nuffnang

Saturday, July 30, 2011

selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak

pejam celik pejam celik kita akan menyambut bulan ramadhan lagi..sungguh cepat masa berlalu, semoga tahun ini  memberi lebih keberkatan dan kebaikan berbanding sebelumnya..insyallah

Sunday, July 24, 2011

menyepikan diri buat seketika

Assalamualaikum...

setelah sekian lama tidak menekan papan kekunci, berceloteh dan mencurahkan idea kat blog kusam lagi tak sememeh ni rasa macam pelik pula nak menyusun ayat..haaaaaaa..kalau korang pernah baca blog ni sebelum ni mesti taw yang gua sekarang tengah bertapa di rumah sambil menjadi bibik sambilan..

sebelum ni dah exam dalam sebulan lebih lepas tu pergi BTN dalam seminggu dan terus balik rumah..kat rumah ni pulak memang takde internet , masa exam tu memang mengurangkan penggunaan internet dan aktiviti yang me'lagha'kan..kalau dulu sehari tak buka FB atau blog rasa macam ada sesuatu yang tak kena je tapi bila dah lama kelamaan tak buka jadi macam biasa je..

disebabkan beberapa masalah ni jadi gua rasa memang gua akan menyepikan diri dalam beberapa bulan ni, yeah inipun gian lama tak online pergi gak cc ngan adik gua..pepagi hari sekolah ni memang xde orang dan internet ni pulak laju memanglah best kan..tapi memang macamtulah kan, bukannya apa cuma malas nak pergi walhal xdelah jauh mana pun..dok rumah lagii best..

apa yang gua buat kat rumah macam biasalah, bangun pepagi basuh baju jemur baju..lepas tu tengoktv sat dan kemas rumah..tengok-tengok dah tengahri apa lagi masuk dapur lak, masak lauk nasi dan sayur apa-apa ajelah yang boleh dibuat dah petang...tengok tv lagi, macam-macam cerita gua tengok sepanjang  cuti ni habis pi layan....citer korea lam lappy tu tak habis lagi tengok, itulah sebelum cuti bagai nak rak pergi copy campai nak pecah hard dics...

sepanjang cuti ni jugak gua banyak layan bola, dengan perlawanan pusingan 1 dan 2 malaysia ke piala dunia dan jugak perlawanan persahabatan dengan Arsenal, Liverpool dan Chelsea habis gua layan..baru boleh tengok bola puas-puas sebab sebelum ni asyik busy je manjang dok ngadap buku dan assignment..apepun gua frust dengan perlawanan harimau malaya menentang singapura semalam..gua rasa depa boleh buat laghi baik, dahla pemain feveret gua safiq rahim kena kad merah, aidil zafuan ngan norshahrul idlan talaha (mat yo) pulak cedera..aduyaii, harapkan safee sali la sekarang ni, tapi gua yakin stadium bukit jalil pasti bergegar semasa perlawan dengan singapura nanti..perh, gua pulak cuak =.=

pasal dok kat rumah pulak gua sekarang ni rasa dah layak kawin kot, kahkahkah...macam-macam dah gua masak kat rumah tu, masak merah, gulai, sayur dan macam-macam lagilah...dulu-dulu kalau masak pasti ada je yang tak kena dan macam xde orang nak makan kalau gua masak, sekarang ni habis licin diorang makan..sememangnya tengok orang kenyang makan dengan hasil tangan kita masak memberi satu kepuasan yang tidak terhingga begitu juga kalau jahit baju..kalau gua tengok baju yang gua jahit tu orang suka pakai memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga...

dalam masa seminggu lagi seluruh umat islam akan menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat iaitu bulan ramadhan al-mubarak, cepat betul masa berlalu kan..tuptup dah nak raya lagi, tapi tahun ni kali pertama dapat berpuasa penuh kat rumah..biasalah sebelum ni kan dok asrama, dok kolej  ada kelas semua balik pun jarang-jarang...dan result exam jugak kuar dalam tengah bulan puasa, berdebar-debar rasanya...apapun gua hanya mampu bertawakal dan berdoa kerana gua yakin sesuatu yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya...jangan sesekali menyalahkan takdir dan percaya kepada qada' dan qadar, insyallah.....

rasanya leteran pun dah panjang ni dan sesapa yang baca sampai habis ni memang anda pembaca yang mantop!!biasanya orang malas nak baca panjang-panjang cenggini tapi gua memang kaki membaca so tak hairanlah gua boleh baca novel setebal 500 muka surat dalam masa sehari, tapi tengok atas ceritalah kan, kalau bosan boleh mengantuk juga...insyallah ada masa gua update lagi..


p/s: baju sahabat blogger gua baru dapat semalam...apesal saiz m besar gedabak???hurmmmm...

Saturday, July 9, 2011

Kisah di BTN dan penantian selama 4 bulan...

Assalamualaikum...

Bak kata pepatah "Hujan emas di Negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri" ini menggambarkan bahawa walau sejauh manapun kita merantau mencari ilmu dan rezeki, kita mesti balik jua ke temat asal kita keranna di situlah asalnya kita...di situlah tanah tumpah darah kita..

ok, sebenarnya jaa dah lama tak pulang ke kampung halaman sudah hampir 4 bulan rasanya..paling last balik masa cuti mid-sem bulan 3 kalau tak silap..sekarang dah nak masuk minggu ke dua bulan julai..memang betul penantian nak balik selama 4 bulan, sekejap je tu kan..hehe..Tiket bas dari Klang ke Setiu malam esok pukul 8.15 malam...pagi-pagi buta sampailah di Terengganu...lama pulak tak nak bas lelama, haha..pertengahan bulan Ogos keputusan peperiksaan akan keluar, sunggguh sangat cuak tidak terkata... halatuju dan perjalananku selepas ini akan ditentukan berdasarkan keputusan exam tu nanti..semoga Allah permudahkan segalanya, amiiin..


overall, program BTN sangat best sebab kami dok sebilik 3 orang je lengkap dengan semua ada air-cond, peti sejuk, tv dan tak perlu berebut-rebut tandas..makan pulak 6 kali sehari memang gemuklah kami..hahaha..
Sempat ambil beberapa gambar dalam bilik, saje nak tunjuk dekat bebudak kem lain sebab bilik diorang xde kemudahan  macam tempat kitorang..hee =p







memang pakaian wajib BTN adalah hitam putih, macam bebudak sekolah balik rasanya
ini  gambar sebelum bertolak kerana ada yang ke pusat di KLIA dan ada ke pantai Remis

my groupmates

walaupun kumpulan kami hanya berlatih tak sampai 5 kali rasanya untuk pertandingan lagu patriotik tu, tapi berjaya dapat no.3, pencapaian yang agak baik kerana sungguh enjoy dan terpegun melihat persembahan rakan-rakan yang boleh dikatakan menarik walaupun kami tidak mempunya masa untuk berlatih..kami terpaksa mencuri masa sendiri untuk berlatih dan menghafal lagu..sesi LDK pula memang sangat best sebab masing-masing memang punyai idea yang bernas dah macam pembahas dah semuanya melontarkan idea dan pendapat tidak mengira bangsa dan agama..


 Atiqah si penghuluwati dan Anis Suraya

 bersama student ALUK, Athirah


kami dikehandaki menyerahkan segala peralatan elektronik yang dibawa seperti telefon bimbit, kamera, laptop dan sebagainya...jadi memang kami tidak boleh mengambil gambar, video dan sebagainya sepanjang aktiviti berlangsung..semuanya terpahat di dalam memori dan kenangan..hari akhir selepas ujian barulah telefon kami diserahka kembali..jadi perhubungan dengan pihak luar seperti ibu bapa dan rakan-rakan juga terhad, hanya fokus kepada aktiviti-aktiviti sahaja..

mata lebam, mata panda dan eye-bag memang biasa sebab kami perlu bangun seawal 5 pagi sebab kena subuh berjemaah seta kuliah subuh dan aktiviti tamat lebih kurang pukul 12 ..tidur mungkin dalam pukul 1 lebih,oh memang penat...aktiviti fizikal pun tak berapa nak mencabar kerana kami buat di resort and training centre, bukan betul-betul di kem BTN..sedikit sebanyak aku rasa program ini telah berjaya kerana kebanyakan rakan-rakanku bersetuju bahawa kursus ini best dan membuka minda kami..nak tahu apakah semangat yang berjaya ditonjolkan sila baca post yang sebelum ni...


Jangan asyik fikirkan kesalahan orang lain dan berfikiran negatif sahaja..cuba duduk sejenak dan renung-renungkan perkara positif...insyallah akan tiada perasaan benci, tidak puas hati dan dendam dalam diri, insyallah =D


P/S: Tahun ni kali pertama dapat puasa penuh di rumah semenjak bersekolah di asrama lagi..weee


Pertandingan mencari harta karun, kali pertama di Malaysia!!

Friday, July 8, 2011

buka hati, buka minda tepuk dada tanya selera

Assalamualaikum....

Setelah 5 hari aku berkampung di warisan sembilang resort and training centre untuk menyertai program transformasi mahasiswa anjuran biro tatanegara telah membuka banyak menyedarkan aku betapa bertuahnya aku lahir di bumi Malaysia yang tercinta ini..cewaah, ini adalah luahan hati dan perasaan yang tulus ikhlas dari aku tanpa paksaan sesiapapun...


Sebelum menyertai kursus ini memang banyak tanggapan-tanggapan negatif dari pelbagai pihak yang menyatakan bahawa kursus BTN ini hanyalah popaganda pihak kerajaan dan untuk brainwash minda semua peserta agar menyokong mereka...begitu juga desas desus dan khabar angin dari pelbagai pihak dan sumber bahawa kursus BTN sangat stress serta memenatkan juga membuang masa..namun disebabkan kursus ini memang wajib maka kami semua kena pergi walau apa jua alasan sekalipun...

Namun begitu, aku anggap kursus ini telah banyak memberi aku ilmu dan input-input yang selama ini ku langsung tidak ambil pusing dan hanya pandang sebelah mata sahaja...mungkin sebelum ini aku langsung tidak mengambil tahu tentang hal-hal politik kerana memang sepatutnya seorang pelajar, khususnya pelajar yang mendapat tajaan biasiswa seperti aku tidak boleh terlibat dengan semua ini...namun begitu, kursus ini telah menyedarkan aku betapa pentingnya politik, kuasa dan pentadbiran dalam menentukan dasar-dasar dan perancangan untuk memajukan negara tercapai dengan jayanya..


sebelum ini juga aku hanya mempelajari sejarah tanpa benar-benar memahami mengapa kita perlu belajar semua perkara lampau itu..mungkin salah satu sebab pelajar tidak minat sejarah kerana mereka berfikiran sempit  seperti aku dan tidak mengambil iktibar daripada sejarah masa lampau serta belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja...setelah beberapa perbincangan, ceramah dan aktiviti yang dilakukan kini aku yang yang aku sememangnya perlu mencintai negara Malaysia yang hanya ada satu ini, tida dua dan tiada tiga...kalaulah negara kita ditakluk lagi, kemanakah halatuju kita???fikir-fikirkanlah..

begitu juga dengan pergaduhan sesama sendiri serta perebutan kuasa yang kita dapat lihat dengan mata kepala kita sendiri kian menjadi-jadi sekarang...pada pendapat aku sendiri, seandainya semua pihak saling menunding jari negara kita memang tidak boleh aman...engkau salahkan aku dan aku meletakkan kesalahan itu kepada orang yang lain, jadi siapa yang perlu bertanggungjawab??alih-alih semuanya seperti dua kali lima sahaja..aku mungkin masih budak hingusan untuk berbicara perkara seperti ini namun aku yakin bahawa aku sudah cukup matang untuk memikirkan perkara ini...

setelah aku berfikir dalam-dalam dan menggunakan akal fikiran yang waras kurniaan Allah aku yakin bahawa semua perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya....jikalau anda betul-betul bijak dan pandai cuba renung-renungkan dan fikir-fikirkan sendiri adakah semua perkara yang ada cakap itu betul atau anda terpengaruh dengan pihak-pihak dan sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai??cubalah kita mengkaji semua perkara sebelum membuat sebarang keputusan..aku rasa kini aku lebih berpatriotik dan mempunyai semangat cintakan negara yang tinggi...

Kitalah anak bangsa yang akan memajukan negara di masa hadapan...walaupun dah beribu kali aku mendengar lagu merdeka 30 ogos dan warisan namun bila dinyanyikan dengan penuh semangat serta pemahaman lirik yang mendalam, sememangnya ia memberi makna yang sungguh bererti...program penutup malam tadi sememangnya sangat best dan dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta =D

cuba ubah persepsi dan pandangan kita bahawa kursus BTN adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan patriotik warganegara Malaysia...kursus ini walaupun memang penat, stress dan sebagainya namun berjaya membuatkan aku rasa akan tanggungjawab aku sebagai penggerak masa hadapan, insyallah..

Hayatilah perjuangan tokoh-tokoh terdahulu barulah kita mengerti erti kemerdekaan yang sebenar

 Best ice-cream

Sunday, July 3, 2011

kursus biro tatanegara di pantai remis

Assalakualaikum...

aku masih lagi dalam mood bercuti baru lepas exam, tadi baru habis 8episod Team Medical Dragon, serius cerita ni sangat sesuai bagi mereka yang bakal jadi doktor...yeah, i'm in love with medical field..tak sabar nak masuk degree, kira-kira dua bulan lagi aku akan jadi budak medik, insyallah =D

Esok aku akan pergi kursus biro tatanegara di pantai remis, lembah jeram selangor..aku pun tak berapa pasti namunapa yang pasti kena pakai baju putih kain hitam macam bebudak sekolah..wallaweh!!!rindu pulak nak pakai baju sekolah, memandangkan aku dok rumah pak cik aku ni aku minta la pinjam baju sepupu aku yang form 2 tu..ohh, memang besar gedabak!!baru terasa diri ini begitu kecik..

sepupu aku memang tinggi-tinggi jadi memang payahlah..adoyai, tengok jelah aku pakai baju besar gedabak dahla 4 hari kena pergi dan pakai baju tu...sungguh tidak menyelesakan, tambahan lagi aku tertinggal barang kat rumah pak cik aku termasuklah keperluan macam bedak, sikat, multi-purpose solution..haih!!

rasanya ni last post sebelum berangkat ke BTN, kejap lagi nak layan bola Malaysia lawan Taiwan.harap-harap Malaysia menang!!!Esok naik bas dalam pukul 2 kat kolej tapi aku mungkin pepagi dah sampai kolej sebab pak cik aku kan kejee...pagi-pagi lagi da kena terpacak kat situ, tumpang lah bilik memember yang tak balik kan...


harap-harap BTN best!

Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

Assalamualaikum =D

I wanna start my 30 days challenge!!
for the first day, i need to post my latest pic and 15 interesting facts about me..


This is my very latest pic..4 days ago after i came back from Almec's Annual Grand dinner..yeah, i'm graduated from Intec and going to pursue my degree in MBBS, insyallah =D

15 Facts about me??

  1. I'm allergic to some of sea foods such as prawn and squid
  2. I love pink, blue and purple
  3. i was born on 30 April (give me present ya =p)
  4. I had 3 secondary school =.=
  5. i have 6 siblings and i'm the third
  6. if i do something, i'll force myself to continue it until the end, never step back!
  7. i'm self-motivated and not easily give up
  8. i'm quite 'boyish' when i was a young girl
  9. i just finish my a-level exam
  10. i lost a teeth when i was 5 years old after falling down from bicycle
  11. i start blogging since October 2009
  12. i love making new friends
  13. i love football and enjoy watching it
  14. my shoe size is usually 5
  15. i'm single and available =p

wanna know me better?? why don't u ask me =D





Saturday, July 2, 2011

Bogel menuju tuhan - Zahiril Adzim

Assalamualaikum...


Seorang pelakon dan penulis berbakat, Zahiril Adzim kini telah mengeluarkan buku pertama hasil tulisanya"Bogel Menuju Tuhan"...Pelakon, Zahiril Adzim percaya dirinya dan semua umat Islam yang lain hanya akan berada dalam keadaan 'bogel' menuju Tuhan bila saat seseorang itu untuk kembali kepadaNya tiba kelak.


Mempuyai bakat terpendam dalam bidang penulisan dan puisi, Zahiril Adzim berkata, dia tergerak untuk menghasilkan buku tersebut hanya setelah menerima permintaan daripada peminat dan pengikut blog miliknya.
"Sebenarnya saya memang suka menulis dan menghasilkan puisi sejak tahun 2008 iaitu sejak saya menulis blog. Jom baca blog Zahiril sini


"Jangan salah faham, bogel yang saya maksudkan d isini adaIah sama seperti kita dilahirkan dalam keadaan yang bogel dan saya percaya kita semua juga akan kembali kepadaNya tanpa ada seurat benang pun dan yang ada hanyalah iman yang kita pegang.

"Selain itu apa yang saya gambarkan adalah dalam setiap perjalanan kehidupan manusia pasti tidak terlepas akan dugaan Tuhan serta tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya.

"Apa yang boleh saya simpulkan, buku ini adalah satu antalogi catatan dan puisi, sewaktu saya berada dalam hari-hari kesulitan sebelum dikenali sebagai pelakon " jelas Zahiril mengenai tajuk buku itu yang dianggap mampu menimbulkan kontroversi.

Apa yang pasti, isi naskhah yang terdapat dalam bukunya adalah sebahagiannya terdiri daripada tulisannya di blognya zahiriladzim.blogspot.com dan sebahagiannya adalah kemasukan atau bab yang baru dihasilkan dan tidak pernah disiarkan di mana-mana pun sebelum ini.

Jelas tunang kepada Shera Ayob lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menimbulkan sebarang kontroversi dengan tajuk bukunya bagi menarik minat pembaca tetapi hanya sekadar mahu berkongsi rasa bersama orang lain.

"Terpulanglah kepada orang untuk menilai. Tapi jangan membuat tafsiaran sebelum membaca isi kandungannya. Namun dari setiap penilaian yang orang buat itu, ianya secara tidak langsung telah melambangkan keperibadian mereka.

"Cuma saya nak beritahu, apa yang saya tulis dalam buku ini adalah sebahagiannya berkaitan dengan diri saya dan sebahagianya pula mengenai gejala sosial dan isu remaja. Selebihnya, ia mengisahkan mengenai pengalaman saya sebegai seorang remaja.

"Terus-terang saya memang minat menulis dan saya akan hanya ,menulis jika ada masa terluang. Saya harap orang ramai dapat menerima tulisan saya ini,"apapun tahniah zahiril!!!




sumber: murai.com


Antara baris-baris ayat Zahirl Adzim yang aku gemari :

"Manusia ialah satu proses yang berterusan yang memainkan peranan penting bagi melahirkan pengalaman."
Tidak ada kehidupan yang kuangankan, cuma kental meredah kehidupan yang ada sambil menggalas cita -cita.
Walau macam mana celakanya kehidupan itu, ia tetap kehidupan

i love your writing and looking forward to read your book..keep it up!!! i love you blog too~




Larian serentak 1 murid, 1sukan, 1 malaysia 2011



Assalamualaikum..

Semalam tengah borak-borak dengan sepupu yang baru darjah 4 tu, dia cakap hari ni kena pergi lari, ada larian satu malaysia...ingatkan dia sorang je, rupa-rupanya semua orang pergi, dengan pakcik aku sekali berlari hari ni...aku tak ikut pun ,stay kat rumah ni sensorang sambil makan karipap dan sandwich..buat air milo sekali, yummy =D


banner1m1s

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA SELURUH NEGARA ini bertujuan untuk memastikan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti di sekolah bertepatan dengan dasar 1sukan 1murid 1 Malaysia..

Tarikh : 02 Julai 2011 (Sabtu)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Ditentukan oleh sekolah masing-masing
Sasaran : Semua murid, guru, staf sokongan, ibu bapa, ahli keluarga, ahli masyarakat setempat dan lain-lain yang berminat.Pelancaran peringkat kebangsaan akan diadakan di Padang Dataran Perbandaran (Padang Esplanade), Taiping, Perak Darul Ridzuan. 

p/s; Gua pun berlari, berlari menonton 'Running Man' =D



Friday, July 1, 2011

study table, notes and softboard =.=


Assalamualaikum...


i snap some pictures of my notes on softboard and study table..
i know i'm gonna miss all of this..
boleh jadikan kenangan =D



\\

 math's formulae...need to memorise all of these =.=


 organic compound mind map..helps me a lot!!!


 reaction of benzene...lots of them came out in the last papers


 periodic table, help me during my revision =D

 how far and how fast topic, looks easy but the questions can trap us!!


 calendar with pics of my groupmates for the whole two years here

 sem 4 time table

 specific response-biology-

 these are my stationary..

 as i stayed alone, i change the arrangement of the table and bed
this is my room

 official study table..haaaaaha...
i put the orange labels so that i can easily spot the books that i want..


ok that's it!!!
bye-bye





featured blogger 15 : GebangKembang

Assalamualailkum...

lama betul ambil masa nak habiskan semua nih..oh, for those who has no idea about this, read here =D sorry for taking a long time to finish everything as i just finish my final exam last week..hohooo...peserta bertuah pada hari ini ialah gebangkembang!!!

free glitter text and family website at FamilyLobby.com


blog ni simple je, backgroud warna putih dan tak ada banyak widget...apa tunggu lagi, jom ke blog gebangkembangwiflea...apekah????gua pun tak taw..wkwkw =D





Jumpa orang emas =,=

hari tu berjalan-jalan di sekitar sunway pyramid tetiba nampak sekumpulan orang ramai..ingatkan artis ke hape sebab ada yang pegang kamera nak ambil gambar...dahla sebelum ni ada jumpa wrestler dan diva WWE (read here)...

bila kami datang dekat...rupa-rupanya...

 poke jangan tak poke!!bebudak ada yang pergi sentuh2 walaupun takut


orang emas ni kecik je...macam patung pulak xbergerak..


aku ngan member punyalah perhatikan perutnya bergerak-gerak bila bernafas...nak pastikan samada robot atau manusia..heee =D

pergi ambil gambar dengan orang emas...

lepas tu kami terus pergi, nak dijadikan cerita, dia pergi tunggu orang depan lif untuk kejutkan orang...aku ngan member keluar terus nampak dia..haaa, dahla tadi beria nak ambil gambar macam hapee...kami terus memecut larik!!lawak pulak bila teringat =.=


Running Man - A must watch Korean variety shows

Assalamualaikum....


i was alone in my uncle's house as all people in this house went to school and work..yeah, actually i'm waiting for my BTN next week and just stayed here =,=


i used my time to watch about 6 episodes of running man today, that was awesome! i laugh so much everytime i watch the running man and the guest to complete their task..It was first aired on July 11, 2010. This show is like family outing but a never-before-seen new genre of variety shows.. 



The original members of Running Man are Yu Jae-suk, Ji Suk-jin, Kim Jong-kook, Ha-ha, Lee Kwang-su, Song Joong-ki, and Gary.Song Ji-hyo was originally a guest for the second (episode 2-3) and third landmark (episode 4-5). She officially joined the program in the fourth landmark (episode 6) but was unable to attend until the fifth landmark (episode 7).Lizzy was also originally a guest for the eleventh (episode 13) and twelfth landmark (episode 14). In February 2011, it was revealed that she was only a long-term guest and has left the program. In April 2011, Song Joong-ki recorded his last episode and as of May, has left the program to focus on his acting career.Joong- Ki is really cute..wee =D


I love the episode when Kim Hyun Joong and Nickhun( 2PM ) become their guest...it's a very good therapy to distress yourself by watching this variety show =D


 who do you think you are??workaholic??stylish?? check this out!


nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...