nuffnang

    Wednesday, May 30, 2012

    #19 pintu kecewa l wordless wednesday




    Malam Kami Anak Malaysia (M.K.A.M) 2012

    Assalamualaikum.....


    Malam semalam kelab umno jakarta (KUJ) telah berjaya melaksanakan satu event yang agak gempak iaitu Malam Kami Anak Malaysia dekat backstage Ancol...ini kali pertama aku pergi Ancol, heheee...nanti lain kali nak pergi nampak macam best :)


    Kami gerak dalam pukul 4.30 dengan naik bas, baguslah diorang dah provide bas untuk pergi...untuk Ukrida saja ada 5 bas....jalan tak macet jadi sampai sana  masih awal, dalam pukul 5lebih dah sampai apa lagi kami berjalan-jalan di belakang dekat pantai tu jelaa....pictures speak louder than word rite??enjoyy :)

    inside the bus....


     i'm trying to take photo with the mirror..wkwkwk

     gorgeous lady there!hehe

    budak sesat -,-


     merenung masa hadapan...hahaha..poyo je lebih -,-


    nampak tak bot kat belakang tu??tak habis2 pak cik bot ajak kitorang naik dengan harga 10ribu rupiah...jalan-jalan pusing laut, dan sebenarnya pantai ancol ini adalah pantai buatan..huhuuhu...
     bersama min :D


     Ok dah sunset....time to go inside!! ramai gak kan orang...


     nampak tak stage tu...agak grand dia punya stage...


     everyone get this glow in the dark bangle...nice kan..hehee..


     emcee of the night!! orang sama cam mafest,hehee...diorg mmg berbakat ^^



    foods of the night...ada mee, daging masak black pepper dan ayam bakar...best2, habislah diet..hahaa..dietlah sangat :p  nak tunggu makan tu punyalah lama, tunggu vip semua datang dulu, nyanyi lagu negaraku, lagu umno pun nyanyi oke...dengar ucapan sikit baru makan..hoho...

    minum air lepas frust tak dapat no cabutan bertuah..hahhaa..tak payah nak berharap sangatlah, sepanjang hidup aku pernah sekali je dapat lucky draw tu...kurang lucky!!hehee...ada orang dapat ipad oke!


     mr. cool, nerdy, miss funky and gorgeous of the night dapat spek hadiah...untunglahh..hehe



     ni disebalik tabir, orang busyy tuu!!! 

     me.vais.anis  on the stage...hahaa

     with seniors from mestopo :)

    inilah tempatnya!!!


    tahniah kepada semua komiti malam kami anak Malaysia tahun ni....balik dan tido..hehee :)





    p/s: banyak lagi gambar....jom terjah blog page di FB..heehee... click here


    thanks for reading! :D




    Monday, May 28, 2012

    Resepi homemade nasi impit dan kuah kacang

    Assalamualaikum.....




    Dah lama tak berkongsi resepi kan, heheee...kali ni nak kongsi resepi nasi impit dan kuah kacang saya buat sendiri...first time ni taw, sebelum ni tolong-tolong saje kat dapur, berdasarkan apa yang saya ingat mak pernah buat dan google keluarlah resepi sendiri..hihi nasi impit kuah kacang Jaa :D








    KUAH KACANG


    bahan-bahan

    1.  5-10 biji cili kering (kisar, suka pedas letak banyak)
    2. 4 ulas bawang putih (kisar)
    3. 1 biji bawang besar (kisar)
    4. sedikit halia (kisar)
    5. 200 gram kacang tanah
    6. sedikit asam jawa
    7. 1200 ml air
    8. gula dan garam secukup rasa
    cara-caranya

    1. goreng kacang sampai garing kemudian separuh kisar kasar dan separuh lagi kisar halus
    2. masukkan bahan-bahan no.1-4 yang telah dikisar ke dalam minyak panas dan kacau sampai wangi
    3. masukkan kacang yang telah dikisar tadi dan kacau
    4. masukkan separuh daripada air kacau dan biarkan di atas api yang sederhana kecil selama 1/2 jam
    5. masukkan lagi air sedikir demi sedikit dan kacau sehingga ia pekat
    6. masak semua bahan-bahan sehingga ia pecah minyak, bertukar warna dari perang menjadi merah
    7. masukkan bahan perasa seperti gula, garam dan asam jawa

    NASI IMPIT

    basuh beras sebanyak mana yang kita nak, masukkan ke dalam plastik tutup supaya beras tak keluar dan buat lubang-lubang..rebus di dalam periuk dengan air yang banyak agar semua beras tenggelam dan rasanya lembut...


    tunggu dah sejuk nanti bolehla potong segi empat dan makan dengan kuah..perh!!

    gambar hiasan

    senang kan??heehee...ada orang yang tambah lengkuas dan serai...tapi sebab hari tu takde saya masuk apa yang ada je...nasi impit saya kurang menjadi hari tu mungkin sebab air tak cukup banyak...lain kali kena rebus dalam periuk besar agar semua beras dalam palstik tu tenggelam dan potong masa dia dah sejuk untuk hasil yang lebih memuaskan...


    walaupun tak berapa sedap, saya kasi jugak orang lain makan dan mereka beri respon positif..yeay!! kena buat banyak-banyak kali baru jadi kan..hehee :)


    selamat mencuba!!



    Sunday, May 27, 2012

    Gadis Herbalife :D

    Assalamualaikum........


    Habis je exam blok 7 aku dan tiga lagi kawan nak rilex-rilex sikit dengan pegi menonton wayang kat mall Taman Anggerik (TA)..kami tengok men in black 3!!! serius korang kene tengok sebab langsung tak menyesal tengok...best! hehee... ada part yang suspen dan part yang last tu agak menyentuh hati sikit..eyy, diorang nangiss....serius touching ^^



    sebelum tu kami makan dulu, gembirakan isi perut dulu..heheee...tetiba ada sorang akak ni ajak try minum herbalife...aku dah tahu pasal produk ni sebab dah ramai member yang minum dan dah ada yang kurus pun...tapi aku langsung tak pernah terfikir nak beli mende alah ni semua, aku kalau nak kurus nak buat secara semula jadi, tak nak habiskan duit sebab aku tahu lah aku cemana....bak lalang, kate nak kurus makan tak hengat!!! pastu semangat kejap je nanti lupa balik...makann je keje  >_<



    tapi aku pergi jugak sebab nak ukur kalori, lemak tubuh dan masa tulang semua lah...BMI aku masih di tahap normal dan rating fizik aku pun skala normal....tapi aku kena kurangkan beberapa kilogram untuk dapatkan berat ideal, aku pendek saja jadi 50kg itu adalah gemuk dan aku sepatutnya mempunyai berat badan sekitar 45-48kg saja...beberapa kilo saja lagi, chaiyok!! berdasarkan ukuran air dalam badan aku kurang, cehhh da banyak minum air tapi masih belom cukup..agak-agak satu gelen aqua seminggu kembung gak perut aku ngan air kan...fibre pun kurang sebab jarang makan sayur, ish2...



    lepas dapat penerangan begitu dan begini dua kawan aku yang beli...aku tak beli pun sebab aku masih berpegang pada prinsip takkan makan apa-apa ubat kurus, minuman ke apa sebab aku kalau boleh nak buat secara natural...bersenam dan kurangkan makan...hampir tiap hari aku jalan kaki ke kelas dan weekend biasanya jogging waktu pagi...weekdays tu yang agak susah sikit, bila dah ada kelas assignment apa semua jadi malas sikit...makan pun kekadang asyik lapar je jadi kene kontrol sikit bab makan...



     Vaisnvi and her consultant :)


    dia bukan nak kurus, tapi nak gemuk!! takdelah gemuk tapi tambahkan berat badan camtu la biar nampak berisi sikit....kita nak kuruskan badan dia nak gemukkan badan, jeles kan...huhuhu...tapi aku tengok diorang kat sini takdelah kurus pun, tp mungkin sebab diorang dah tua tak pun kerja je...tapi tak amalkan herbalife dan gaya hidup sihat pun...biasalah tu...hahaaa...



     ini pulak ain, dia pun beli jugak...


    tapi dia beli untuk kurangkan berat...sebenarnya beza nak naikkan badan dengan turunkan berat hanyalah dengan makan makanan berat atau nasi sekali saja untuk kurus dan tiga kali untuk tambah berat...jadi nampak sangat pengawalan makan tu sangat penting, jangan makan nasi lebih dari sekali dan kalau lapar minum je air....bagi aku bersenam lagi penting sebab bukan saja boleh kurangkan kolesterol tapi boleh menyihatkan badan dan menguatkan jantung ^^ tak perlu pun mende-mende ni semua..huhuu..





    semangat mak cik ni terangkan....tapi dia tak beli pun, baguslah dia kasi tahu satu persatu....kita dah tahu apa yang kurang dan apa yang lebih....hahaa, gambar sendiri tam ambil ambil gambar orang je, tak pelah aku dah femes dah banyak gambar aku dalam ni kasi gambar orang lain plak..haahaaa..JK! :P



    semoga dua kawan aku yang beli herbalife ni berjaya naikkan dan turunkan berat badan...kene disiplin kayh!! aku pun kene disiplin workout, jogging and food intake...malam ni dinner, habislaa diet aku..hahaa....jom amalkan gaya hidup sihat, bukan nak kurus nak cantik ke apa tapi nak sihat tu lebih penting..elakkan penyakit daripada datang, stay happy and healthy!! :)



    itu saja buat kali ni, thanks for reading! :*



    Siti, bukalah kerudung!

    Assalamualaikum...........




    Di ruangan skill lab
    aku bersama seorang lelaki group aku, cina indonesia beagama kristian katolik




    "Siti, rambut kamu panjang gak??"
    "ermmmm....adalah" jawabku selamba sambil tersenyum


    "panjang apa pendek?? emang gak mau kasi tahu, seperti cindy ada?" sambil tunjuk ke arah kawan perempuan aku yang rambutnya separas dada...aku masih lagi tersenyum, malas nak sambung topik.....


    aku nak pasang stethoscope dekat telinga, jadi kena masukkan dalam tudung dulu..."buang aja kerudung itu dulu, biar gampang"
    "gak bisaaa" jawab aku....


    "emang benar gak bisa? kalau sebentar aja sepanjang skill lab mau liat rambut kamu"


    "sampai bila-bila pun di mana jua memang tak bisa tunjukkan rambut dan aurat dekat bukan muhrim, walaupun sekejap...rambut ni mahkota wanita, jadi hanya yang berhak saja bisa melihat" jawapan yang mudah dan ringkas aku bagi


    "kalau foto aja bisa gak?" "foto juga gak bisa" dia terus buat muka terkejut....hurm...mesti dia tak tahu sebab tu terkejut....






    Jalan-jalan
    aku bersama seorang lelaki Indonesia beragama kristian


    "Rimas gak kamu pake kerudung?? emang kamu gak panas, aku sudah pake celana pendek sama kaos segini pun panas bangat"


    "udah biasa kalau dari kecil aku sudah diajar pakai.jadi gak ada masalah"


    "emang kamu gak merasa aneh tutup rambut segitu"


    soalan apakah itu??? -,-


    aku pandang dia. senyum.






    Depan auditorium
    aku, seorang kawan melayu tidak bertudung dan kawan perempuan Indonesia beragama kristian




    "Anak Malaysia pada pake kerudung semua ya, kok kamu gak pake?" kata si M pada kawan aku
    "ohh bertudung tu optional, tergantung orang mau pakai apa gak" kata kawanku


    "kalo gitu buang aja kerudungnya siti, gak usah pake" kata si M


    aku...erk...terdiam...




    Nak cakap benar ke jaga hati kawan??
    nanti timbul salah faham kepada yang tak tahu, mesti dia beranggapan muslim yang bertudung dan menutup aurat itu atas pilihan mereka sendiri tak wajib pun...tapi kalau aku cakap wajib pakai tapi kalau tak faham betul-betul...erm....kang ada hati yang masih perlu dijaga...




    memang atas pilihan kita, tapi wajib kan?  aku hanya diam dan aku masih senyum ^^








    my cousin, nabihah...omeyy pakai tudung ^^


    semua tu terletak atas diri kita sendiri...nanti ada anak, ajar dia pakai tudung dari kecik baru besar nanti dia dah biasa pakai sendiri :)


    kerudung: tudung
    pake: pakai




    cikgu yang macam ni baru best kan!!  nak belajar pun semangat je (^_^)





    Saturday, May 26, 2012

    persoalan hati..

    Assalamualaikum......


    Dah lama post ni bersarang dekat dalam draf, bukan apa perasaan dan hati sering bergolak kebelakangan ni seperti bergolaknya air yang sedang menggelegak...takut nak publish sebab takut aku menulis ikut perasaan, aku tahu mereka baca blog aku....aku tidak mahu merosakkan lagi apa yang telah rosak, membusukkan lagi apa yang telah busuk...aku mahu buang yang keruh, ambil yang jernih....nak tulis blog pun tak boleh emosional, pakai perasaan...pakailah hati...



    sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah seluruh tubuh...daging itulah yang bernama hati :D



    soalnya hati sukar dimengerti...apa terjadi diluar kawalan diri...heeee suka lagu kak Erra Fazira ni...tapi betul kan, persoalan hati ini sungguh rumit, semakin dikaji dikorek semakin rumit kan...takde sape yang boleh tahu apa yang ada dalam hati kita, kita pun tak tahu apa yang ada dalam hati mereka...bukan semua yang mereka cakap, tunjuk tu adalah apa yang sebenarnya tersirat dalam hati mereka..hanya kita dan Dia yang mengetahuinya...


    "Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang" (Al-Raad : 28)


    aku bukan pandai sangat, aku bukan tahu sangat....tapi aku suka mengambil tahu dan nak jadi pandai sebab tu aku suka ikut majlis ilmu, program-program yang orang buat, sebab aku yakin  mesti ada jugak ilmu dan pengalaman baru yang akan aku dapat...dua minggu lepas aku ada ikut satu daurah, pokok pangkalnya benda sama....tapi situasi, kawan-kawan pemberi ceramah yang berbeza tu buat benda tu jadi berbeza...kita ni manusia, sering lupa dan mesti selalu diingatkan...bukan apa, ramai dalam kalangan kita yang tahu dan ada ilmu tapi tak amalkan sebab kita tak rasa benda tu perlu pun..dan kita lupa, sebab tu kena rajinkan diri melangkah biar muhasabah diri sikit...kikis tanduk yang tumbuh dan bersihkan kotoran yang melekat..huhuhuu





    credit google: hati sihat


    ok kembali kepada apa yang saya nak kongsi hari ini berkaitan hati....umumnya manusia ni boleh dikategorikan dalam tiga golongan...


    1) HATI SIHAT - hati yang sentiasa rasa tenang, bersih dan senang je nak buat apa-apa
    2)HATI SAKIT  - rasa resah, gelisah tak tenang...suka mungkiri janji dan membazir
    3)HATI MATI     - tahu dan percaya adanya kewujudan tuhan tapi tak beramal


    jap kita duduk dan fikirkan kita berada dalam golongan mana...tapi kita manusia biasa, mesti ada kalanya sihat adakalanya sakit kan...tapi jangan sampai kita berada dalam golongan hati mati, nauzubillah....orang macam ni nak buat apa-apa ikut suka hati datuk nenek tiri ayah angkat dia je, dia langsung tak fikirkan tentang orang lain hukum hakam dan tidak boleh menerima teguran...


    masa program ni ada tengok satu video, tak tahu rasa macam tersentuh sangat sampai boleh menitiskan air mata...huuuu, nampak!! pintu hati telah diketuk...tandanya hati sedang sakit dan mahukan ubat supaya sihat kembali dan mampu tersenyum..weeee (^_^)




    credit google: hati sakit





    antara sebab-sebab hati kita sakit dan jadi keras mungkin kita terlalu bergantung pada dunia dan lupakan akhirat...dunia adalah segalanya, kita mengejar kemewahan, kekayaan dan kebahagiaan di dunia dan melupakan apa tujuan hidup kita yang sebenarnya...takpun kita kawan dengan orang yang salah, siapa kawan kita itulah yang mencerminkan siapa diri kita...kalau kita kawan dengan mereka yang mempunyai hati sakit, hati kita mungkin jatuh sakit juga...ketawa yang berlebihan dan mendengar lagu-lagu melalaikan juga menjadi punca hati sakit...


    kekadang bila kita selalu buat kemaksiatan dan kemungkaran, kita dah rasa benda tu biasa...tak rasa apa-apa pun semasa buat tu, dah jadi amalan tiap-tiap hari...orang yang melupakan mati juga adalah salah satu faktor hati sakit...kalau kita ingat sakaratul maut, kematian, kedasyatan hari akhirat mesti kita rasa takut nak buat benda tu semua kan (T_T)


    ada penyelesaian ke tak??


    pasti adaa....apa yang penting kita mesti kenal Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya....ingat mati, sakaratul maut dan kedasyatan hari akhirat..kalau semua orang tahu dan faham memang takde lagi orang yang berani buat maksiat kan??MasyaAllah, betapa dasyatnya hari kiamat tu kan....marilah kita perbanyakkan zikir dan beristighfar untuk mengubati hati sakit supaya kembali sihat..yeay!! (^^_)


    aku rasa hati aku ni masih lagi sakit dan perlu kepada ubat, penawar....


    p/s: jom usha blog kawan aku ni  http://haziqjundullah.blogspot.com/   dan follow :D





    Wednesday, May 23, 2012

    #kenangan- back to school!


    Assalamualaikum.......


    tengah-tengah kemaskan folder gambar dalam lappy, jumpalah gambar-gambar masa zaman sekolah dulu, zaman sebelum SPM (:


     Zulaikha kanak-kanak hiperactive!!hahaaa 

     tengok tu!! org ambik gambar dia dia ambik gmbar orang pulak..haiiip!


     gua yang sentiasa macho dan innocent..kahkah :p

    Ya Rabbi! malunya tengok kelas sendiri...sumpah bersepah gilaa.....buku-buku bertaburan...
    inilah budak kelas pandai, buku bertimbun atas meja, muka cikgu pun tak nampak...
    space nk menulis kecik jee...rajinle katakan...bawah meja dah penuh malas nak gerak letak dalam almari belakang,,,ish2...

    geng-geng konon study group..hehee..


     inilah sleeping beauty kelas kami..ish2, sapelah dajalkan kawan aku nih...takde keje...



     cucuk ketua kelas!!hahaaaa..kusyuk study tuu!


     lepak depan surau....belakang tu aspuri 


    hari anugerah pelajar ^^



    saja nak share gambar-gambar lama..heheee...thanks for reading! :*




    Tuesday, May 22, 2012

    The city Unplugged concert and photo exhibition by Carla Rodriguez Varges

    Assalamualaikum and hello everyone!!


    life has been so hectic and busy nowadays, fuhh!! i had a blogger friend from Peru (i did wrote about her before...read here ) and she just ask a favour from me to write about this event in my blog... ok back to the business! ^^ 











    Together with "The City Unplugged" 

    On the day Tuesday, June 12, enjoy music and pictures of the Night Barranco "The City Unplugged" As part of the first year's music portal Chord City, the staff of this blog and, Sary director of Laguna Villalobos has organized "The City Unplugged" concert formula + photo exhibition. 


    The concert will feature the participation of singers and local bands like "Natali Jimenez", "magali Luque" - "Johanna M." - "Catharsis" and "Toe Ra, special guest will be singer-songwriter, multi instrumentalist" Renzo Dali "which will present a preview of the next CD. New Band," Hood "and Artist Released:" Flower LOLI ". 


    As a prelude to the concert, the audience can enjoy picture exhibition "Immortals" by photographer Carla Rodriguez Vargas, who said, "The exhibition is based on the image brings us to relive our past, where each of them, we will remember childhood Our children, a visit to the grandparents house on Sunday, summer games until 6 pm when our parents went to the door screaming ENTER NOW! and one said a minute! and still walk around. sample is based on moments our best immortalize " 


     Tuesday, June 12 at 9:00 pm at the Centro Cultural La Noche de Barranco: Av Bolognesi N º 307 - Barranco. Ticket sales (SALES PRE: S / Suns and 15 DAY EVENT. S / 20 Soles) in: 
    SWEET POTATO SOUP: Arturo Aguilar No. 249, Vista Alegre - Santiago de Surco (H Block 45 Av Benavides, compared with wheat and the back FASA), and in Tatau Tatoo PERU: No. 184 Hope Street, 2nd Floor Interior 35-36 - Miraflores.



    Carla    Rodriguez   Varga



    About the Photographer


    Carla    Rodriguez   Vargas,   Peru   by birth,   BA   in communication   and licensed   soon. In   23 years   2 months   finish   second   passion   Photography, which started   as a hobby,   but   gradually   be   interest. That  why 12   June,   will be known as   photographer   with response   year   first   blog   music consistent   city  support   scene   Five   band   garage   that   recognized   by the network. Exhibition   photography   entitled   The  Highlander   on   will   back in time,   not   forget   to   watch   games and   toy   we use   in   95 and now   has  lost, but   never   loss   the essence   in our hearts


    one of her artwork







    p/s: let's make friends ^^






    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...