nuffnang

Tuesday, January 31, 2012

Pertandingan bowling UTJ

Assalamualaikum....

Pada beberapa minggu yang  lepas UTJ ada mengadakan pertandingan bowling antara pelajar..hikss, mesti korang tak tahu apa tu UTJ kan??adakah nama university saya belajar??yess!!! tapi uni ni tertutup dan hanya pelajar yang masuk uni ni je yang tahu kewujudannya..haahahha :D


Peristiwa ni berlaku dekat Pasar festival, Jakarta selatan... perkataan festival tu macam tak sesuai je..errr, pertandingan..heehe..tempat ni ada banyak tempat main tennis, basket, kolam renang pun hadoo ^^

credit to google

Kami start game lepas maghrib, tapi sampai je terus meluru carik tempat makan, lapar beb!! kami makan dekat Solaria dulu..isi perut sebelum mula bermain...dah lama kot tak main bowling, dalam 8 bulan ada kot..sepanjang kat Jakarta ni first time main bowling dan masa cuti sebelum start belajar sini memang tak keluar main boling kat mana-mana pun..huhu...

sebelum main, kita isi perut dulu..yeay!! makan di solaria ;D





alolololo...sweetnyer ikatkan tali kasut :)

kami main lawan antara group dan setiap group ada 4 orang...kami husnulkhatimah ^^



 tulis nama dulu...haihh, kusyuk tuu..


 group kami!!!walaupun tak menang kami masuk separuh akhir...kalah dengan juara kot...hoho..



jyeah!!!kasut bowling..haha


apapun kami enjoysss sesangat..walaupun sekejap sebab faham2 jelah dekat sini diorang tutup mall awal, pukul 10 tu dah nak clear up everything...hohoho...so kitorang main compare group marks jep..main 2 round jugak malam tu kitorang...


ni first time kot main bowling kat Jakarta, apesal la mall yang dekat ni takde bowling...malas nak pergi jauh2..hoho...klah, tu je nak share untuk hari ni..cuma nak bagitahu saya ada 2 exam lagi and.....7 hari lagi balik Malaysia!!hoyeah!! (^_^)v jangan jeles u'ollss ..haha =p




Sunday, January 29, 2012

Am i really a muslim?? happy vs not happy

Assalamualaikum........


Hidup ini bagaikan roda yang berputar putar sekejap kita berada di atas dan sekejap kita berada di bawah....tapi mengapa perlu begitu??tidak bolehkan ingin sentiasa berada di atas, atau bila dah jatuh ke bawah sudah malas untuk bangun dan bangkit kembali???perlukah semua ini???


Kenapa ada sesetengah orang bila sudah berada di atas mula lupa diri?? asyik dengan nikmat dunia, mengejar aset menambah harta yang tak tahu sampai bila nak cukup, mengejar wanita cantik dan seksi...melakukan penipuan dan rasuah semata-mata untuk keuntungan sendiri dan membesarkan perut sendiri..tapi yang lain??sengsara..merana..merempat....



Namun ada pula yang berada di bawah,  tersungkur ke dalam longkang selepas jatuh dari pokok yang dahan patah menimpa dirinya..nampak???dugaan datang bertimpa-timpa....kita boleh tengok orang macamni yang hidupnya penuh dengan masalah lepas satu selesai datang lagi yang lain dan masalah tak pernah-pernah habis...bukan kata nak merangkak, nak mengensot ke hadapan pun tak mampu...oh betapa lemahnyaaaa...mengapa???






Menjadikan dunia sebagai yang nombor satu dalam diri adalah punca utama...cuba kita selak balik amalan-amalan kita, adakah kita buat semua benda kerena Allah??Jangan cakap saja 'ALLAHUAKHBAR' tapi tidak melaksanakannya...Allah maha besar dan sesungguhnya paling berkuasa atas segala sesuatu..jikalau kita benar-benar menghayatinya barulah kita akan dapat rasa...Allah jadikan banyak benda atas dunia ni yang best sebagai ujian kepada hamba-Nya dan bergantung atas kita bagaimana menguruskannya...


 Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya;kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). [Al-Ankabut: 64]



Jika anda kejar dunia, anda tak akan dapat akhirat...namun jika anda kejar akhirat, InsyAllah dunia boleh jadi medan laluannya..wallahua'alam (^_^)




Sunday, January 22, 2012

Masjid Cheng Ho, Surabaya

Assalamualaikum....


hari ni nak share tentang masjid Cheng Ho, salah satu masjid yang kami singgah semasa jaulah ke Surabaya yang lepas... bagi yang belum baca boleh baca kisah jaulah kami part 1 dan part 2 dulu  :D

nama Cheng Ho ni macam familiar ngan kita kan...kita ada belajar sejarah tentang laksamana Cheng Ho ni, tapi adakah masjid ini sempena nama beliau??atau orang lain..kenapa guna nama Cheng Ho?? jom tanya pak cik google'..

nama masjid ini adalah penghormatan kepada Cheng Ho, seorang laksamana berasal dari cina yang beragama islam. Dalam perjalanannya di kawasan Asia Tenggara, Cheng Ho bukan hanya berdagang dan menjalin persahabatan, juga menyebarkan agama Islam. masjid ini juga dikenali sebagai masjid Muhammad Cheng Ho Surabaya dan didominasi oleh warna merah,hijau dan kuning. Pintu masuknya menyerupai bentuk pagoda, terdapat juga relief naga dan patung singa dari lilin dengan lafaz Allah dalam huruf Arab di puncak pagoda.


menarik kan??ok tengok jap rupa masjid ni...





The sisters...Allhamdulillah i'm now a part of them...nikmat terbesar ni :D



saya rasa gambar nik cantiiik sangat, kami semua saling bergandingan bahu memandang ke arah masjid dan masjid tu ada tulisan Allah yang besar..combination warna masjid ni pun cantik, sesuai dengan indahnya Islam..



 bahagian dalam







Kalau ada peluang dan masa ke Surabaya jangan lupa singgah masjid ni yee..heehe...oklah saya sebenarnya agak sibuk sebab ni blok yang terakhir bagi semester 1..lepas ni nak balik Malaysia!!yeaay!!!!2 minggu lagi..


sebenarnya saya ada hutang janji nak update pasal PERMAI, tapi maaf sangat sebab memang sibuk dan saya perlu cari masa untuk buat entry tu..entry singkat dan bergambar ini saja setakat ni yang mampu..heehe, nak utarakan hujah dan pendapat perlukan masa, kena fikir ayat sesuai, hujah mantap dan meyakinkan..heehe..




ok till then :D


P/S: nice flasmob!!! check it out



Friday, January 20, 2012

Rasa sedih dan terharu nak nangis :'(

Assalamualaikum...

disebabkan internet saya tengah laju sekarang, saya hanya bukak playlist dekat utube dan dengar je lagu-lagu yang berputar....tetiba dengar lagu ni dan bila cari 'google' siapakah yang bernama siti musliha ini sungguh sangat sebak, terharu dan lagi-lagi nak nangis ;"(


lagu ini popular pada 1995, hujan air mata nyanyian Siti Musliha...tapi serius ni kali pertama saya dengar, mungkin masa 1995 tu saya masih kecil..baru 4 tahun kot...kalau pernah dengar pun mungkin tak ingat...rupa-rupanya penyanyi lagu ini merupakan seorang kanak-kanak yang mempunyai kekurangan dari segi fizikal termasuk wajah dan anggota badannya...menurut apa yang saya baca, dia telah banyak melakukan pemedahan plastik untuk membetulkan wajahnya..huuhu..





kalau dengar lagu ni memang sedih, tapi bila tahu siapakah gerangan penyanyi yang menyanyikan lagu ini dengan liriknya yang begitu menyentuh perasaan...subhanallah!!!sungguh kuat dia menempuh dugaan...dia sungguh petah berbicara dan tidak memikirkan kekurangan yang ada pada dirinya..tetiba rasa kerdilnya diri ini..dapat tubuh fizikal yang sempurna pun masih tidak bersyukur..ada je benda yang tak puas hati kan...





Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)


jom kita belajar untuk bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah yang kita dapat selama ni :)




PERMAI di Jakarta ^^

Assalamualaikum.....


setelah hampir sebulan baru dapat update pasal program PERMAI (Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia) hurm...banyak sangat perkara yang dah berlaku, tapi semuanya seakan-akan menunggu bilakah waktu yang sesuai untuk menulis, bila ada mood menulis ada pula kekangan lain..hmmm, biasalah budak medic, fikiran orang kebanyakan...tapi sebenarnya boleh je kalau kita betul-betul pandai bahagikan masa dengan baik :) sebelum tu, ini hanyalah sedikit ringkasan sepanjang aktiviti 3 hari yang bermula 24/12 sampai 26/12 ini dan disertakan beberapa gambar, tunggu entry pengisian selanjutnya yeee!




Tema BaitulMuslim : sebuah keluarga buat ummah ini agak menarik sebab kita semua bakal menjadi seorang ibu/emak dan ayah/suami pada suatu hari nanti..pada usia yang melangkau 20-an ni rasanya isu perkahwinan ni merupakan isu yang sering dibicarakan dalam kalangan kawan-kawan...bila nak kawin??nak kawin dengan siapa??dah ada calon ke belum?hurm.. -,-

kami bertolak dengan menaiki bas yang tunggu depan university Trisakti. ok we are actually lost!!fuh kan kampus ada banyak, kampus kedoktoran tu jauh lagi...so kami terpaksa berjalan kaki ke tempat bas dan yang dalam bas ni semuanya peserta dari Jakarta :)



kami singgah menjemput pelajar dari Meostopo dan UIN Syarif Hidayatullah...perjalanan lebih kurang 3 jam kami sampai di Taman Wiladatika, Cibubur...



ok majlis pembukaan permai...ok penceramah jemputan ada 3 orang : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Ustaz Salim A.fillah dan Ustaz Erfino..


buku PERMAI :)


name tag

 ok kami 4 orang batch 2011 yang yang pergi..from the left, Ellya, me, Haz and Farah

there sre some slots including forum, slot from ustaz and discussion..ok i got a lot if new thing and knowledge..ok i'll write it in the next post, insyaAllah :D


mungkin rasa macam kursus kawin tapi takdelah sangat, tapi lebih kepada macamana pandangan kita , apa yang kita perlu buat untuk mewujudkan sebuah keluarga islam, baitul muslim..


ok bilik dia best and i like it!!ini gambar dalam bilik yang agak bersepah..heehe..kami bertiga dalam satu bilik dan yang best ada tv, bukan apa dah lama tak tengok tv..biasalah tengok sinetron dan cerita orang-orang kat sini...

 ok luar bilik..motif??


 nama blok ni...




 sebenarnya kawasan ni besar, ada banyak lagi tempat best kat sini macam swimming pool dan padang...


sepanjang aktiviti tu kami ada dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ada markah bagi setiap kumpulan...group saya no. 10 dan bila dah campur dengan semua merkah dapat no.3..hehe



 ok ini gambar ikhwah yang hadir..yang berbaju merah adalah AJK dan tengah tulah ustaz..



me with kak liza and kak wani :D


my bulatan gembira...love u all!! suka sangat pic ni <3 *ain takde :(




farah, haz and me :)



baju permai tu kami pakai masa majlis penutup dan untuk pulang, sementara tunggu bas kita bergambar dulu :) program ni best sebab kita dapat jumpa kawan-kawan dari universiti lain di seluruh indonesia yang ada kat Bandung, Jogjakarta, Medan, Surabaya, Malang dan banyak lagi..

pengisian slot memang banyak dan saya akan cuba update dan share dengan anda semua..thanks for reading!


Monday, January 16, 2012

Aku masih mencari sesuatu

Assalamualaikum.....


sebenarnya tak tahu nak tulis dan mulakan dengan apa...aku sebenarnya masih mencari 'sesuatu' dan rasanya aku sudah ketemu dengan'sesuatu' itu...mungkin sukar untuk diluahkan, tapi biarkan hanya hati ini saja yang memendam...hancur luluh hatiku setelah dirobek-robek, tapi ini semua mungkin adalah petunjuk Allah kepadaku... mencari sesuatu yang boleh memberikan aku ketenangan hakiki tanpa perlu ada rasa resah gelisah dan ragu-ragu.


sungguh dapat kulihat satu persatu benda tu datang padaaku....kekadang walaupun aku menolak ia jauh-jauh tak nak!!! tapi ia tetap datang padaku menarik-narik aku...bukan sekadar menarik jasadku tapi seluruh perasaanku...sehinggakan aku bertanya padaku mengapa aku begitu sombong untuk menolak tarikan dan ajakan itu...siapakah aku untuk sombong sebegitu???mungkin hanya makhluk kerdil yang langsung tidak membawa erti dan ketiadaanku juga langsung tidak dipedulikan..jadi aku ada atau tiada sama saja, kenapa masih nak pertikaikan semua itu..kenapaaa....



melihat alam yang sebegini indah dapat memberi ketenangan (kredit)


dan...ehem-ehem lepas ni mungkin dah takde entry jiwang-jiwang karat emo feeling lebih-lebih...cerita artis yang mungkin entah apa-apa yang langsung tidak memberi manfaat atau lirik lagu yang melalaikan...hurm, mungkin dulu post banyak pasal benda tu semua...korean drama, bola, kpop semua tu best tahu??best sangaaaaat!!! tapi apa faedahnya??? aku mungkin ingin menukar medium blog ini sebagai pusat penyebaran dakwah dan mungkin perkongsian rasa dan cerita, tapi bukanlah seperti dulu...namun aku masih lagi belajar dan belum cukup ilmu...


kalau nak tunggu cukup sampai bila??ilmu Allah itu sungguh banyak dan apa yang kita dapat itu  hanya hanya mencedok seberapa dikit saja, kalau nak dibandingkan subhanallah, speechless!!tapi kita buatlah setakat mampu...sama jugak kalau kita nak tunggu kita betul-betul jadi baik  baru nak tutup aurat sempurna, jaga pergaulan, jaga diri..sampai bila??sampaaaai bila??


mungkin bila kita dah dicabut nyawa tanpa kita sempat bertaubat?jadi kita buatlah sedikit demi sedikit, melangkah setapak demi setapak dan semoga langkahan kita terus menuju ke hadapan tanpa berundur... walaupun langkahan kita kecil dan sangat lambat sampai mengensot pun takpe yang penting ia sentiasa menuju kehadapan, tanamkan dalam diri untuk sampai ke penghujung dan jangan sesekali penat dan lelah sampai terkulai di tepi jalan atau berundur kembali...


setelah join beberapa program, hatiku bagai diketuk-ketuk dan terasa dihiris bagai sembilu...air mata bercurahan mengenangkan kejahilan lampau...arhhh semuanya memang rasa nak nangis kalau dikenang, tapi biarlah ia menjadi memori yang pasti tidak akan diulang lagi...kita perlukan perubahan dan jangan takut untuk berubah...bersyukurlah kerana masih lagi diberikan peluang menerima hidayah dari-Nya..


sebab tu orang cakap kisah ni semakin dikupas makin nak nangis tapi semakin nak nangis semakin sedap, namun untuk mengekalkan kesedapan itu mungkin payah....secara fitrahnya, semua manusia inginkan kepada kebaikan tapi kita masih melakukan kejahatan untuk menutup sisa-sisa masa lampau kita...masa lampau biarkan ia menjadi memori, ayuh kita buka buku baru...



aku takut untuk berubah sebab ia mungkin bukan perkara kecil dan main-main...ia memerlukan kekuatan dalaman dan pergorbanan...semoga aku terus kuat ^^


sila ketuk aku kalau aku lalai..thanks kawan-kawan :D






Wednesday, January 11, 2012

passport oh passport

Assalamualaikum....


aku tak tahu nak bagi tajuk apa dekat post kali ni, tapi sebab ada kaitan  dengan passport, jadi letak jelah..heeehe...fikiran sekarang asyik bercelaru, tak tahu kenapa -,-'


sotong cimbclick ni mungkin sedang mengalami kecelaruan fikiran, macam aku jugak...orang indonesia cakap 'galau' haahha =p



sekarang dah masuk blok 4, blok last untuk semester 1 dan aku akan balik ke Malaysia, kampung halaman..oh rindunyaa dekat semua..dekat family dan makanan..haaha, xleh blah aku rindu makanan tapi hakikatnya memang begitu...


aku dah book lion air flight 7Feb balik dan 26Feb datang sini balik, tapi lepas dah bayar siap-siap barulah jadual rasmi dikeluarkan 5Mac baru kelas start..nak buat apa 10 hari kat sini kan, dahla bukan boleh selalu balik, baik aku duduk kampung dengan family dok sini menghabiskan duit adalah...dahla baru start sem jadi aku tak tahu nak buat apa...tapi memang senior cakap memang macam tuh, aku dah masak dah...sesuka hati je nak tukar tarikh exam ke apa kan....hadehh...



jadi aku dengan sorang kawan pergilah pejabat lion air dekat Jakarta pusat pastu bila dia cek nama aku mr. hooohoho..apekah???nampak unsur-unsur kelelakian ke pada diriku ini?siap pakai tudung lagi nih..haddooi, aku yang ayu cenggini takkanlah mr kot -,- bila aku suruh dia tukar nama tak dapat sebab nak kena ada passport...memang aku sakit hati dengan diri sendiri sebab tak bawak passport :"((



aku kena datang lagi next time untuk tukar nama mr. tu jadi miss...dahla kene buat pembayaran lagi untuk pertukaran, kalaulah aku dah bawa tadi kan senang cerita, pembayaran tambahan pun dah tak payah...kenapaaaa?kenapaaaa?



sebenarnya masalah tu takdelah sangat tapi nak naik teksi kene pakai duit, kena carik masa lagi...memang aku banyak merungut, tapi salah sendiri jugak...ko dok negara orang tapi bawak mykad ke hulu hilir buat apa??takde pun orang nak heran dengan mykad ko tu..orang nak passport lahh...tapi aku memang tak bawak passport pun sebab kan bahaya bawak takut hilang...masalah besar aku lagi sekarang ni tengah pokai, duit JPA hujung bulan ni baru masuk..apa bole buat :'( kene belajar jimat cermat lee



lain kali kalau nak pergi buat urusan ke mana-mana pejabat mesti bawak passport, asyik lupa jee...hari tu sekali time nak settle hal bank...jadi kesimpulannya aku kena habiskan duit dan masa lagi untuk buat benda yang agak remeh tu, aku rasa aku dah pilih miss, kenapa la dia jadik mr...aku fikir takdehal sebab hanya mr, ms, mrs je pon..nama still sama, tapi dia cakap aku tak boleh nak check in nanti...mungkin sebab international jadi ketat sikit...masalah keraguan jantina mungkin??lol!! sape cakap gaya aku ni jantan tak tahu nak kata apalaaa...


moral of the story : sebelum pergi ke mana-mana atau nak buat apa-apa kerja pastikan semua perkara yang diperlukan dibawa...jangan buat benda yang sia-sia, membazir wang dan waktu... time is gold and appreciate your time! firman Allah dalam surah Al-Asr :-


demi masa sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta kesabaran



kekadang aku rasa post aku tak masuk pun dengan ayat-ayat Allah, tapi takpelah at least aku mengingatkan diri aku sendiri agar tidak terlalu lalai dan leka dengan dunia...dan sekarang ni masuk bab embryologi, need to memorise a lot!!semua part ada term tersendiri, percaturan masa sangat penting agar aku sentiasa dapat buat revision..



off to study~
till then, thanks for reading!!



Sunday, January 8, 2012

Alhamdulillah...we're still alive! :)

In The name of Allah,The Most Merciful,The Most gracious




” Glorified be He who has subdued these unto us, and we were not capable (of subduing them); and surely to our Lord we must return.” [Surah al-Zukhruf: 13-14]

Saturday, January 7, 2012

Trip to Surabaya and Malang - Bromo Mount- (part 2)

Assalamualaikum...


As i promised before, in the previous entry 'Trip to Surabaya and Malang (part 1)' i'll update about mount Bromo =D 




lepas je kitorang habis petik jambu dan epal, menikmati jus jambu serta waffle...kami terus singgah solat dan makan, apa yang agak pelik ialah apabila kami singgah di masjid untuk jamak maghrib dan isyak ialah ada kuliah maghrib dalam bahasa jawa...heehe, memang tidak pelik sebenarnya sebab kawasan tu memang kawasan jawa timur tapi kami yang terpinga-pinga...orang-orang kebanyakan pun cakap jawa...hooho~


selepas usha pasar malam dan makan dekat kawasan situ, pengembaraan ke Bromo bermula...jarak masa dari bandar ke kaki bromo lebih kurang 4 jam, kami tidur dalam bas jelah..memang tak ambil penginapan..sampai dekat kaki gunung dalam pukul 2 pagi dan kitorang tunggu jeep untuk naik ke sana...sebelum naik gunung tu pun dah rasa kesejukan mencengkam hingga ke tulang, nak ambil wuduk untuk solat subuh pun tak tahan terketar-ketar...perh..sejuk gilaaa!!!patutlah senior dah cakap jangan lupa bawak jaket, sweater, baju tebal dll :)


kami tak terus ke Gunung Bromo, kami naik Gunung Pananjakan dulu yang terletak berdekatan situ untuk tengok sunrise di pagi hari...we were unlucky because the day was rainy and cloudy and we can't see sunrise...sesape yang rasa malas berjalan, bolehlah naik kuda ni untuk ke puncak, masa gunung pananjakan jalan kaki je, naik bromo sampai ke tangga tu tunggang kuda...best wooh!! dahla first experience ^^


 bersama kuda :)


 mereka dan saya..ekekekkeek :)


 ni pemandangan dari pananjakan


 tengok ramai orang berpusu-pusu nak naik ke puncak..


 sejukkk!!hehe


 mereka :)


bateri kamera habis dan tak sempat bergambar dekat bromo, gambar pun tak dapat dari mereka..hurm...apa yang best kat Bromo rasa macam dekat padang pasir, pastu dengan khemah, kuda...kawan cakap rasa macam pelarian bila ada khemah2 dan kat situ ada jual macam maggi cup, nescafe, gorengan...oklah untuk sekadar mengalas perut...sebab kat situ memang takde kedai dan jauh dari kawasan luar...

The black sand sea at Mount Bromo
The black sand sea at Mount Bromo
The black sand sea at Mount Bromo
kat bawah kaki bukit tu ada hindu temple (source)


apa yang menariknya, gunung Bromo ni merupakan gunung merapi yang masih aktif, bila-bila masa je boleh meletus..bahaya kan???sebab tu tengok gambar yang sebelum ni pagar kat atas masih baru, yang kami pergi haritu pagar dah macam banyak rosak....macam berisiko tinggi kan???terkejut juga bila tahu yang gunung tu masih aktif, anak gunung krakatau :) bila sampai kat puncak, subhanallah cantik betul pemandangan...macam lukisan!!sayangnya, kamera dah takde bateri..tak boleh share ngan korang betapa cantiknya pemandangan bila kita berada di aras tu ^^ tandanya korang kena pergi!!!heehe...


disebabkan kami naik kuda sampai ke kaki tangga, takdelah penat sangat..jalan yang nak menuju ke gunung tu memang berdebu sangatt...mungkin sebab pasir yang lembut, dan berlaku ribut pasir dan hujan masa tu...serius keadaan masa tu dah rasa macam dekat padang pasir...macam yang dalam cerita nur kasih yang bila ribut tu..huuuhu...



kuda dan tangga tu yang kena naik tu (source)

sebenarnya keadaan dia macam dah lain sikit, ni gambar yang aku pinjam dari blog orang...gambar yang kami ambil aku tak dapat dari kawan pun..huhhu...

Pesona Gunung Bromo dan Gunung Semeru dilihat dari Penanjakan
itulah kuda dan orang kat situ (source)


sebenarnya kan, pemandangan masa aku pergi haritu lebih cantik...nampak tersusun je gunung dan bukit-bukit kecil kat bawah..pastu ada yang pergi melakar memori pada pasir tulis nama la apa la...memang sangat nice!!!masa naik kuda tu sempat borang dengan tuan kuda, dia cakap kuda tu dah 5 tahun kerja kat situ, hurm aku pun terfikir gak mesti penat kan kuda tu nak panjat gunung...berapa kali sehari ulang alik, dahla sejuk..huuuhu, empati terhadap kuda lak aku nih, hadeh -,-'


anak tangga ni ada lebih kurang 250, agak penat jugak nak sampai ke puncak..fuuh!!

sebenarnya lepas jalan-jalan ni kami ada program bernama hamka baru pulang...fuh!! 10 hari cuti memang berjalan terus, beraktiviti terus...this is one of the best holiday that i've ever had :)


tiket balik jakarta..hoho




ketika di atas awangan..fuuhh


bersama kakak Trisakti dan Meostopo


sebenarnya aku dengan sorang lagi kawan, farah je yang balik awal sebab tiket yang org lain beli tu dah full...jadi memang sepatutnya kami berdua jelaa...kemudian dekat a.port terjumpa kakak-kakak yang baru balik dari bercuti di Bali..wohhooo, sempat kami snap berlatar belakang lion air ^^

perasaan bila berada di atas puncak Bromo tu sangat best, dahla angin dia kencang sangat!!serius rasa nak terbalik masuk dalam kawah..hohoho...sesungguhnya ciptaan Allah itu cukup indah, subhanallah!!!tetiba teringat ayat Allah dalam surah Al-Mulk: 3-4 yang bermaksud 

tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat? kemudia ulangi lagi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, niscaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih.



ini menunjukkan bahawa ciptaan Allah S.W.T itu memang cukup indah, tiada siapapun yang dapat menandingi..pandang banyak-banyak kali alam memang akan rasa tenang, dan rasa takde pun cacat cela....gunakanlah nikmat yang ada ke jalan yang benar ^_^ 




Thursday, January 5, 2012

dapat bungkusan dari Malaysia!! yeay :)

Assalamualaikum.....



Semalam aku dapat PM dekat facebook, akak yang ayah dia keje sekali ngan ayah aku...dia cakap mak ada kirim barang...eh??akak ni balik kampung?tak dengar cite pon...hari tu ada tanya dia, dia cakap dia tak balik sebab dah nak start coass bagai pastu sibuk..tup tup baru tau dia balik...


aku pun dah dekat seminggu tak call mak dan tak tahu yang dia ada kirim barang...kalau ku tahu dia nak balik memang aku nak suruh la mak aku kirim sup bunjut, lada hitam dan adalah barang-barang nak masak yang tak ada kat sini...kekadang tu ada je, tapi mahalll..pastu mak aku cakap dia kirim keropok, oh sayang ma!! macam tau je anak dia kepingin nak keropok ikan...kat sini takde wehh!! ada keropok udang je -,-'


 nah 3 plastik keropok + milo


dah lama tahu nak makan keropok ni, kat sini memang takde keropok camni..pelik jugak takde keropok ikan..ikan bilis pun mahal berlipat kali ganda..nanti balik luggage penuhkan dengan makanan dengan bahan masak je yee...ekekeke...skill memasak aku pun dah bertambah sekarang ni, *clap3 =D dan memang betul lah orang cakap, practice makes perfect..dulu memang aku fail gilaa nak masak sambal pun lambat, nak masuk garam banyak mana tak reti..sekarang ni main campak-campak apa yang aku rasa boleh masuk, jadi jugak...sedap pun sedap..lalalala ^^  milo kat sini pun mahal sebab import dari Malaysia, milo dari sini ada tapi xbest, rasa lain macam...huhuhu...


nak dijadikan cerita, aku memang tak pernah pergi rumah akak tu...memang kitorang tinggal dalam kawasan sama, Tanjung Duren Selatan tapi agak jauh jugaklah...kali kedua aku tersesat nak cari jalan dan rumah...kali pertama masa nak pergi meeting PKPMI..berpusing-pusing aku carik jalan, dahla hujan tanya bebudak kecik tengah main hujan pun diorang blurr, tanya sorang maid yang lalu kat situ pun tak tahu...aku tak kehujanan, sebab aku bawak payung..heeehe...

aku call akak tu, dia pun dah pening dengan location aku time tuh...taman ni jalan dia macam berpusing-pusing sikit, tapi kalau dah lama ok je sebenarnya..akhirnya jumpa jugak, fuh!alhamdulillah...dia duduk rumah kost, kira sewa bilik jelah..tapi takbole masak....lepas berborak tiga empat lima kata pasal belajar, life kat sini dan memacam lagi...dia kasi aku buku histologi ni..yippie!!



kebetulan memang belajar tajuk ni, dan tadi baru lepas ujian praktikum histo....tak tahulah cemana,hohoho...

untuk pengetahuan korang, aku dah book tiket balik Februari ni, 7feb dan datang balik 26Feb...cuti 3 minggu oklah, dari bebudak UGM yang hanya cuti seminggu...aku memang tak sabar dah ni nak balik, tak tahu kenapa..hahaha...padahal ada satu blok lagi sebelum habis semester 1..habis cuti ni masuk sem 2, erm..sekejap je kan masa berlalu, tup...tup dan habis sem 1 =D


Kuharap 5 tahun yang bakal kuharungi ini sebentar, padahal lamaaaa...sabar jelah, kata nak jadi doktor ^^



p/s: aku ingat mak cik ni sombong, rupanya dia tak pandai cakap Indonesia, dia tahu bahasa jawa je..patut tak jawab sepatah aku tanya, muka lak blurr...tak pasal2 aku dah cakap dia sombong, parah!! *nasib embak rumah aku bagitahu tadi*



nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...