nuffnang

Thursday, December 27, 2012

HAMKA 5.0 (Himpunan Akhbar Mahasiswa Kita)

Assalamualaikum.....


Bismillahirrahmanirrahim....lama tak menulis, banyak benda yang berlaku....sebenarnya banyak perkara yang hendak dikongsi cuma tak tahu nak start dari mana...Alhamdulillah semalam telah selesai satu program HAMKA 5.0 (himpunan akhbar mahasiswa kita) yang telah berjaya dilaksanakan sejak 21-26 Disember dan ada 2 sesi...saya ikut yang sesi kedua, 23-26disember...



sebelum ke HAMKA kami harus ambil beberapa akhawat yang datang dari Bali, makassar dan Malaysia...banyak yang dah datang dulu dari tempat lain macam medan dan jogjakarta...oh yee sebelum ke program tu kami kena bawak sisters ni pergi jenjalan, biasalah first time datang sini...hurm sebenarnya kat sini kalau dekat tanah abang tu pakaian muslimah macam jubah dan skirt memang sangat murah....jubah yang sama harga kat sini RP100K tapi kat Malaysia RM100 baru dapat...beza jauh harga tu, tiga kali lipat..hoho...



apa yang kelakar, masa bawak sister makassar ke tanah abang hujan sangat lebat sampai air naik...jakarta banjir!!!masa tu memang takde transport untuk balik, orang ramai sangat sahkan nak dapat teksi bajai pun takde yang nak pergi tanjung duren dan kami terpaksa ambil risiko dan keputusan untuk ambil bas...kami ingatkan slipi area tomang rupanya slipi lain, aiyooo...haa tak perlu nak cerita panjang lebar tentang 'kesesatan' kami...setahun lebih tinggal jakarta inilah first time kami sesat di jakarta...tapi alhamdulillah...dalam kami kepenatan, stress dan macam nak nangis dah tak tahu nak balik dengan apa pertolongan Allah tu datang...ada pak cik angkut yang sanggup hantar kami pulang ^^



pagi sebelum bergerak ke puncak bogor saya pergi jemput sisters dari Malaysia dekat airport, bawak diorang tukar duit dan makan2 dekat central park (CP) dan citraland(CL)..


inilah mereka...kak dayah, lily dan kak fareha :)

mereka sungguh peramah walaupun baru kali pertama jumpa...


petang tu kami bergerak naik bas ke cianjur, puncak bogor...dalam pukul 10lebih kami sampai di sana dan kami tinggal dalam villa...suasana sangatt sejuk tapi sangat best, dah lama tak hirup udara sejuk dan segar macam ni...asyik dok sedut udara habuk dan kotor jakarta je,huhu...



pagi-pagi 24disember macam biasa buat qiamullail dan solat subuh berjemaah, breakfast berjemaah dan mandi berjemaah...ehh takdelah mandi sorang sorang tapi share bilik air, disebabkan kami ramai kenalah bergilir-gilir menunggu rasa macam zaman sekolah mintak after..heheeh...duduk sebilik dengan sister medan, mereka sebaya rupanya...haa keluarlah memacam cerita dari zaman sekolah, kenal tak orang tu orang ni, ke zaman study dan masuk part tarbiyah...rasa macam kenal lama pulak, inilah orang cakap ruhi sudah menyatu..walaupun baru kenal tapi rasa ukhwah itu erat ^^





pagi tu kami ada explorace, main lompat-lompat, lari lari buat bendera, kena pergi pasar dan macam-macam...inilah orang cakap time main, kita main betul-betul...ada yang main sampai luka-luka, bersemangat sungguh! inilah semangat pemuda...kita bukan sekadar main tapi sebenarnya banyak ibrah yang kita boleh dapat daripada games yang kita main seperti ukhwah, kena berfikir dengan cepat untuk buat keputusan, kesefahaman dan banyak lagilaa...



berkaitan dengan pengisian, alhamdulillah muwajih yang dijemput adalah ustaz hartono dan ustazah Arpah...memang banyak yang kami dapat tambahkan ilmu dan kefahaman dalam dakwah dan tarbiyah...semoga ilmu yang kami dapat ini dapat memantapkan lagi fikrah kami dan dapat digunakan untuk menyebarkan benih-benih baru....bak kata uztazah, ilmu tanpa amal itu ibarat kereta tanpa stereng, apa gunanya kita ada kereta mahal dan cantik tapi tak berguna tak boleh bawak pergi kemana-mana...lama-lama ia akan berkarat ditelan masa dan usia...



sama juga dengan ilmu yang kita dapat, sebab itu perlunya faham tentang fikrah dan ilmu...kalau kita kutip sebanyak mana pun ilmu tapi tak pernah nak amalkan dan sampaikan dekat orang lain apa yang kita dapat tu memang tak ada gunanya, rugi je...jangan juga pentingkan diri dengan ambil ilmu banyak-banyak sorang-sorang...hurmm, kena mula bekerja demi Islam tercinta...matlamat kita ialah melihat Islam bangkit kembali, menjadi ustaziatul alam (world order) dan mendapat redha Allah, insyaAllah ^^



apa yang best bila pergi HAMKA ni ialah kita dapat lihat ramai lagi orang lain, sahabat kita yang dari tempat lain di seluruh pelusuk dunia bukan sekadar Indonesia sedang melakukan perkara yang sama...bila kita lihat semangat mereka, kita pun dapat membangkitkan semangat kembali...sanggup datang jauh-jauh dan ambil cuti, tambang yang mahal untuk datang ke program sebegini...insyaAllah apa saja yang kita laburkan di jalan Allah akan ada ganjarannya...banyak lagi program di tempat lain macam di UK ada PMS (perhimpunan musim sejuk), winter gathering dan sebagainya...


jom layan beberapa gambar....


disebabkan tempat ni adalah puncak bogor, suasananya sangat sejukkk...tak payah pakai kipas pun, jimat elektrik..hehee..

 jalan, laluan lorong yang panjang....pilihlah untuk melaluinya atau tidak~


 sebahagian dari mereka....

bersama ustazah Arpah dan sisters seangkatan, seakidah :)


bersama ustazah Arpah...alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman dapat dicedok, ustazah dah 64 tahun dan telah merantau seluruh dunia untuk kerja-kerja dakwah...subhanallah :)



 ustazah Arpah sedang menyampaikan amanat :)


 pintu masuk villa



sudah mau pulanggg...selamat tinggal bogor!! semoga kepulangan kami dipenuhi dengan ilmu dan fikrah yang bakal menggerakkan kami kehadapan, bukan sekadar datang bercuti, jalan-jalan, menggunakan masa cuti tetapi dengan satu matlamat dan tekad...


memandangkan tema program ni adalah "henshin" yang membawa maksud transformasi, pastinya  kita diharapkan membuat transformasi...semoga kita semua dapat terus istiqamah dan tsabat dalam jalan yang kita pilih ini, insyaAllah ^^



lagu tema HAMKA 5.0




kalau panjang umur dan diizinkan Allah jumpa lagi di HAMKA 6.0 :D

Saturday, December 15, 2012

La Tahzan, innallaha ma'ana ^_^





This is my journey, He puts me here. It's His plan so i just have to carry on and trust Him

semakin hari terasa semakin mencabar, banyak benda nak kena fikir bukan sekadar perkara remeh temeh macam nak pakai baju apa nak sarapan apa dan sebagainya tapi benda yang lebih besar....benda yang bukan hanya melibatkan diri kita sendiri, kalau kita salah pakai baju hijau hari ini walaupun dah plan untuk pakai baju merah...takde masalah, langsung takde masalah....tapi bila melibatkan orang lain, orang yang lebih ramai dan mesti bermain dengan hati dan perasaan manusia it u yang susah T_T




Tak semua apa yang kita suka tu orang lain pun suka dan kita pun tak boleh nak puaskan hati semua orang....kekadang rasa sedih bila kita dah cuba buat yang terbaik, sebaik mungkin yang boleh tapi masih ramai suara-suara sumbang yang tidak berpuas hati komen itu dan ini tanpa langsung menghargai pengorbanan yang kita lakukan selama ini....kita sanggup tidak tidur malam,  melupakan kepentingan diri sendiri untuk berehat, tidur, berjimba berhibur tapi di sebalik kelelahan itu tiada siapa yang peduli...hamba abdikah kita?ya kita memang hamba tapi hamba Allah yang sangat kerdil, bukan hamba manusia...bukan robot yang rela diperlakukan sebegitu mengikut keinginan hawa nafsu mereka, bukan.....




walaupun kadang-kadang kita terpaksa menahan diri dari marah, dari meluahkan kata-kata yang memang tak sepatutnya apabila ada orang yang bekerja dengan kita, atau kawan-kawan kita buat hal memutar belit cerita, menukar itu dan ini tanpa memberitahu kita....kita seharusnya memilih untuk diam, sungguh itulah yang terbaik...melampiaskan rasa marah tidak memberikan apa-apa kesan positif sebaliknya semuanya negatif, menghancurkan ukhwah yang selama ini terbina erat, meruntuhkan persahabatan, meleraikan senyuman...mungkin dengan diam boleh menyedarkan mereka, biarkan perasaan bersalah membelenggu diri mereka dan mereka mungkin boleh sedar, kecuali manusia berhati batu, hati mati :(




terlalu memikirkan tentang hati dan perasaan orang lain sampai membiarkan diri sendiri tersiksa, merana juga bukanlah satu cara yang baik...jangan pernah takut untuk berkata 'tidak' kepada sesuatu yang memang kita tak boleh lakukan, yang memang banyak halangan untuk kita...contohnya??ada kawan kita mengajak kita buat maksiat, kenapa perlu ikut??kenapa sanggup pergi buat sesuatu yang memang kita tak sukai dan dimurkaiNya semata-mata untuk menjaga hati kawan??keredahaan siapakah yang kita cari?kawan mungkin boleh cari tapi kerehdaan ilahi itulah yang sentiasa dinanti...Allahu akbar!! hambar hidup hanya untuk mencari keredaanMu ya Allah....




sedih dengan hal dunia, sedih kalau tak dapat pergi konsert, sedih tak dapat markah yang kebaboom sedihhh...kalau dekat dunia nak sedih dekat akhirat lagilah sedih kalau kita berterusan menyedihkan diri tanpa berbuat apa-apa...percayalah! semua benda yang berlaku atas dunia dia semuanya sudah tertulis 'dakwat telah mengering, pena telah terangkat' takde benda lagi yang boleh kita buat tapi kita boleh usaha dan tawakal...banyakkan bedoa kerana Allah suka hambanya yang merintih berdoa memohon dariNya buka dari yang lain...kalau kita usaha dengan izin Allah kita akan berjaya, lupakah kamu dengan sunnatullah??? husnuzon dengan Allah itu sangat perlu :)



ayuhhh janganlah kita terus terusan bersedih...bangkit dan bangunlah!!!lakukan sesuatu, kitalah pemuda harapan!!




Friday, December 7, 2012

FLY HIGH 2012

Assalamualaikum....


Bismillahirrahmanirrahim...

dua minggu lepas ada satu program yang dianjurkan PKPMI-CJ dekat kedutaan besar Malaysia...nama program ni 'Fly High' yang mana ada 3 orang dijemput iaitu pegawai dari MMC(malaysia medical council), senior yang dah jadi HO dan seorang senior yang masih lagi co-ass (co-assistent) maca clinical years kitorang...oh kat sini first 3.5 tahun ada graduation a.k.a wisuda dulu sekali lepas tu masuk clinical 1.5 years baru angkat sumpah jadi doktor...saya baru second year..ohh masih jauh perjalanan :)



slot pertama dengan pegawai dari MMC, dia menerangkan tentang sistem dekat Malaysia, apa yang kita nak kena buat lepas grad nak daftar kat mana, sistem HO kemudian macamana steps dia sebelum masuk MO...ada lagi tentang bagaimana mereka menguruskan pelajar-pelajar perubatan di luar negara, different experiences at different places and countries....



banyak yang risau tentang language because we are not using english as our medium here, we learn everything in indonesian language...tapi biasanya kitorang buat rujukan, revision study pakai english...tak banyak beza pun, mungkin beberapa term yang perlu kita adapt bila dah balik 'back for good' untuk berbakti kepada rakyat dan negara kelak..chewah...tapi macam biasa, kakak HO iaitu kak wani dan pegawai MMC sendiri cakap kita kat indonesia ni skill mantop berbanding student dekat negara lain...kat sini kita boleh 'hands-on' boleh sentuh patient boleh buat banyak benda yang mungkin kawan-kawan kita kat negara lain tak dapat...mungkin itu kelebihan kita ^_^



sesi petang disambung lepas makan dan solat, iaitu sesi dengan kakak senior yang dah kerja kat Malaysia dari universitas Indonesia, kak wani dan kak nonoy dari ukrida sebagai wakil co-ass...banyak jugak pengalaman pahit manis yang mereka ceritakan sepanjang jadi medical students, cabaran time co-ass, cabaran berdepan dengan patient, dengan kawan-kawan yang grad dari univ. lain dari negara lain dan banyak lagilah...rasa macam tak sabar nak kerja tapi itulah akak ni cakap jugak belajar bebetul time s.ked iaitu sarjana kedoktoran ni sebab senang nak pakai dan practice time clinical dan kerja nanti...



apa yang best dari kak wani ialah dia cakap "prepare for the worse" sebab bila kita dah set up minda kita yang kita nanti akan kena maki dengan MO, dengan nurse kalau salah buat dan kekadang bukan salah kita dia stress dengan anak bini dia kat rumah kita kena marah, lepas tu itu ini tak tahu kena marah lagi dan lagi haaaa...so kita dah boleh bayangkan menda-menda yang macam tu, yang agak teruk kena marah apa semua walaupun kita dah bergelar status seorang doktor...nanti kalau kena marah dah biasa, macam dah boleh agak menda ni akan berlaku dan kalau tak kena pun kita akan rasa pelik..heheeh

dari kiri, jasreena sebagai moderator, lepas tu kak nonoy wakil co-ass dan kak wani wakil HO


Best dengar perkongsian ilmu dan pengalaman dari mereka sebab mereka sangatlah sempoii...gaya tak formal pun so macam santai, macam berborak-borak je..kak wani cakap nanti time HO pilih jela hospital yang jauh dari rumah sikit nanti kalau kena marah kena maki takdela malu sangat kalau patient kita tu orang kampung kita ke keluarga kita ke apa kan...nanti bila dah naik MO baru balik kampung...tapi duduk dekat dengan rumah ni best jugak kalau rasa stress ke nak makan sedap ke apa adalah jugak tempat bermanja dengan mak..ni dahla belajar 5-6 tahun jauh-jauh kat jakarta nun lepas tu kerja dok jauh lagi....kan bila dah naik MO kahwin pulak, kena ikut suami pulak dah tu bila masa kita nak bermesra dengan mak kita?? T_T


Kak nonoy pun best jugak, dia cakap kita grab je as much as possible semua peluang untuk belajar kat rumah sakit tu, jangan bermalas-malasan nampak patient je lari, menyorok biar kawan yang lain pergi ke apa kan...dan keep contact dengan seniors contohnya yang pernah dapat stase ni dekat rumah sakit ni, apa je yang kena buat kat sana, doctors kat situ macamana, sistem dia macamana...so that bila dah boleh bayangkan sikit keadaan dia sebelum mula co-ass...contohnya kita baru je habis stase bedah dekat rumah sakit ni hari sabtu, tapi hari isnin dah kena melapor untuk stase seterusnya di rumah sakit lain pulak..ahad tu kenala pergi cari kosan ke apa, kalau jauh nak tempah tiket flight, bla bla bla....memang pakai banyakk duit..wuwuwuwu






antara yang hadir...kebanyakannya kakak seniors 2007 yang memang nak balik jadik HO dah pun..bestnyerr..heee, tak sabar tapi lambat lagi, baru second year kott :)


kak wani dan ydp pkpmi


kak nonoy dan ydp pkpmi


cenderamata untuk mereka :)


AJK cenderamata...weee...kali ni kena jadi ajk cenderamata dengan shahada....ingatkan tak sempat dah nak ikut pergi fly high sebab malam tu ada program sikit, program mengisi rohani..hehee...tapi pulang pagi-pagi terus bersiap ke sini..fuhh...ingatkan tak jadi nak datang daa...



Alhamdulillah program ni berjalan lancar dan banyak info, input dan pengalaman yang boleh dapat  dari pegawai mmc dan wakil seniors tu untuk dijadikan panduan dan pengajaran nak masuk ko-ass, HO dan MO kelak kalau panjang umur, insya Allah...doakan yee..heee..




perjalanan masih jauh, dan kita hanya boleh merancang untuk mendapat dan menjadi yang terbaik namun kita serahkan segalanya kpada yang maha berkuasa, sebaik-baik perancang, the best planner :D



kita nak jadi doktor yang macamana?? yang hanya tahu merawat fizikal sahaja atau boleh merawat hati mereka juga?? sambil bekerja sambil berdakwah sampaikan sedikit sahaja nasihat untuk patient kita macam baca bismillah sebelum makan ubat, solat jangan tinggal dan doa pada Allah supaya penyakit cepat sembuh...simple je kan??heee... saya pernah tulis tentang ni, bolehla terjah    Bukan sekadar doktor biasa


p/s: credit all pictures to Angela, photographer of the day :)


Monday, December 3, 2012

Bangun malam

Bismillahirrahmanirrahim....



Post pertama untuk disember 2012..tak sampai 20 hari lagi akan mula bercuti sempena krismas oh yeahh kami cuti lama, nama pun universitas kristen, cuti sampai 2 January...dan dalam masa cuti ni ramaii pulak yang akan melangsungkan majlis perkahwinan, membina masjid dan yang lebih manis membina baitul muslim :D tahniah kakaks dan abangs sekalian atas jemputan, setakat ni ada 5 jemputan perkahwinan dari senior yang rata-ratanya aku kenali kedua-dua pasangan...memang tak dapat pergi pun sebab tak balik, ada big mission yakni HAMKA on that holiday dan perancangannya nak pergi jenjalan Jogjakarta...semoga majlis mereka berjalan lancar, barakallahufikum  ^_^




tajuk post saya kali ni bangun malam...buat apa nak bangun malam??bukankah bangun itu waktu pagi? malam sudah tentu untuk tidur..haaaa...ok wake up people!! bangunlah dari tidur, buka mata, bangunlah dari angan-angan kosongmu, cita-cita yang tak berapa nak betul tu..bangunn!!! haaa macam dapat seruan hape dah kan...tapi terfikir kan kita kenapa nak bangun malam?



mamat 1: ow yeah, nak tengok bola lerr MU lawan chelsea kot. gila tak nak tengok, kang esok pegi kelas orang borak pasal bola malu la derr kalau gua tak tengok...nanti tak masuk geng la, off topic pulak kan


minah 2: bangun malam sebab nak study, nanti kang tak dapat skor exam tak dapat result yang best....nanti malu dengan kawan-kawan, mak ayah semua..so nak dapat skor exam kena berjaga malam untuk study..


mak cik 1: biasalah jaga malam, anak nangis kena tukarkan lampin dulu lepas tu kasi susu, dodoikan dia sampai dia tidur nyenyak lagi...kekadang tu tak boleh tidur pun sebab anak nangis sepenjang malam..huhuu..besar kan pengorbanan si ibu :)


kalau kita bangun malam agak-agak untuk buat apa yeah?? tengok running man??episod minggu ni tak tengok lagiii!!! ke bangun sebab nak videocam dengan boipreng yang jauh nun di UK, so kenelah bangun malam sebab dia kan siang time kita tengah malam buta tu, takpelahh berkorban sikit untuk yang tersayang..ow so shweet, macam gula-gula awww



heee...korang?? amacam??

kalau aku sayang tidur, tak suka bangun malam..erk..tetttt


minggu lepas buat mabit usrah kami, tidur rumah kakak tercenta dan  minggu ni buat mabit lagi tapi tidur dekat masjid, tidur beramai-ramai dan beribadat beramai-ramai... ada lagi yang tak tahu mabit tu apa eh? MABIT maksudnya MAlam Bina Iman dan Takwa dan ia merupakan salah satu wasilah tarbiyah yang penting selain usrah, daurah, jaulah...dulu dulu selalu jugak dengar perkataan ni, tapi tak join pun...masa tu masih dekat INTEC, ada kawan cakap dia tidur masjid untuk mabit...masa tu rasa macam extreme sangat sampai nak kene tidur kat masjid untuk beribadat...macamlah tak boleh buat kat bilik dan macam-macam tanggapan lagi masa tu, biasalah tak tahu dan tak mengambil tahu...huhuuuu




MABIT ni penting jugak sebenarnya, untuk membina ruhiyah, melembutkan hati yang keras, muhasabah diri, membersihkan jiwa dan membiasakan diri untuk bangun malam dan beribadah kepada Allah s.w.t seperti solat tahajjud, berzikir dan mentadabur....seorang yang kuat itu adalah seorang yang boleh istiqamah bangun malam, membiasakan diri untuk beribadat dan bersendirian dengan Allah...itulah juga kepentingan muraqabah, merasa Allah sentiasa mengawasi kita dalam apa saja aspek kehidupan termasuk apa yang kita niatkan, bercakap dan lakukan.




sebenarnya kebelakangan ni banyak juga ditekankan tentang kepentingan bangun malam, tidaklah terlalu malam tapi bangun ketika semua orang sedang nyenyak tidur dibuai mimpi yakni sebelum subuh...itulah waktu yang paling tepat untuk kita berinteraksi dengan Allah sebab waktu siang hari kita kan busy la kononnya dengan pelbagai urusan dunia, mana nak pergi kelas nak belajar dan melayan pelbagai kerenah kehidupan...


dalam surah Al-muzammil Allah ada berfirman:

"Hai orang yang berselimut (Muhammad). bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur’an itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. Sesungguhnya kamu pada siang hari mempunyai urusan yang panjang (banyak). Sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan." (73:1-8)



Insya Allah lepas ni kena rajin-rajin untuk bangun malam, membersihkan jiwa, bersujud memohon keampunan dari-Nya...sungguh, bersujud di waktu itu terasa sungguh aman dan tenang, jangan pernah pula malu untuk menangis, mengenangkan dosa-dosa kita dan bertaubat untuk tidak melakukan perkara tersebut lagi :)







kalau nak exam sanggup kan bersengkang mata dan bangun awal untuk study, untuk mengecapi kejayaan dunia tapi untuk bangun malam, bersolat dan zikir??mampukah kita?fuuhhh... bismillah, luruskan niat dan cuba dulu sikit-sikit nanti top up lagi..semoga Allah redha!




Thursday, November 29, 2012

Palestine will be free

Assalamualaikum....


do u know what is happening in palestine? do u even care about our brothers and sisters there? they might be thousand miles away from us, different languages, country, lifestyle, skin colours yet they are still our siblings, our family..we are bonded by aqidah :D



i'm not going to write here the details about this because u can find it everywhere on the net, facebook, twitter, articles etc..i just want all of us care about this issue....



what can we do to help them?
yes... we can't do anything... but please do something.


make du'a for them...always...
boycott Israel's products..
insya Allah Palestine will be free, soon...
 i strongly believe ^_^








please care about our sisters and brothers =D





Saturday, November 24, 2012

Jalan-jalan cari cinta di pantai Anyer

Assalamualaikum.....


tengok gambar pondok yang saya update dekat post yang lepas?? tak tengokk?takpelah..heheee...semalam baru je habis exam integrasi 1 blok 12, fuhh...ini baru namanya tak tahu nak jawab apa, almaklumlah modul tebal bangat tak sempat nak habis baca semua T_T  tak apalah yang lepas biarkan berlalu, kita kena belajar lebih tekun lagi untuk inte 2 yang akan datang..ngehh ^^





okey berbalik kepada kisah jalan jalan kami ke anyer minggu lepas, sebenarnya takdelah jalan jalan sangat tapi kami buat program khas untuk adik-adik 2012...special edition punya...heee..kami bertolak dari tanjung duren dalam pukul 5.15 camtu kumpul dekat depan tomang tol...makan nasi uduk dalam bas dan alhamdulillah perjalanan kami lancar, tidak ada sebarang halangan...laju uolls bapak ni bawak bas sebab asalnya kami agak dalam pukul 10 baru sampai tapi tak sampai pukul 9 kami dah sampai dekat villa tu, avi redita villa anyer :D



mula-mula kami terlepas jauh sebab papan tanda villa ni dahla kecik pastu macam tak jelas nak jatuh...ish2, they should change it to a new one...tapi bila sampai je tengok villa ni memang besar, selesa dan yang paling best adalah di betul-betul tepi pantai...boleh dengar bunyi ombak, rinduu sangat dengan bunyi ombak...ni kali pertama pergi pantai selepas setahun lebih dok kat jakarta, kami tinggal bandar penuh kereta, macet pencemaran udara bagai..mana ada pantai, bila dah dapat dok tepi pantai ni dengan angin sepoi-sepoi bahasa sungguh indah....subhanallah ^_^



malam sampai terus tidur awal dan bangun pagi-pagi sebelum subuh kami qiam dulu beramai-ramai tepi pantai...ya Allah terasa sungguh sayu dan tenang bila dapat solat tepi pantai dengan bunyi ombak memukul pantai...kami hamparkan tikar dekat depan villa tepi pantai...walaupun dekat kawasan ni pasir dia tak berapa nak ada sebab telah ditambak tapi masih, bunyi ombak jelas kedengaran...



usai solat subuh kami mulakan sesi taruf dan setting kompas kat sini....betulkan niat kenapa kita berada di sini dan mula nak berkenalan mana-mana yang belum kenal....sebenarnya kita kenal kawan kita walaupun dah lama tapi banyak lagi tentang kawan kita tu yang kita belum tahu kan...kita cakap je kita kenal dia tapi bila tanya date of birth lupa, dia suka makan apa..err.errr..krik...krik..krikk :p



so untuk sesi ta'ruf ni kami main game sikit dengan setiap orang kena tulis atas kertas 3 benda, 2perkara adalah yang betul dan 1 yang salah..lepas tu kertas tu akan dibahagikan secara random kepada semua orang dan orang yang dapat kertas tu kena teka siapakah gerangan empunya kertas itu sampai betul...menarik jugak! tanya jangan tak tanya, lepas tu ada yang betul buat buat tak tahu dan tak mengaku...


lepas hari menjelang cerah, kami beredar untuk bersiap mandi dan breakfast....ok villa ni agak besar dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi dengan siap kelengkapan masak, air galon semua...ok ler...kami senang masak nasi kat sini dan beli lauk, ada jugak masak sikit-sikit...



inilah villanya...besar kan? alhamdulillah..bolehla menampung kami :)



inilah pondoknya...pondok depan villa..


bersantai sebentar di pondok sambil menikmati keindahan laut dan ombak



nampak tak??yes swimming pool..sebelah villa kami je..weee...petang lepas selesai slot kedua kami mandi-mandi di sini siap main game lagi...kat sini bolehla tengok gelagat mereka ada yang nak berenang, tak reti nak berenang dan macam-macam lagilah...sayalah orang pertama turun kolam dan orang tetakhir naik, mandi sampai maghrib...mandi sampai puas...tapi tak sempat cramp pun, biasanya kalau saya berenang pasti cramp mungkin sebab kolam ni tak berapa besar so berenang jarak dekat-dekat je...swimming pool banyak je area saya tapi campur, nak cari kolam muslimah tu punyalah susah..ada, tapi jauh sikit so bila dah ada ni kita gunakan sebaiknya :D



pemandangan kolam dari balkoni atas


villa lain di sebelah...



petang tu jugak kami buat bbq, makan jagung bakar! daebak! lepas tu bakar ikan..yums!


malam macam biasa teruskan slot dan tidur awal malam tu, penat...kurang tidur dan penat mandi kolam agaknya...ish2...


sebelum balik kami pergi main air pantai dulu, ambik gambar dan menikmati suasana alam... cewahh... layankan beberapa gambar ni yeah!


subhanllah cantik ^_^

pantai..



kemana kamu bawa kakimu melangkah??? ke arah kebaikan atau kemaksiatan?


bas yang bawa kami, pergi dan pulang.


sebelum pulang, kami singgah sebentar membeli souvernir di pinggir jalan.


dan dalam bas kami buat game tukar tukar hadiah...semua orang sebenarnya harus bawa hadiah lepas tu main tukar tukar...best jugak kan! jadi semua orang akan dapat hadiah :)


antara muka-muka bahagia bersama hadiah masing-masing

shahada dan erly :)

pon yi dan asma :)

nabila dan masita :)


kami semua...yeay!


alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana program yang kami rancang selama 3 hari 2 malam ni berjaya terlaksana dengan jayanya walaupun dah beberapa kali ditunda dan tukar tarikh disebabkan beberapa masalah dan kekangan...segala puji bagi Allah kerana telah melancarkan program JJCC kami dan semoga mereka dapat faham dan terima semua dan segala yang disampaikan dengan baik...selamat tinggal Anyer! moga kita bertemu lagi..weeeee :)








Wednesday, November 21, 2012

pondok kecil itu





di pondok kecil....di pantai ombak...berbuih putih...beralun-alun...

duduk di pondok, menikmati keindahan pantai..
bunyi ombak menenangkan jiwa...

menghayati dan mentadabur alam ciptaan ilahi...
langit, air dan ombak itu sungguh indah..
tidak putus-putus berzikir....

rindu pondok ini, banyak kenangan di sini...


nanti saya update full story ^__^




Friday, November 16, 2012

masa

Assalamualaikum........



masa berlalu tanpaku menyedari....sekarang dah masuk tahun baru, selamat tahun baru maal hijrah yang ke 1434, semoga tahun ini menjadikan diri kita lebih matang, bermanfaat kepada orang dan menjadi yang lebih dan lebih baik dalam segenap bidang dan ruang...dalam kehidupan, dalam amalan dunia akhirat dan dalam dakwah dan tarbiyah, insyaAllah :)



semakin hari semakin jarang saya update blog...tak sempat...banyak benda nak buat, fuh!!! busy lahhhh kononyaaa....student medic lah kan, mana ada masa nak buat semua benda ni, hidup hanyalah dengan buku..wooooo...tolong jangan jadi hamba buku, tolong...kalau dosen saya selalu cakap "jangan jadi hamba tinta" sebab kalau dia bercakap je mesti ada kawan-kawan yang tengah menulis dan tak fokus....orang nak tulis apa yang diucapkan dia, lecture dia tapi dia tak kasi..ngehh






saya cuma nak sentuh sedikit tentang masa, semua orang diberi waktu yang sama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu dan 30/31 hari sebulan...semuanya sama...namun cuba kita intai kembali diri kita apakah kita menggunakan masa yang Allah beri itu sebaiknya??adakah kita menggunakan semua sisa sisa kehidupan kita ke jalan yang diredhai-Nya??kenapa orang lain boleh siap tiga kerja dalam masa sejam sedangkan kita satu kerja pun tak jalan? semua tu tergantung kepada bagaimana kita menguruskan waktu yang kita ada tu sebaiknya...



kalaulah nak fikir tentang study je, tak nak fikir pasal lain....memang 24jam hadap buku, sangat sangat berharap untuk dapat nilai cemerlang tapi ditakdirkan gagal...apa perasaan??menangis tak berlagu...tak faham kenapa tak lulus, akhirnya ambik keputusan bunuh diri, masyaAllah....ceteknya fikiran, sempitnya berfikir...sebab tu kita kena pandai balance, time belajar kita belajar, time ada program gunakan masa sebaiknya dan time ada masa kosong sikit tu kena belajar sebab kita takde masa lain dah....masa hujung minggu kita disibukkan dengan program, daurah dan sebagainya...



minggu depan pbl dan exam integrasi, tapi hujung minggu ni ada program...apa saya kena buat?? siapkan makalah awal-awal...study awal walaupun tak berapa nak sempat sebab modul tu punyalah tebal kan, setebal buku internal medicine harrison...hohooo...tapi kita ada matlamat lain, kita faham kita sedar dan kita tahu..." kefahaman kena datang dengan pengorbanan" kalau setakat faham tapi tak mampu nak berkorban tak jadi...hurmmm T_T



kalau dulu hujung minggu baru buat makalah, hujung minggulah waktu nak study tapi kalau tiap hujung minggu kita ada program, sibuk dengan persatuan pelajar kat sini lagi...last week jadi ajk pengangkutan untuk west java malaysia game, minggu ni komander program jjcc a.k.a daurah ISK kat anyer khas untuk junior baru 2012 dan next week ajk hadiah untuk fly high...next next week daurah exam lagi....bila masa nak bersenang senang di hujung minggu??takdee :(   saja buat muka sedih...takde la sedih sangat bahkan saya rasa bahagia dapat berbakti kepada orang lain, insyaAllah semoga bermanfaat ^_^





”Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran”

 (Al-Asr:1-3)


adakah kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi??? tepuk dada tanya diri...



"masa itu ibarat pedang, jika kita tak memotongnya, ia akan memotong kita"


ingat lagi pepatah bahasa Arab yang saya pernah belajar zaman sekolah dulu...huuu, jangn biarkan pedang itu memotong kita, jom kejar masa, sempitkan masa, gunakan segala masa yang ada supaya kita dapat buat benda yang banyak, boleh pergi program, boleh buat kerja persatuan, boleh pergi usrah/daurah, boleh berbakti kepada orang lain dan boleh study menggunakan masa yang sama banyak dengan orang yang hidupnya hanya jadi hamba buku, study sepanjang masa....



tidakkah kita lebih beruntung?we're owesome rite? ngehhh...tapi jangan sampai harakat tak balance, tak lulus exam, jangan sampai timbul fitnah...sibuk dengan benda lain sampai pelajaran terabai, tidak...kita kena jadi contoh kepada orang lain, walaupun sibuk, banyak tugas lain, banyak program lain tapi kita masih boleh maintain study kita macam orang lain, isyaAllah..sama-sama kita doakan...it's all the power of quality, not quantity...study 16 jam sehari pun kalau tak efektif takde benda jugak kan??tapi kalau study 2 jam yang efektif mantap..fuhhhh *peluh*


doakan saya berjaya menguruskan masa dengan baik, bukan saya seorang, kita semua..insyaAllah...semoga redha Allah selalu mengiringi hamba-hambaNya :)





Sunday, November 11, 2012

10.11.12

Assalamualaikum.....


10/11/12


don't u see it?? it such a beautiful date and will just happen once in hundred years!!
tapi...apa ada pada tarikh??banyakkkk..banyak benda yang menarik pada tarikh ni sebenarnya...


tarikh membuat kita mengetahui berapakah umur kita sekarang, bila ulang tahun kelahiran kita...kalau tak tak tahulah berapa tahun dah kita hidup?heheee....


tarikh buat kita dapat menghargai orang lain, sebagai contoh hari ulang tahun kawan kita, ulang tahun perkahwinan parents kita, hari pencapaian itu ini...


tarikh sejarah-sejarah zaman dahulu, bagaimanakah wira-wira negara dan wira Islam mempertahankan kedudukan agama, bangsa dan negara...


memudahkan urusan seharian kita, mengingati peristiwa masa lalu dan masa yang akan datang..banyak lagi sebenarnya...


hari ni, tarikh comel hari ni saya buat apa je? nak share sikit eh...





west Java Malaysian games berlangsung hari ini dan esok, ada tiga kontijen semuanya dari Jakarta sendiri, Bogor dan Bandung....empat games yang ada adalah badminton, bowling, futsal dan ping pong...



saya sebenarnya ada masalah sikit, agak blurr dengan tugasan yang diberi konon kononnya sibuk dengan itu dan ini...awalnya rasa macam nak main futsal, tapi diorang cakap urusetia tak boleh main game...padahal sebenarnya ada je yang main, ok tak kisahla kan...



masalah sekarang yang melanda bila kita diberi tugasan untuk bekerja di bawah orang lain, tapi kita langsung tidak tahu apa-apa tentang tugas yang kita nak buat tu....masalah dia?? bila kita tanya ketua kita tu dia pun blurr tak tahu apa-apa...padahal tugasan yang diberi adalah besar, bila dia takde orang mula cari-cari kita sebab kita ada kat situ walhal sebenarnya kita pun tak tahu apa-apa....macam-macam perasaan pun ada geram, sakit hati, nak marah...



ohh tak baiiik marah tak baik geram tak baik sakit hati....kalau kita sms jangan harap nak jawabla kan, kekadang call pun malas nak angkat -,-" pelik kan??? bila kita jumpa dia, nak cakap face to face, tanya apa masalah dia, jawapan dia senang je 


" kita fokus kat study kita, benda-benda macam ni lepas tu baru fikir"
 "aku ada exam kott"


yelahhh awak sorang jela yang ada exam, kita takde exam pun
awak sorangla yang student kita tak
awak sorang je busy kita tak



tapi bila difikirkan balik rasa macam kelakar, betul jugak apa yang dia cakap tu...first thing first....memang betul kena letak benda besar dulu baru benda-benda kecik lepas tu tapi tak semestinya kita dah letak batu besar tu terus lupa dan tinggalkan batu kecil kan??janganlah over sangat letak yang kecil sampai yang besar tu tak boleh masuk....



pada saya senang, ada kerja buat kerja, kalau tak dapat buat minta tolong orang lain buatkan...ada je orang lain nak buat serah tugas, serah tanggungjawab.....jangan main diam tak tahu apa-apa lepas tu semua benda tak jadi, hancur kuca lana ore klate royak



minat terhadap game futsal tak boleh dibendung lagi, ingat nak lepak sekejap je dekat court futsal sebab lepas tu nak pergi tengok bowling dengan badminton lagi tapi dah terlekat dekat tempat futsal tu sampai final....tengok semuaaa....main sepak-sepak bola, rindunyaa nak main pastu rasa macam alaa ruginyaa tak main, boleh sangat kot sebenarnya nak  main sebab memang tak cukup orang pun asalnya, tapi takpelah lain kali mungkin...takde bende yang rugi pun laaa..


tapi berbaloi jugak, lelaki dan perempuan keduanya menang game tadi..alhamdulillah!! yeaay tak sia-sia saya turun padang menyokong :D 


tapi tadi masalah jugak, terpekik menjerit macam hape..ya Allah, rasa macam apa bendala yang aku tengah buat ni?? inilah masalah dia kalau tengok games duduk luar padang tak boleh nak diam, excited lebih....haihh fikir-fikir balik rasa macam tak patut pun buat macam tu, tapi tadi tak fikir pun...itulahkan, masa best main buat je apa saja yang kita rasa nak buat...tak fikir hape benda dah, kata nak berubah?? T_T


memang aku asalnya orang yang agak kasar dan keras, payah kot nak jadi lemah lembut sopan santun ayu awww awww....tak kisahlah aku takdelah nak berubah jadi macam tu sekali, cuma aku kena berubah watak sikit, kata dapat tarbiyah??tapi perangai Allahurabbi...kan dah timbul fitnah kat situ....sorak tu bolehh boleh sangat sangat tapi janganlah sampai menjerit-jerit..huhuuu


ok malam ni game ping pong, esok sambung lagi final ping pong dan penutup....semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang :)


~ pagi tadi sepatutnya pergi dengan kereta yang memang disediakan khas untuk urusetia tapi aku terbangun lambat sampai kena tinggal, aihh malu sangat aihh macam ni ~



tidor dulu, jangan sampai subuh gajah!! selamat malam   ^_^







nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...