengan patien dan cara kita merawat mereka...adakah cara betul ataupun tidak..bagi blok yang awal ni hanyalah cara berkomunikasi dengan patien, cara untuk bantu orang cacat yang guna kerusi roda, tongkat, orang buta..dan skill lab terakhir adalah sesi penyuluhan di mana kita akan membuat penyuluhan macam sesi ceramah/kempen kepada masyarakat tentang posyandu, penjagaan kesihatan dan sebagainya...saya ada tulis mengenai penyuluhan saya tentang cara memantau status gizi balita (baca sini)






    setiap kali lepas ujian kita akan dapat modul untuk blok baru beserta jadual, sebenarnya jadual mempunyai kebarangkalian bertukar sangat tinggi kekadang dia boleh buat ujian pada waktu yang tidak disangka-sangka termasuklah menunda ujian...modul ini biasanya akan dibayar sekali pada setiap semester, untuk semeter 1 adalah rp 400k tapi semester seterusnya tak pastilah...masalah pertukaran jadual juga membuatkan kita sukar untuk menempah tiket flight awal untuk balik Malaysia...kalau tempah awal kan dapat murah, tapi dah jadi camni kan ada yang burn duit macam tu je...



    masalah yang paling utama bagi kita pelajar Malaysia pada awalnya mungkin bahasa....di sini kami menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar namun term yang digunakan adalah banyak english..jadi kami tidaklah begitu sukar untuk faham cuma kadang-kadang dosen (lecturer) bagi contoh dengan menggunakan perumpamaan bahasa jawa dan sebagainya membuatkan kita terpinga-pinga dan semua orang gelak sebab kelakar tapi kita hanya terkedip-kedip..that's normal!! jadi pandai-pandailah nak hidop, cari kawan Indonesian, kalau boleh duduk sebelah diorang kalau ada perkataan yang tak faham boleh terus tanya =D



    itu saya tak masuk lagi dengan beberapa singkatan yang digunakan di sini...bukan setakat di sini, tapi orang Indonesia umumnya suka menggunakan singkatan dalam perbualan seharian...kalau nama saya sendiri, siti pun diorang pendekkan jadi sit saja..haaha, sound weird?funny?? tapi kalau sesiapa yang selalu tengok sinetron pasti takde masalah punya..apa yang saya nak tekankan kat sini adalah sikap kita sendiri, kita mesti rajin bertanya kawan atau dosen kalau tak faham...jaa sendiri setiap kali buat revision pasti depan laptop n internet sebab nak memahami dengan lebih lanjut lagi apa yang cuba disampaikan..



    oh satu lagi, kat sini exam pakai omr je, tanda bulat-bulat abc je...jadi takdelah masalah sangat bahagian mengarang ayat, cuma kena faham teori dan aplikasi..soalan bukan straight to the point but more to application..jadi tak boleh nak hafal sangatlah, kena faham betul-betul dan aplikasi...jadi ready pensil 2B jelah untuk exam..biasanya 100 soalan seratus minit....dulu-dulu senior kata ada ujian esei, tapi sekarang semua pakai ni je..tak payah dosen pening-pening nak tanda jawapan..haaha, tunggu mesin je cek kertas..


    kertas omr

    blok awal ni kami ada kena belajar pasal agama dan etika kristen, filsafah, kewarganegaraan dan pancasila...macam mengarut kan??tapi apa boleh buat dah memang syarat dia camtu...tapi yang best untuk subjek ini kita hanya akan diberi tugasan/ assignment untuk dibuat, maksudnya tiada ujian bertulis...kita akan jawab sama ada soalan online, buat report atau present...kami ada kena buat bakti sosial (baksos) dan buat presentation tentang apa yang kami dapat..boleh baca sini..



    rasanya tu je untuk kali ini, setakat tiga blok awal yang tak masuk lagi medik...tapi mula dengan blok 3 ini dengan subjek biology, kelas akan mula packed sampai pukul 4 petang...lepas tu ujian integrasi ada 2 dan empat minggu satu blok ni...ok lah, overall everything are ok!!! takdelah teruk sangat pun belajar kat sini, i'm just fine and can follow the flow =D




    almamater ukrida


    kalau dulu aku mungkin banyak diam je dalam kumpulan, sekarang ni mungkin aku dah jadi yang paling bising..heeehe, insyallah aku akan update dari semasa ke semasa...ini hanyalah sistem belajar selama 3 blok yang aku dah alami sendiri...blok yang berikutnya pasti ada yang berbeza sebab dah masuk dunia medic..heeehe..tak sabar pula, tapi yang pasti ia akan menjadi lebih mencabar!!yes. i'm ready for it!



    time kasih sudi baca :*



    p/s: tahniah maksu dapat baby girl!


    Thursday, December 1, 2011

    pernahkah kau merasa???

    Assalamualaikum............


    pernahkah kau merasa kesunyian??

    tatkala orang lain sedang gembira bergelak ketawa....
     namun kau hanya mampu terdiam penuh rasa kecewa....
    duduk bertungkat dagu, termenung dan merasa sia-sia....
    mulut terkunci rapi, mata berkedip kedip tanpa  bersuara..



    pernahkah kau merasa kehilangan???

    merasa seperti tiada kawan bicara,tiada teman.....
    merasa seperti tidak dipedulikan orang dan dipinggirkan...
    apakah kekurangan pada diri kamu??apakah kesalahan kau?
    mengapa?mengapa?dan mengapa???





    pernahkah engkau merasa kekurangan??


    di saat orang lain mendaki kejayaan dan kemenangan....
    namun kau rebah dan jatuh di pertengahan jalan......
    perancangan awal hanya tinggal kenangan.......
    semuanya berlalu dan berubah haluan.....


    adakah kamu tahu??
    hidup di dunia cuma sementara....
    teman-teman hanyalah peneman sementara...
    keluarga juga hadir cuma seketika...
    yang kekal hanyalah kehidupan di sana...



    -gambar mak cik saya, hanya sekadar hiasan=p -



    jom hayati video ni...berjaya menaikkan semangatku yang kian pudar...



    Lirik Lagu Memburu Impian - Kristal

    Ku Jejak
    Jalan Yang Berliku
    Membara Jiwaku
    Memburu Impian

    Ku Renang Lautan Gelora
    Biarpun Tersadai
    Di Hujung Dunia
    Akan Ku Rempuhi Segala Rintangan
    Biarpun Rebah Ku Bangun Sendiri

    Korus
    Akan Ku Genggam Biarpun Hitam
    Menjadi Milikku

    Ku Mula
    Dengan Langkah Ini
    Menuju Sinaran Yang Abadi


    lirik lagu ini sungguh bermotivasi...semoga anda yang merasa kekurangan, rasa tidak bersemangat bolehlah jadikan lagu ini sebagai sumber inspirasi dan motivasi menaikkan semangat....


    menangislah jika anda rasa sedih, tidak tenang dan gelisah..sesungguhnya menangis itu merupakan penawar yang paling mujarab dalam banyak-banyak penyakit...ia boleh menenangkan jiwa dan menyembuhkan pelbagai penyakit hati yang telah ditemui..sungguh,  menangis merupakan ubat hati yang paling mujarab...


    Kalau saya sendiri,memang saya jarang cerita apa yang saya rasa pada kawan-kawan terutama soal hati dan perasaan...apa saya buat, saya akan menangis, solat dan baca Quran...lepas tu cuba call mak atau kawan baik...kemudian saya akan dengar lagu-lagu bermotivasi atau tulis blog sebegini...


    Alhamdulillah, kini daku bersemangat kembali!!yeah, esok ada exam..doakan ye :D



    Wednesday, November 30, 2011

    penyuluhan tentang cara memantau status gizi balita

    Assalamualaikum....

    pagi tadi baru je siap ujian skill lab, kali ni kami kena buat poster dan bagi penerangan pada masyarakat berkenaan tajuk yang kita dapat...aku dapat tajuk cara memantau status gizi balita di posyandu...apakah itu??haaha....kalau first time dengar mesti ternganga..penyuluhan??posyandu??gizi?? tadi sesapa ada baca sebelum pergi kelas aku ada post ww pasal maksud singkatan yang dipakai oleh kader di posyandu..kalau belum boleh baca sini


    aku pada mulanya memang agak blurr dan banyak diam je dalam kelompok perbincangan, tapi lama-lama bila dah banyak bergaul dengan student local....sampaikan aku boleh jadi orang yang paling bising sekarang pada setiap kali perbincangan diadakan, heehe...banyak dengar kuliah, tanya orang dan baca buku kita akan cepat je faham semua tu..gizi tu macam nutrient atau condition seseorang sama ada baik, buruk dan sihat..


    penyuluhan tu macam kita buat kempen atau ceramah pada kelompok masyarakat...kat Indonesia kalau ibu mengandung atau anak-anak kecil diorang akan ke posyandu(pos pelayanan terpandu) kalau kat Malaysia macam klinik desa camtu..tu pun kalau kat kawasan korang ada la...mak aku dulu time mengandung pun pegi klinik desa, tapi tu rasanya dululah..sekarang semua pakai hospital dah...kader tu pula adalah orang yang bertugas di posyandu...



    inilah posterku..haaaha, pandai tak aku lukis..ngeeee =p apa yang pasti aku rasa ni skill lab yang paling mencabar, tapi aku paling enjoy! dah lama kot tak buat ala-ala ceramah kat depan pastu buat macam berkomunikasi dengan orang semua...aku rasa perentation aku paling lama, sebab siap demo camne nak timbang anak guna dacing lagi you..heeehe...kat sini diorang akan timbang anak guna dacin tu pastu catat dalam kms (kartu menuju sehat) untuk tengok keadaan dan kesihatan anak... kartu dalam bahasa melayu adalah kad =D




    Inilah contoh kms...setiap kali anak ditimbang di posyandu, ia akan dicatat pada garisan kuning hijau tu lepas tu buat titik...titik-titik ini akan disambungkan untuk melihat perkembangan anak balita ( bawah lima tahun)..anak yang paling sihat adalah bila titik-titik yang bersambung itu adalah melengkung seperti garisan hijau...kalau bahagian kuning yang atas, anak tersebut mungkin mengalami kelebihan berat badan atau obesiti..macam-macam penyakit boleh dapat...kalau ringan sangat sampai bawah garisan merah itu menandakan anak yang gizi buruk atau boleh dapat penyakit lain, kalau kita panggil malnutrition spt kwashiorkor dan marasmus.




    Sebenarnya ni hasil akhir poster...percaya ke tak aku lukis???hadehhh, nampak macam aku lukis kan, real..lol!! pandailah sangat aku lukis semua tu...tulisan je yang aku buat, yang lain semua gambar tampal...pastu cat, tapi tak ramai perasan, sampai lecturer sendiri tanya aku lukis sendiri ke???haaaha...nice one!



    overall, penyuluhan tadi berjalan lancar...apa yang aku rancangkan berjalan lancar, semoga markah yang dapat pun selancar perjalananya amiin :) orang lain ramai lagi yang buat pasal rumah sihat, larutan mengatasi diare (diarrhea) dan sebagainya...banyaaakk sangat perkataan bahasa Indonesia yang baru sebenarnya, ia lebih banyak buat singkatan dan benda-benda yang tak ada kat tempat kita...selain posyandu ada juga puskesmas (pusat kesehatan masyarakat) dan polindes (pos bersalin desa)...tak masuk lagi singkatan lain, hadeh -___-

    aku baru 3 bulan, biasalah belajar kena perlahan-perlahan...memang kami belajar dalam bahasa Indonesia kat sini, bukan setakat bahasa standard, siap bahasa gaul lagi aku belajar...heehe...


    p/s: aku jadi biro diplomatik, dah lama takde jawatan atau buat kerja-kerja camni...hurm....

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...