nuffnang

    Saturday, January 1, 2011

    tahniah pasukan malaysia...walaupun kalah,kitalah juara!!

    happy new year!!!

    walaupun entri ini agak lambat namun aku tak nak lepas nak post pasal kejuaraan ni...walaupun perlawanan di stadium indonesia lebih memihak kepada mereka kerana mereka berjaya dengan 2-1 namun kita tetap juara piala suzuku AFF dengan agregat 4-2..

    kematangan dan kesungguhan para pemain patut dipuji kerana mereka berjuang bermati-matian untuk negara...kehebatan penjaga gol,khairul fahmi che mat juga patut dipuji kerana beliau banyak menyelamatkan bola di gawang termasuklah bola penalti yang disepak oleh firman utina..

    sekalung tahniah buat pasukan harimau malaya yang terdiri daripada pemain-pemain muda..

    pemain-pemain juga berjuang bagi memastikan bola tidak dapat menembusi gawang dan berusaha menggegarkan gol lawan..walaupun di stadium penuh dengan lautan merah,namun pemain kita tetap bersemangat bermain dengan bersungguh sungguh..

    nama pemain-pemain seperti shahrul idlan talaha,pengantin baru dan saffee sali juga disebut-sebut dalam semua akhbar,tv dan radio..bahkan ada beberapa kelab bola sepak luar negara mahu mengambil mereka sebagai pemain..syabas diucapkan..

    .safee sali mendapat penjaring terbanyak kejohanan sebanyak 5 gol..uh,makin famous la korang ye..harap-harap lepas ni korang akan terus bermain dengan lebih baik untuk mendapat hati di tempat penyokong-penyokonh bola sepak seperti aku...

    p/s:baru lepas usha blog gf khairul fahmi che mat,jejari runcing..perh,famous habisla ye..congrates!

    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...