nuffnang

    Monday, October 3, 2011

    bercakap di khalayak ramai bukanlah perkara yang mudah..

    Assalamualaikum...

    siapa kat sini pernah bercakap di hadapan khalayak ramai??apa perasaan anda??gementar?gemuruh... oh, itu sememangnya perkara biasa..walaupun dah berpuluh-puluh tahun pengalaman dalam bidang motivasi,pengacaraan tapi perasaan berdebar-debar ketika berada di depan orang ramai itu merupakan perkara biasa..namun begitu, ia bergantung kepada bagaiman kita dapat mengawal rasa gementar dan gemuruh ketika tengah bercakap di depan orang ramai.




    setiap orang sudah pasti akan merasa berdebar atau gementar untuk menyusun dan menutur kata-kata di depan orang ramai namin begitu pengalaman dan bagaimana kita mengawal keadaan boleh mengatasi perasaan tersebut...pengucapan awam merupakan perkara yang sangat penting terutama kepada seorang pemimpin yang ingin menyatakan sesuatu kepada orang ramai...

    kalau nak share tips tu rasanya banyak je, tapi saya kat sini nak menceritakan pengalaman saya berucap di khalayak ramai...semenjak saya berumur 5 tahun saya telah dipilih oleh cikgu tadika saya untuk berpidato, tapi masa tu pidato versi kanak-kanak laa..mula-mula kita mungkin rasa takut dan berdebar-debar tapi bila kita dah mulakan dengan ucapan selamat, kata alu-aluan kemudian berjenaka sedikit perasaan itu akan hilang dan kita akan selesa untuk bercakap..

    kemudian apabila masuk sekolah rendah saya juga banyak kali dipilih oleh sekolah untuk program bercerita dan sebagainya...mungkin sebab saya merupakan seorang yang bersuara lantang dan bercakap dengan jelas..masa tu saya mula belajar bagaimana mengawal perasaan bila rasa berdebar-debar..kalau takut nak bertentang mata dengan audience, cuba pandang ke tempat lain seketika fokus pada perkara yang nak diperkatakan kemudian tarik nafas dalam-dalam dan pandang orang ramai balik :)

    masa sekolah menengah juga saya merupakan salah seorang pengerusi tetap perhimpunan, saya akan mengendalikan perhimpunan dan bercakap dengan seluruh warga sekolah...semestinya perkataan yang diucapkan mesti dijaga, manalah tahu kita tersilap cakap atau salah bagi info...kalau tersilap, cepat-cepat minta maaf terutama apabila menyebut nama atau pangkat seseorang..

    yang paling terbaru adalah saya present hasil kerja kumpulan depan ratusan pelajar dan lecturer daam 440++ dalam satu kuliah tu...dahla bahasa indonesia saya kurang bagus, namun saya terima cabaran apabila lecturer dan rakan-rakan memilih saya untuk menjadi presentor kumpulan kami..ada member saya cakap, kenapa tak tolak je tapi bagi saya kenapa perlu menolak??apabila kita diberi peluang melakukan sesuatu, ambil sahaja..just grab the opportunities :) lain kali mungkin kita tidak akan mendapat peluang seperti itu lagi...

    kalau kita rasa nervous, lidah kelu dan tidak dapat berkata apa-apa, cuba senyum telan air liur dan teruskan lagi percakapan...ada kawan saya yang memang gemuruhnya sangat tinggi sampaikan terketar-ketar bila memegang kertas dan suaranya pula tergagap-gagap walhal hanya bercakap di dalam kumpulan, seramai 8 orang...memang gementar itu akan ada, namun pengawalan yang baik dapat membantu kita untuk kelihatan lebih yakin dan tenang apabila bercakap.

    sebelum memulakan pengucapan, bolehla kita mulakan dengan doa agar segalanya berjalan lancar.."Ya Allah..lapangkanlah dadaku, mudahkanlah sgala urusanku, lepaskanlah simpul pengikat lisanku,agar mereka memahami perkataanku"

    ayuh!!jangan takut lagi untuk berbicara di khalayak ramai, saya yakin memang ramai yang tidak suka,tidak mahu dan belum pernah bercakap di hadapan orang ramai...alasannya??malu, takut, tak biasa..ohh kalau kita tak cuba sampai bila-bila kita tidak akan berpeluang dan sampai bila bila kita tidak dapat membiasakan diri kita...

    menjadi perhatian??mungkin juga, semua orang akan memandang kita dari atas sampai bawah..apa jua yang kita lakukan akan menjadi perhatian, namun begitu ia merupakan pengalaman yang sangat best!!!belum cuba belum tahu :D jikalau kita pandai membuatkan suasana ceria, berjaya buat orang ketawa kita pasti akan menjadi ingatan dan dalam masa sekejap sahaja ramai orang yang kenal dengan kita...oops, bukanlah mengejar populariti semata-mata namun pengalaman itu hanya boleh dirasa bila kita sendri yang melakukannya, all the best!!



    p/s: jom main online game!!

    5 comments:

    khaifaiz said...

    biasanya 10 saat awal tu rasa gementar tu ada.. tp itu normal

    Hishyamuddin said...

    tkut woo dpn ramai..dlm kls pon da tkut..hehe

    sjaa64 said...

    @khaifaiz- betul tu...normal la rasa gementar tu, after that ok la :)

    sjaa64 said...

    @hishamuddin-hehehe, itulah kena belajar kan...memula memang akan rasa takut bila dah biasa ok jee

    Easy Official said...

    its really great tips..I will use it when I want give speech..thanks a lot..

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...