nuffnang

    Tuesday, August 28, 2012

    Program tautan ukhwah bersama PASPEL

    Assalamualaikum........


    masa duk dkat Jakarta lagi ada dengar dengar berita tentang baru nak wujudkan persatuan bekas pelajar ataupun alumni dan nak buat program bersama pelajar...memandangkan aku ni perintis sekolah, aku masuk smkp tahun 2004 dan masa tu sekolah baru je dibuka, aku rasa terpanggil untuk join persatuan dan program yang nak dilaksanakan...

    beberapa minggu yang lepas kami Persatuan Alumni SMK.Pelong (PASPEL) ada buat program tautan ukhwah bersama pelajar yang nak menduduki peperiksaan PMR dan SPM tak lama lagi...kitorang buat program ni selama 2 hari, 10 dan 11 august..dalam bulan puasa...macam biasa kami buat program motivasi sikit-sikit, nak naikkan semangat diorang untuk belajar rajin2 :)

    ehh gambar malas nak edit..layankan jela eh :p


     petang tu kitorang ada meeting dulu untuk ajk...apa tugas-tugas yang kene buat dan juga meeting untuk setiap slot...ni first meeting ramai-ramai, sebelum tu kitorang meeting via fb je..heheee..senang betul zaman sekarang tak payah jumpa face to face untuk meeting...tapi ajk atasan adalah meeting kecik-kecik nak jumpa cikgu, minta kebenaran dan macam-macam lagi



     malam tu kitorang sambut bday cikgu Fakrudin a.k.a cikgu Din..heheee..cikgu mesra pelajar sepanjang hayat :) masa kitorang tingkatan 1 lagi cikgu din dah jadi warden asrama sampailah sekarang..selamat hari lahir yang ke?? lupa tanya umur cikgu berapa...malam tu kitorang smbung meeting, practice lagu tema, joget-joget dengan bagi tugas betul2 supaya kerja lebih sistematik...




    the students...kami buat dekat kantin je sebab luas, so selesa untuk students bergerak sebab ramai kan...kerja kami pun mudah sebab bilik gerakan kat sebelah tu je..

     busy2....discuss untuk buat yang terbaik..cikgu Din cabar kami, jangan sia-siakan masa pelajar yang berkorban tak balik kampung..kan bulan puasa ada yang nak balik berbuka dengan keluarga la, nak balik beli baju raya laaa...so tak naklah pelajar rasa program kitorang ni bosan dan membuang masa diorang sajaa..

    ok untuk program ni aku ditugaskan menjadim ketua untuk slot 'study awesome' selepas berbincang aku nak buat slot ni macam game sebab waktu tu petang...tapi tak nak la lari dari tujuan sebenar, so aku buat game macam explore race sebab students kene pergi dari satu station ke station yang lain untuk selesaikan task...task tu aku buat macam soalan exam tapi lebih kepada santai....fasi pun kenela tolong kalau students tu tak tahu nak jawab apa..

    memandangkan aku ketua slot ni, aku tak jaga station sebaliknya aku pusing-pusing tengok progress....ambik peluang pusing kawasan sekolah, lama kot tak datang sini....banyak dah berubah! dulu dnding kosong je, sekolah baru katakan tapi sekarang ni penuh dengan nota-nota cat semua..


     fasi tekun mendegar students presents apa yang dia discuss...setiap station kita buat subjek lain-lain...ada dua station yang betul2 games...so takdelah diotang bosan sangat...ramai students sukaaa dan diorang cakap slot yang aku handle ni yang paling best..yeayyy!!sukanyaaa...hahaaha :p


     ni slot yang member aku handle...ramai jugak yang suka, selangkah menuju university bersama SPM candidates...diorang kene buat bangunan impian pakai surat khabar lama dan salotape...ada jugak buat sesi sedih2, biar diorang sedar sikit..hehee...bersemangat waja terus bebudak ni!!hehe


    ok masa hari terakhir tu aku kena jadi panel untuk satu forum bersama ikon pelajar...halamak!!ikon ke?? hurmmm..dah lama kot tinggal zaman berbicara atas pentas ni, dulu aku aktif la jugak masa kat smk.pelong ni jadi pengerusi tetap...so setiap kali assembly aku kene jadi mc, adalah gliir denga sorang kawan ni...cikgu pilih sebab mungkin suara aku lantang dan kuat kot..lagipun memang aku pengawas, dulu pun jadi debator...fulamak!tak caya lak..hahaaa..pindah je masuk sesma naik pentas pun tidak,eh naik jugak dapat hadiah exam akhir tahun dengan anugerah SPM :p



    aku cuma ceritakan pengalaman, tips belajar...takdelah tips sangat cuma cerita kisah cemana aku belajar sampai boleh dapat straight A's PMR dan SPM...padahallll...hahaaa...cerita macamana nak interview, dapat scholarship JPA dan macamana kehidupan aku sebagai pelajar medic...tak puas pulak nak bercakap, banyak lagi nak cakap tapi mas tak mencukupi..muahaha! moderator tu junior pelong san sesma, che min..kanan tu muizzudin dan fashihah




    ok ni masa majlis penutup...cikgu Anuar tak habis dengan gurauan dan lawak dia tu....


    ok rasanya tu je nak tulis untuk hari ni, panjang kot..hohooo..ak pergi beli barang sikit, kejap lagi nak kene ambik adik balik sekolah pulak...ohh aku puasa hari ni, puasa 6 :D


    Thanks for reading, next time aku update lagii!!





    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...