nuffnang

    Saturday, October 15, 2011

    Day 02- The history and meaning behind your Blogger name

    Assalamualaikum....


    i seriously forget that i have this 30 days challenge that haven't been completed yet!! it's a very long time after my day 1, which is about a recent picture of myself and 15 interesting facts about myself..read here


    oh yeah, the history of my blog???blogger name...hurm,my blogger nama is jaa64...why did i choose this name???there must be something behind this name rite?? jaa is my name, but what about 64??




    tettttttttttttt,okey nak merepek jadi kena mula dengan bahasa melayu balik =p {amaran: post ini memang banyak merepek dan panjang..jangan sampai tidur depan lappy }




    @memula aku buat blog, rasa jakun sangat wehh, aku ada blog lah!!aku tak pernah belajar dari sesapa pun.... aku ni memang penggemar tulis diari, tiap-tiap hari pasti aku akan tulis apa aku buat ari ni yeh??not in detail, cukuplah sekadar hari ni aku pergi kelas belajar bio +chem, pastu hari ni aku belajar apa yeh???adakah hari ni aku banyak buang masa, buang duit???ataupun hari ni aku banyak buat kebajikan(eheemm...) ataupun hari ni aku jahat, mengumpat (ihhh,mintak jauhh la kan)...ini semua sebenarnya untuk tengok diri, okey hari ni banyak jahat, esok insyallah berubah sikit demi sedikit =D






    @lepas tu kan, aku ada baca blog sorang hamba Allah yang aku pun dah lupa...aku pun tertarik nak buat macam dia, cerita macam-macam dalam blog, boleh share dengan orang lagipun boleh tambah kawan jugak kan dengan blogging nih..aku pun mula lah sign up pastuh jakun guna template kosong pastu takde apa-apa...aku tulis lagi, banyak jugak aku tulis walaupun masa tu takde orang pun follow, kiranya ala-ala perasan sendirilah..AAK??hehehehe...diari pun takde  orang baca jugak, tapi tak pernah penat pun nak tulis..weee...






    @nama blogger mula-mula chocolate sweet, tak tahulah nape pilih nama tu, mungkin sebab suka makan chocolate kot, sebab tu badan gemook semacam =.=... pastu perasan diri sweet jadi pilih la nama chocholate sweet...url blog pulak masa tu http://urmsweet64.blogspot.com kelakar tak?? okey serius rasa nak tergolek bila ingat balik, tetiba teringat kat member skolah...suka suruh aku bergolek..kahkah!!! u are so funny syazwa ~_~












    @pastu lepas dah agak lama sikit rasa macam nak tukar nama, pilihla nama jaa sweet dan masa tu nama blog dah tukar seperti yang kat atas ni, nak jugak nama sweet apa yang sweet pun tak tahulah...masa tu rajin sangat nak edit itu edit ini kekadang rela kot  tak buat keje lain menghadap blog carik template yang cantik, nak tukar tulissan, tengok tutorial buat itu buat ini pastu nak pasang lagu benda kelip-kelip..oh apekahh....






    @lepas tu rasanya lepas setahun blogging kot, barulah tukar nama jaa64 dan tukar url jadik http://jaa64.blogspot.com jadi lebih senang kan??simple dan mudah diingati..bila dah tukar url taw jelahkan, semua follower da takde, tapi teruskan jugak menulis...menulis bukan sebab nak kejar follower bebanyak buat apa jugak...menulis untuk kepuasan diri, rasa macam satu kepuasan bila dapt ekspresikan apa yang kita baca dalam blog dan kita tahu ada orang yang boleh baca apa yang kita sampaikan, walapun hanya seorang dua..






    @aku ni memang jenis yang suka merepek, melalut dan mengarut...tapi aku kekadang susah nak luahkan dengan ekspresi luara, dengan perbuatan,kadang-kadang =.= ...lagi satu kalau kita ada nak share something dan masa tu kita taw semua orang busy, xde masa nak layan cerita engkau yang entah hapee tu...hekeleh jumpa kucing mati tepi longkang pun nak cerita kat aku orang banyak keje lain la..sob..sob.. , mungkinlah kawan kita malas nak dengar kan, atau mungkin ada benda yang kita rasa nak cerita tapi kita susah nak luahkan dengan kata-kata...jadi orang kata kalau kita rasa sesuatu, kita kena luahkan kalau tidak ia akan membengkak dan bernanah dalam diri...






    @sebab tu walaupun esok aku ada exam  tapi aku tak dapat fokus belajar, asyik fikir menda tu menda ni, kekadang rasa sedih, nak panggil kawan suruh dengar cerita kita rasa bersalah jugak, diorang nak study nak fokus untuk exam..memang kita pun nak exam tapi kita da tak boleh fokus jadi masa tulah tulis blog, serius akan rasa tenang..that's what i feel, kita rasa kita dah ceritakan kat orang dah luahkan segalanya tapi janganlah spesifik siap sebut nama, maki hamun semua benda..no, that's not me!!! lepas tulis dah rasa lega bolehla mula baca buku balik, wahhh hebat jugak penangan blog kan...






    @rasanya aku dah terpesong tajuk ni, kalau buat karangan konfim dapat markah ciput eh. orang tanya pasal history and blogger nama...tapi ni pun history jugak...ekekekeke...okeylah nama jaa tu sebenarnya memang keluarga yang panggil, kalau yang kecik-kecik panggil kak ja...tapi kan kalau orang tanya nama aku mesti susah diorang cakap nak paggil apa??serius rasa segan nak cakap "panggil Jaa jee" pastu tanya lagi nama panjang apa nak panggil jaa je...ada jugak beberapa member yang panggil jaa, aku rasa hepii je kalau orang panggil aku jaa, sebab rasa macam rapat..macam famili je...sebab tu roomate dulu semua panggil jaa, dan bila dah pergi kelas tukar nama lagi..setakat ni yang panggil nama jaa adalah keluarga, member blogger dan beberapa member rapat..






    @ramai yang panggil kat, sebab nama kat ni mula sejak aku form 4...pastu bila masuk kolej persediaan pulak memeber skolah ramai so nama ni memang kekal laa sampai sekarang pun member malaysia memang panggil kat..yes, aku pun suka dengan nama ni sebab simple kot tapi apa yang paling best ialah first time orang panggil aku siti..heee, memang dari kecik cakap nama siti pun takde orang nak panggil sebab diorang kata aku tak sesuai nama siti, mungkin sebab aku ni jenis yang ganas..kalau dengar nama siti mesti fikir orang tu lemah lembut, jalan sopan santun camtu la..dan aku rasa sejak orang panggil aku siti aku sudah mula ke arah itu, alhamdulillah...panggilah siti yeee...ekekekeke ^_^






    @okey tentang 64 tu aku serius tak ingat sebab yang betul...memang ada peristiwa di sebalik nombor ni, tapi rasanya dulu-dulu aku ada sorang teman tapi mesra, pastu kitorang main ape benda ntah yang pilih-pilih nombor tu..pastu at last kitorang dapat no.64...lebih kurang camtu la citer dia, tapi sebab semua benda termasuk emel, id da guna no 64 ni jadi teruskanlah walaupun jejaka mr.64 tu aku dah lama tak contact...ke mana entah dia menghilang,just let him go =,= tapi rasanya dia punya emel pun apa-apa guna 64 jugak tapi tak tahulah sekarang ni dia dah tukar no lain...ramai cakap tak cantik pun 64, tapi dah decide nak no ni nak buat cemana..






    @lagi satu, bila da ada no unik camni senang sikit...okey, cuba korang search siti kat google, jumpa tak pasal aku??konfirm tak kan..sebab berjuta benda dalam dunia ni yang ada siti tak kiralah nama orang ke, nama pasar ke, baju ke, siti nurhaliza ke,simlysiti ke apa-apa jelah..jadi cuba korang google jaa64, pasti jumpa kan??heheheheh...cuma kekadang tony jaa yang ong bak tu kekadang masuk jugak dalam google search..iyelah dia femes kot, aku ni sapeelah..hahaaha






    @okey dah habis kan pasal nama blogger, jaa64.... simple dan mudah ingat..panjang berjela la pulak, sebenarnya tadi nak buat esaimen tapi kan takde idea, terus tulis ni banyak pulak idea kan...bahaya jugak depan lappy nih, nak buat kerja lain kerja lain yang jadii...takpe, aku dah buat schedule malam ni mesti siapkan kerja tu dulu baru boleh tidur..esok kena study sebab minggu ni ujian integrasi, perh banyak kot ujian...doakan aku yang terbaik ya!!!






    terima kasih sudi baca..heeee




    p/s: jadi segan lepas kakak-kakak ada jumpa blog ni, uh cemana nak sorok ni ~_~

    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...