nuffnang

Saturday, September 29, 2012

Emergency telephone numbers

Assalamualaikum.....



seringkali merasa diri tersisih dan disisihkan, terbiar dan dibiarkan, terhina dan dihinakan..tiada siapa yang peduli, tiada siapa yang endah...hidup hanyalah bagaikan melukut di tepi gantang....hanya dicari apabila diperlukan dan tidak dihiraukan apabila tidak diperlukan....



mengapa???mengapa???mengapa???



adakah itu hanyalah perasaan dan khayalan diri semata-mata??merasa diri tidak diendahkan?merasa diri tidak diperlukan dan hanyalah wujud untuk menjadi sang penyibuk di celah celah kesibukan urusan orang lain...cermin diri, refleksi peribadi..



apakah peranan kita? apakah tanggungjawab kita? adakah kita lakukan hanyalah semata-mata supaya dilihat orang? supaya mendapat liputan ramai? diketahui semua...dipuji-puji tinggi melambung?adakah itu hadaf kita? *setting kompas balik yuk!*



jangan selalu bertanya apakah yang telah mereka lakukan tetapi tanyalah diri sendiri apakah yang telah anda lakukan...adakah anda telah melakukan yang terbaik? adakah anda telah memberi jasa dan kontribusi terhadap apa jua perjuangan yang sedang anda hadapi....



ok berbunyi agak rumit dan complicated tapi tidak mengapa, hanya aku, dia dan orang yang mengetahuinya akan memahami...jikalau anda anda dan anda tertanya tanya apakah sebenarnya yang ingin aku sampaikan, tidak mengapa...biarkan persoalan itu berlegar-legar di kepala kalian sehinggalah kalian mendapat jawapannya suatu hari nanti...



kata kak diba, berlapang dada.......kak liza juga selalu menyebutkan tentang hal ini *ohh rindu kak liza* hehee ^^ cakap memanglah senang kan..dua patah perkataan, berlapang dada, budak kecik pun boleh cakap tapi hanya orang yang tertentu sahaja yang boleh melakukannya...semoga kita berada dalam kalangan orang yang sentiasa berlapang dada, husnuzon...insyaAllah :D



tadi buka facebook, ada kawan post pasal menda ni....sewaktu kita sedih, frust,bosan, terasa tidak disayangi dan apa-apa perasaan sahaja yang menyebabkan kita rasa down dan putus asa, kita seringkali memerlukan seseorang untuk bercerita..oh i need a shoulder to cry on T_T i really need someone!! emergency! tapi semua orang busy...takde masa nak layan kita sedih lagiii :(



kita lupaaa sangat yang ALLAH selalu ada untuk kita, Allah sentiasa bersedia untuk mendengar apa saja rintihan suara hati kita, luahan rasa kita yang selalu merasa kesepian, perlukan teman, kawan dan pemberi semangat...ingatlah Allah itu ada, bacalah ayat-ayat cinta, ingatlah janji-janjiNya....insyaAllah kita akan kembali ceria...ingatlah Dia maha mendengar dan hanya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang :D


SABAR YE!


“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)





Wallahu'alam....rajinkan diri untuk mendail no yang tertera di atas :)



Wednesday, September 26, 2012

WOW (wonderful orientation weekend) -entry bergambar

Assalamualaikum...

pada 14&15 september lepas, PKPMI-CJ telah buat satu program orientation khas untuk adik-adik yang baru masuk UKRIDA 2012....sebagai seorang ajk, aku pun turut sama terlibat membantu mana-mana yang perlu dan jadi fasi untuk kerja group....program ni buat dekat Malaysia hall so senang sikit sebab kat sini kat terus ada bilik, tido kat sini saje :)


aku dengan vais datang time diorang baru habis taklimat program, pergi hospital punya pasal...seharian di hospital, ingat nak up entry tapi em..makin hari makin malas pula menaip, tidak serancak dahulu :p tak nak cerita banyak kita layan gambar-gambar sepanjang program tu, syok sikit kan ^^

 adik2 lelaki 2012 :)

 time ni kene tulis first impression terhadap kawan..haa tulis jangan tak tulis!! berebut-rebut nak tulis haa

 sekarang bagi ikut group..kakak-kakak dengan abang-abang buat sharing pasal lifa dgn study sikit :)

 barisan high community PKPMI...YDP tengah bercakap tuu..hehe

 fokus ye fokus :)

 taklimat imigrasi

 LDK...kene bincang nak buat kerajaan sendiri..lukis lukis!

 discuss lagii

 yang ni lawa...pulau bear lagi :)

 presentation time...my hadek-hadek group 6! 

 KAMI :)

 nak jugakk dengan banner tu :)

 ok masak-masak time! :)

 bakar-bakar....atas rooftop ni ^^

 suasana rooftop malaysia hall :D


 pinggan dan gelas tersusun....tunggu nak makan ni.

 "senyummm!kak kat nak ambik gambar" kata salah sorang dari mereka..tak ingat sape..hehe

 we're intecian ----> ukridian...hehee

 sempat lagi main uno sebelum makan! 

all junior ukrida malaysian 2012


diorang sangat best dan sporting!heheee...ramai pulak tu *kejelesan melanda* kami cuma bertigabelas dengan tiga lelaki...ok! tu jee, kata pun entry bergambar kan...selamat datang adik-adik ke jakarta dan ukrida, semoga terus tabah menjalani kehidupan yang penuh pancaroba *eceyyy* di sini...till then! :)


Monday, September 24, 2012

refleks diri sejenak

hari ini rasa jiwa tidak tenang, nak marah orang, stress, tertekan?
duduk sejenak, tenangkan diri....berfikir....refleks diri....


hari ni dah baca quran ke belum?
solat sepanjang hari adakah di penghujung waktu?
solat tidak khusyuk?
banyak mengata orang sana sini?


mungkin itulah penyebabnya.....
penyebab tompokan  titik hitam yang kecil...
yang kalau bertumpuk akan jadi tompokan besar...
kena cuci...berus biar hilang tompok...


cas iman, tingkatkan kerajinan...
wallahu'alam

Friday, September 21, 2012

duit memang tak pernah nak cukup

Assalamualaikum.......


petang tadi dah selesai first exam integrasi  1 bagi semester baru ni...macam biasa, selepas exam mall akan diserbu dan menjadi tempat persinggahan pelajar-pelajar ukrida, tak kiralah nak makan ke tengok wayang ke, jalan-jalan ke atau saja je melepak buang waktu buang duit...macam dah jadi fenomena, aku pun selalu macam tu padahal bukan habis blok, baru habis satu exam..isnin ni ada PBL lepas tu skill lab dan exam histology anatomy serta integrasi 2 pun akan menjelma lagi..ermm tapi tak kisahla yang tu, bukan itu pun yang aku nak coretkan kali ini...



sekali keluar mesti nak pakai duit kan, semua benda nak kena bayar zaman sekarang ni....bukan setakat kehendak nak makan itu ini tapi nak buang air pun kena bayar..fuh fuh..duit duit....memang tidak dinafikan untuk hidup di dunia zaman sekarang memang memerlukan duit..orang berduit akan dipandang tinggi , ramai kawan sedangkan yang takde duit pula dipandang hina...ohh dunia!!kenapa perlu jadi begini..ini tidak adil ini tidak adil ini tidak adil *tetiba lagu yuna keluar*



aku duduk dan merenung seketika, masih ingat lagi pernah sorang kakak ni share pasal syurga....ya Allah siapakah yang tidak mengimpikan syurgaMu??semua orang nak masuk syurga....tapi apakah yang kita dah buat, apakah yang telah kita korbankan?wuwuuwuwuu....even nak masuk tandas tempat kotor, rumah syaitan tu pun kena bayar, takkan nak masuk syurga yang teramat indah sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata tu nak free kot? muhasabah diri.....


letak gambar duit rupiah sebab sekarang dekat Indonesia...duit pun berjuta juta :O


cerita pasal duit ni...ermmm macam biasalah duduk jauh di perantauan, semua benda nak kena fikir sendiri....pengurusan kewangan tu sangat PENTING....kita semua dapat duit sama banyak , RM 1000 sebulan tak kiralah JPA ke MARA....tapi kenapa ada yang selalu takde duit, duit asyik semput-semput je nak tunggu elaun seterusnya tetapi dalam masa yang sama ada yang boleh simpan duit sampai berpuluh juta rupiah dalam bank??lepas tu mulalah nak cakap duit tak cukup, penaja bagi duit sikit dan sebagainya...tapi sebenarnya semua itu bergantung kepada diri kita sendiri...bagaimana kita menguruskan kewangan main beli apa saja macam orang banyak duit atau beli sekadar apa yang perlu sahaja?tepuk dada tanya diri...



aku rasa benda ni memang semua orang tahu kot...lainlah mak ayah awak memang bagi duit tiap-tiap bulan dan awak memang anak orang kaya tak kisahlah apa yang awak nak buat dengan duit tu...tapi orang kata, ukurlah baju di badan sendiri, kalau rasa kita tak mampu, pakai pun duit elaun JPA bagi bulan-bulan je kita tak perlu kot nak mengikut orang lain yang mungkin dompetnya penuh berkepuk dengan wang....kita pakai duit tu untuk pelajaran dan keperluan kita kat sini je, memang cukup je sebenarnya...kita tak payahla ikut kawan kawan kita yang kaya raya tu, nak makan tempat mahal je, pakai baju branded dan lepak pun kat tempat-tempat mahal...



saya tak nak cakap kat sesiapa pun pasal benda ni, peringatan kepada diri sendiri sebab banyak dah kawan-kawan macam ni....nak pergi melancong ataupun pergi international concert yang harganya memang mahal bak hang, tapi duit takde....lepas tu nak pinjam orang sana sini sebab nak pergi atau buat sesuatu yang bukan keperluan sebagai pelajar pun...lainlah awak nak pinjam buat bayar semester pendek, buat beli buku ke apa-apa keperluan tu memang tak boleh nak cakap apa lah...tapi..ermm sungguh menyedihkan...



aku datang dari keluarga susah, takdelah susah mana pun, sederhana jelah bak kata orang...cukup je makan pakai tidur sedap boleh belajar dengan selesa boleh tengok tv sebagainya...hidup selesa senang lenang je tapi mungkin kami telah diajar dari kecil untuk tidak boros dan berjimat....tapi apa yang nak ditekankan di sini ialah hidup berdikari dan tidak menyusahkan orang tua, aku seboleh bolehnya tak nak pun mak ayah aku dengar benda yang tak elok tentang aku, bukannya kita nak hipokrot yang kita ni sebenarnya lain tapi kasi tahu mak ayah kita lain, tapi kita buatlah yang terbaik....mak ayah kita kat rumah berharap kita terbang jauh-jauh untuk belajar dan pulang nanti dapat segulung ijazah dan bergelar doktor, insyaAllah..tu je harapan aku..haa kan dah sebak..aku lemah sikit kalau cakap hal family ni...rasa macam tanggungjawab besar nak buat diorang happy



memang aku dah berazam, aku dah dapat biasiswa JPA ni aku dah malas nak minta duit dari mak ayah aku...sepupu aku dulu pun dapat biasiswa, study dekat Jepun satu sen pun dia tak minta dari mak ayah dia mula dia masuk belajar sampai grad...semua benda bayar pakai elaun tajaan termasuklah tiket kapal terbang....setakat ni, dua kali dah balik aku bayar sendiri je semua benda tiket flight dari jakarta ke KL dan ke terengganu pun..alhamdulillah cukup je, tak payah pun nak cakap dekat mak suruh bank in duit ke apa...tapi aku takut jugak, kalau kene buat short sem kena bayar sendiri..mahal jugak kot, ermm tak nak laa mintak duit parents sebab tu kena belajar betul-betul biar lulus semua blok dan dari sekarang kena buat simpanan sebagai back up nak pakai duit jugak nanti...



apa aku nak cakap sebenarnya kita hendaklah pandai menguruskan kewangan dengan baik, haaa kan dalam muwasafat tarbiyah 10 ciri peribadi muslim pon ada menyebut tentang pendai menguruskan waktu, melawan hawa nafsu dan teratur urusan...semua ni sangat berkait rapat dengan kewangan, jangan ikut sangat hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan untuk beli itu ini yang bukan keperluan pun...tak payah nak enjoy pergi karoke tengok movie dan lepak yang membazir masa dan duit tu...gunakan waktu yang ada untuk belajar atau cas iman lagi atau buat je benda lain yang lebih bermanfaat :)



kalau hidup target nak enjoy dan kesenangan je, kasilah wang beratus juta pun belum tentu cukup....duit hanyalah permainan dunia, manusia boleh bergaduh berpecah belah dan berbunuhan hanya semata-mata kerana WANG :O sungguh besar pengaruhnya dalam hidup kita....saya nak kena belajar bersyukur sebab dapat biasiswa, makan pakai cukup dan selesa...bandingkanlah dengan saudara kita yang lain yang serba kekurangan tu..insyaAllah kita akan menjadi seorang hamba yang lebih bersyukur dan pandai mengatur kewangan dengan baik, wallahu'alam  (^_^)





Thursday, September 20, 2012

coretan sang mutarabbi

Assalamualaikum.......



sedar tak sedar, Alhamdulillah aku sudah setahun berada dalam jalan tarbiyah ini....jalan yang mungkin dipandang enteng hanya untuk ustaz ustazah sahaja, yang mungkin dipandang sebelah mata...meskipun merangkak dan bertatih perlahan-lahan namun aku dapat rasakan perubahan dalam diri, dari segi pemahaman dan pemikiran....syukur kepadaMu ya Allah kerana masih memberi aku kesempatan untuk merasai betapa nikmatnya Islam yang mungkin sedari kecil aku anuti tetapi mungkin baru sekarang aku mengerti.



mula-mula dulu mendengar perkataan usrah, mesti ingat perkara yang bosan, mendengar ceramah agama yang berulang-ulang sehingga mengantuk dan kene berkumpul di waktu orang lain sedap menikmati keseronokan dunia, berjimba dan tidur segalanya...oh mungkin itu persepsi usrah di zaman sekolah, ramai yang telah salah anggap, salah faham dan terus menerus menuding jari tanpa mengetahui apakah isi yang sebenarnya...



dalam kotak pemikiran aku, banyak yang aku perlu berubah, jauh di sudut hatiku ini meronta ronta ingin berubah...berubah menjadi muslimah sejati, dan masuk ke dalam Islam secara keseluruhan...namun desakan hawa nafsu syaitan selalu sahaja menjadi alasan untuk terus berada di takuk yang lama, terus menerus melakukan dosa yang sama walhal dah tahu benda tu memang SALAH...aku tahu, ramai di antara kita yang sebegitu...takut pandangan orang, takut nanti orang kata kita dah berubah sekarang, dah tak nak kawan dengan kawan yang lama lagi dah....takut nak tulis post dan entry blog tentang Islam sebab takut nanti orang nilai apa yang kita tulis tu tak sama pun dengan apa yang kita di luar..astaghfirullahal'azim (T_T) 



namun setiap kali ada liqa' dan usrah, hati aku kembali berbunga bertemu sang murabbi yang begitu pandai menyentuh hati ini sehingga kembali bersemangat lagi...bertemu dengan sisters yang sangat sporting dan baik membuatkan diri ini semakin hari semakin lama semakin cinta dengan ukhwah yang mereka bina....bina atas dasar cinta kepada Allah s.w.t....baru aku tahu pengertian ukhwah fillah yang hanya sekadar tahu saja...betapa ceteknya pengetahuan aku tentang Islam sebelum ini sehingga tidak mengetahui kewujudan pejuang pejuang agama yang menyebarkan dakwah dan ayat-ayat cinta Allah dan membentuk peribadi muslim sejati...



keperibadian muslim perlu dibentuk, bukan diajar....selama ini orang suruh tutup aurat punyalah susah sebab apa?sebab tak faham....pakai baju lengan panjang pakai tudung, cukuplah tu...majoriti orang islam macam tu je kan..buat apa susah susah nak pakai stokin, tudung labuh bagai..kita bukan budak sekolah agama pun, tak payah nak tunjuk ustazah sangatlah! hurmmmmm..ramai yang ada persepsi macam ni, termasuklah diri ini namun dari hari ke hari selepas mengikuti tarbiyah kita akan faham dengan sendirinya..Alhamdulillah, apabila kita baca Al-Quran dan faham tanpa disuruh kita akan buat..buat dengan ikhlas, insyaAllah ^^



namun sampai bila kita nak kekal sebagai mutarabbi (orang yang ditarbiyah) sahaja?hanya mengikut usrah dan liqa' yang dianjurkan tanpa ada usaha untuk membawa orang lain bersama-sama merasakan nikmatnya Ialam yang sebenar...membentuk keperibadian muslim ini memerlukan masa dan kefahaman, insyaAllah dengan menjadi seorang murabbi kita akan dengan sendirinya dapat membaiki diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik....fuh fuh fuh, kesat peluh...rasa macam ilmu belum cukup di dada, kita pun masih baru dalam banyak perkara tapi sampai bila kita nak tunggu kita betul-betul bersedia??nak tunggu ilmu cukup?sampai bila-bila pun tak akan dapat la kan....insyaAllah kita sama-sama berusaha!





DAKWAH itu adalah sunah nabi yang paling utama....ramai yang nak ikut sunah nabi je kalau poligami, itu jelaaa....mari kita buat anjakan paradigma, kalau boleh nak sedarkan semua orang nak bagitahu semua orang supaya mereka semua faham....ramai yang tidak tahu dan masih tidak faham, itu semua tugas kita...tugas kita bersama, insyaAllah...aku selalu berdoa agar aku dapat kuat dan istiqamah sepanjang melalui jalan yang cukup panjang ini..


SEMOGA ALLAH REDHA!



alololoo...haziq tomeyy :)

Assalamualaikum.........


buka album lama, nak kemas folder...jumpa pulak gambar haziq, sepupu aku...anak pak cik yang tinggal dekat Klang..heheee...comel betul budak ni, geraammm gerammm nak cubit cubit pipi dia..huhuu...ni sebenarnya gambar sewaktu februari lepas...takpe la kan,adil je kan..hehe...



 haziq dalam kereta...nak pegi jalan-jalan, oyeah!!snap gambar sikit...haaa bulat mata tu haaa


 tekun sangat nih...tak layan orang panggil -,-


 haziq ada bola...boleh main!!kak ja jangan kacau boleh!hehe ^^


 ermmmm...dah penat bermain, haziq tisur dulu yee...hohoo..sedap tuu tidur tu..nyenyak sungguh!


 zzzzzzzzzzzzzzzz...

ok dah sampai rumah!!ni rumah nenek kita kat terengganu! kat Jelapang..yeyeyeyeey.


 kita ada mainan baru, takde bola dah haa

ehh..eh..eh...tergigit jari pulak!alamak!hehehehe...mama minta susu!



comel tak comel tak??ok saja je nak kongsi :) saya ada mission ni, selamat malam~




Thursday, September 13, 2012

Sesi refleksi diri

Assalamualaikum.........


sebagai manusia biasa, saya pun tak pernah lepas dari membuat kesilapan...saya hanyalah insan yang lemah yang hanya berpijak di bumi pinjaman Allah s.w.t yang cukup indah ini...subhanallah...saya diberikan nikmat rezeki yang melimpah ruah tak pernah putus putus mendapat nikmat dari-Nya, tak pernah pun terpaksa berlapar mengikat perut dan tak cukup makan pakai...terasa sangat beruntung kalau nak dibandingkan dengan saudara saudara seIslam yang terpaksa menderita menahan kesakitan dan kelaparan (T_T)



tetapi diri ini masih belum bersyukur..astaghfirullahala'zim....nafsu syaitan selalu membelenggu diri, sudah ada keperluan yang mencukupi namun masih ingin melayan kehendak yang tak perlu pun...perasaan geram dan marah memang sinonim kalau tidak dapat buat sesuatu yang diinginkan...menghamburkan kata-kata yang kurang menyenangkan dikala merasa diri tertindas, dimarah atau melakukan kesilapan yang memang tidak patut dibuat...bukankah itu semua ujian Allah?Allah ingin melihat tahap mana kesabaran dan keimana hamba-hambanya...tidakkah kamu ingin berada dalam kalangan orang-orang yang beriman? *kesat air mata*


"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah : 153)


pagi ini bangun pagi, sangat pagi pukul 3 pagi...hati rasa resah gelisah dan bersalah....kenapa aku pergi meluahkan kekusutan hati aku kepada manusia?manusia biasa yang mungkin seperti aku juga, punya perasaan marah, sakit hati, geram dan sebagainya...kenapa tidak luahkan kepada yang Maha Esa, yang maha berkuasa, yang maha pengasih dan penyayang???kenapa?sungguh keluar dari landasan :(


segera aku bangun dan bangkit, berwuduk dan bersujud kepada-Nya...luahkan segalanya, memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu...Ya Allah....aku dapat rasakan betapa lemahnya diri ini, seorang hamba yang hidup di atas muka bumi ini dengan semua benda pinjamanMu...seorang insan yang kerdil memohon kepada Allah yang maha agung...aku dapat rasakan tenangnya hati ni, nikmatnya hidup ini...sungguh! nikmatMu terlalu banyak dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata....ibtila' yang sedikit itu hanyalah asam garam kehidupan :)


mari berzikir dan menjadi hamba! zikir terapi diri oleh Hafiz Hamidun :)





rancang apa yang hendak dilakukan pada hari ni, mulakan harimu dengan niat yang betul...insyaAllah perjalanan hari ini akan lebih lancar dan diredhai-Nya ^_^



Monday, September 10, 2012

semester 3, tahun 2...

bismillah...assalamualaikum........

sangka tak sangka, saya dah masuk second year medical school...alhamdulillah!!!hari ni akan mula kelas pertama tahun kedua dan semester 3....dah setahun rupanya dekat jakarta ni, sekejap je kannn, sekejap jeee..heheeee...


malam tadi kami dapat ahli keluarga baru kunang-kunang, dengan adik2 junior yang baru masuk tahun ni...yeay! dah senior sekarang!hehehe :p


semoga semester ni aku jadi lebih rajin belajar, lebih fokus dalam kelas, elak bertangguh, jaga makan minum kesihatan, buat banyaaaak kebaikan dengan orang dan amal sebagai bekal buat diri kelak dan masa aku lebih terurus dengan persatuan yang aku join, usrah a.k.a my second family dan study...sibuk dengan urusan luar bukanlah alasan kita nak berjaya dalam pelajaran kann..bak kata akak senior malam tadi, kumpul sebanyaknya ipk/cgpa.hohooooo....chaiyok!


insyaAllah semakin meningkat tahun aku tahu aku dah semakin matang, dah faham banyak benda....semoga aku dapat menjadi seorang yang bermanfaat dan berbakti kepada orang lain.."erti hidup pada memberi" semakin kita memberi, semakin banyak yang kita akan dapat, aku yakin!!

bismillah!nak masuk kelas, mula dengan urogenital blok 10 ^^


Sunday, September 9, 2012

selamat pengantin baru Faiz dan Mazirah! :D

Assalamualaikum..............


marriage at a young age??what's in your mind?responsibilities?preparations? or they are not mature yet to have a family? hurm....every person might have their own perception about this and some of my friends are already married at the at of 18 and early 20's...


ok,now i'm talking bout my friend's marriage...faiz and mazirah are both my classmate during form 5 at sesma...cuti raya baru-baru ni diorang buat majlis..barakallahulakuma :)


bercinta sejak zaman sekolah, bertunang sebelum sambung study oversea dan nikah semasa masih belajar...baguslah tu kan, benda baik memang sepatutnya kena buat cepat kalau dah masing-masing bersedia dan mendapat restu mak ayah :D


aku pergi majlis sebelah perempuan je sebab dekat besut je...nasib jugak diorang buat waktu raya, so ramai yang cuti dan balik kampung...bolehla sama-sama meraikan hari bahagia mereka....aku pergi dengan abang dan 2 kawan lagi tumpang sama...kitorang sampai sana dalam pukul 12.45 macam tu dan masa tu pengantin lelaki dah sampai, pukul 12 dah sampai...awal la kan...


pengantin baru...kami sampai tu tengah bersanding ^_^


bersama geng2 besut dan klate yang sampai dulu...geng kemaman, dungun, marang, kuala terengganu masih dalam perjalanan....pengantin da turun pelamin...mari kita serbuu!!hehe


ambil berkat pengantin baru..ehh...tunggu pelamin sendiri lambat lagi :p

kek yang cantik!! nak dijadikan cerita tengah2 bergambar ramai-ramai tu sorang kawan lelaki terlanggar kek ni, habis penyett..aduhaii...nakal betul..haha

makan beradab, sweetnyee...ehem2...takpelaaa dah sah :)

geng lelaki yang konvoi beramai-ramai tu sampai...lama tak jumpa member lama ni...


the girls!!!yeayh...ni semua girls batch 31 sesma+kawan perd+adik aku...sukaaa...ok gambar ni boleh print letak dalam album, buat kenangan :)


dan ni gambar ramai-ramai satu batch...ramai lagi tak masuk gambar, tak muat...hahaaa...aku dhla duduk paling depan,semangat!hahaa...ni majlis kahwin sekali dengan reunion terus ni...ramai kot yang baru jumpa lepas spm terpisah...heheee...


last but not least, selamat pengantin baru kawan-kawanku faiz dan mazirah...semoga kekal bahagia selamanya dan dapat wujudkan baitulmuslim yang diredhai Allah s.w.t..insyaAllah :)


Anas bin Malik radliyallahu ‘anhu berkata : “Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“ertinya : Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi” 


who's next?? let's wait and see :) thanks for reading


Saturday, September 8, 2012

Selamat hari raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum.....


baru nak update cerita beraya....masih bulan syawal kan?ok lettew! saya pun masih dalam mood puasa 6..awal-awal tak puasa sebab nk makan semua benda sebelum balik jakarta *semua bendalah sangat kan* lagipun kat rumah takde internet kalau ada yang update waktu cuti tu pun pakai hp tak pun broadband kakak yang lembap kemain ataupun abang rajin nak buat wifi...tapi seminggu sekali pun belum tentu..huhuuu


selamat hari raya aidilfitri, taqabbalalah minnawaminkum...harap maaf segala salah dan silap sama ada sengaja dan tidak, bukannya time raya je nak minta maaf sebenarnya....tiap2 hari dan tiap kali buat salah mesti minta maaf :D

seperti biasa setiap tahun mesti raya rumah tok dekat jelapang, ngehh...satu satunya nenek yang ada...datuk nenek belah abah semua dah meninggal dan datuk belah mak juga meninggal masa 2006...semoga mereka aman di sana, jom sedekahkan AL-Fatihah, bukan saja kepada datuk nenek saya tapi kepada semua muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia, semoga mereka berada dalam kalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah...

adik tgh bakar lemang

berbalik kepada cerita saya, raya tahun ni keluarga kami pakai baju tema purple di hari raya pertama..ok sebelum tu nak dijadikan cerita tahun ni kat kampung tu buat sembahyang raya awal berbanding biasa, saya kakak abang dan adik yang memang biasa pergi lambat pergi macam biasalah...tapi, kami tak dapat masuk pun dalam masjid..ya rabbi, ramai betul jemaah tahun ni...semua anak cucu balik kampung gamaknya, sebenarnya boleh je kan letak sejadah solat kat luar tu tapi tak ada inisiatif langsung makanya kami pulang tanpa solat raya hari tu..sadis tak?hohooo...



tema pink, kuning, purple....satu keluarga satu tema..hehee


pagi tu family kitorang buat nasi dagang...yummms!! lama gila dah mengidam nak nasi dagang, apatah lagi masak sendiri dengan nasi yang perh sedap dan kari yang menyegat memang tak sah kalau makan tak menambah...satu lagi tahun ni saya yang jadik tukang perah santan untuk lemang, rendang, kari agak banyak jugaklah mak oii...sampai sekarang macam agak trauma nak mesin kelapa yang pakai mesin putar2 tu haa...bukan apa, dah ada kejadian 2 tahun lepas yang jari hampir terputus *hiperbola* sebab kena mesin...tapi sumpah sakit gilaaa..terkoyak rabak isi kulit jari gua, bole bayangkan tak? :( sampai sekarang adalah parut sikit..huhuuu



lepas semua orang pulang, macam biasa perkara wajib bersalaman dengan semua ahli keluarga, dapat duit raya dan bergambar..heheee...lepas tu baru berziarah rumah sedara mara, tapi hari tu keluarga adik nenek beramai ramai bertandang...ramailaaaa...full house gitew!


siblings!!heheee..ehh mana lagi 2 orang ni, tak cukup geng ni...kakak sulung dgn adik bongsu kemana haaa..

lepas tu kami ke rumah mak cik adik kepada abah jumpa mak sedara ngan cousin semua...wahh da besar2 semua sepupu aku ni haa...

 8 orang semuanya adik beradik diorang, mana lagi 2 orang berjalan ke mana pun tak tahulah...oh yaa, yang sulung tu pergi beraya dengan tunang dia katanyaaa..tahulahh ambe..haha...


with the one and the only cousin aku yang sebaya, dah nak kawin jugak nii...ohh rasanya dulu kami sama tinggi je, mungkin dia pakal heel tinggi agaknya aku pakai flat,hahaaa...lagipun dia dah kerja buat apa tunggu lama-lama ye dak? :D


petang tu pergi ziarah adik beradik nenek dan keluarga sampai maghrib baru pulak...perut tak payah nak katalah, rasanya lebih kurang 5 buah rumah tu dah cukup untuk membuatkan perut kitorang ni bloated penuh!! almaklumlah raya pertama, nafsu makan membuak buak tinggi semua benda nak makan kannn...inilah waktunya org yang nak naikkan berat badan boleh ambil inisiatif, tp yang nk kurangkan cemano?tu yang jadik masalah tu...macam dipam pam dah jadinyaaa...


 we are sisters!!nak pergi beraya 2nd day :)

masuk raya kedua orang dah ramai buat majlis kenduri kahwin dan rumah terbuka sana sini....daan aku ada yang tak ikut pun, stay kat rumah layan rancangan raya..heheee...ok that's it!!thanks for reading :)







Monday, September 3, 2012

suatu kisah sebuah cerita...auchh!! sakittt :(

Assalamualaikum...

Cuba teka saya kat mana, cuba tekaaaaa..hehehe..saya tengah duduk di atas kerusi merah menghadap pintu yang terbuka luas dan di dalamnya ada seorang pelajar berbaju kurung dan bertudung putih berkain biru..baju sekolahlaaa...kat depan saya ni ada satu tv dan siaran wanita hari ini sedang terpasang....ada banyak gambar gambar dan artikel  berkaitan kesihatan kat depan mata..


Ada orang tua muda,perempuan lelaki semua ada...ermm saya sebenarnya tengah menunggu turn untuk masuk jumpa doktor kat klinik sg tong ni..kenapa saya di sini?? kenapa saya nk jumpa doktor? saya sakit apa?bukankah saya seorang yng sangat tidak suka ke klinik dan berjumpa doktor? 

Meskipun saya bakal doktor,insyaAllah dan hospital bakal menjadi rumah kedua saya, saya tetap tak suka ke klinik...bahahaha...bukan takut cuma tak nak...apa barang nak takut kan...tapi itu kisah dulu laa...kini dah makin suka  ke klinik or hospital sebab nk tengok cara doktor bekerja...

Aku masuk, disuruh berbaring....sebelum kena cucuk, doktor cakap "awak nnti krja cucuk orang jugak, apa salahnya rasa bagaimana sakitnya kena cucuk sekali sekala"hehehe...aku dibius,ohhh..sakit...sebelum cucuk baca bismillah :D

Dah siap.. aku tak lupa ucap terima kasih pada doktor dan nurse...itu pun dah cukup bermakna pada mereka menunjukkan yang hasil kerja mereka dihargai...hanya sepatah pperkataan itu sahaja dah boleh menukar mood dan suasana...

Ok...saya sakit apa?itu rahsia..siapa yg follow twitter mungkin tahu,hiks...till then, thanks for reading!

-via blackberry..ngeh2

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...