nuffnang

    Thursday, April 25, 2013

    Jaa's story kembali lagi...ngeee

    Bismillah...

    Jaa's story ni banyak kisahnya...dari tahun 2009 sampailah sekarang, 2013...

    dari zaman intec banyak sangat kisah dan memori dalam blog ni, sangat sayang seribu kali sayang sebab blog ni banyak saya tulis pasal jatuh bangunnya saya....kisah sedih saya bila dapat result A-Level yang tak seperti yang dijangkakan, kisah saya bersama kengkawan...kisah saya dengan futsal dan silat...yeee saya sangat menggemari aktiviti luar, maksudnya saya ni jenis yang suka berpesatuan, suka bersukan tak suka duduk terperuk dalam bilik saja dan bukan juga seorang yang rajin belajar..hamboii...kisah sedih dan gembira semua saya coretkan...dulu setiap hari saya akan update blog, kengkadang boleh jadi sehari 3-4 entry...


    dulu ada dua sebab nak tulis blog, satu dapat side income...yeay, adalah dapat beberapa ratus ringgit...masa tu rasa passion sangat dengan blog, keluar dengan bloggers yang lain...saya aktiv dekat group forum and facebook blogger....keluar dan join event sesama blogger, dapat tips nak dapat follower banyak dan macam-macam....tapi serius, pengalaman tu sangat berharga, paling pun tidak saya dah jumpa dengan beberapa blogger terkemuka, pernah hang out dengan mereka dan dengar kisah bagaimana mereka boleh dapat beribu riban sebulan..ada yang berhenti kerja penjawat awam dan jadi blogger sepenuh masa...tapi memang betul la, ramai orang boleh jadi popular dan hidup mewah hanya dengan blogging, kalau tahu cara dan rajin...



    blogging ni boleh tambah kawan, saya dapat banyak kawan baru yang dah kerja, yang still belajar...diorang ni memang mantap...ada yang photographer hebat, buat website cantik, ada juga yang buat online shop...membina jaringan dengan blog, senang sangat nak berniaga kalau dah ada nama, seba  tu artis yang pandai buat duit kalau dia berniaga cepat je orang nak beli..sebab apa? orang suka tengok dia pakai...orang nak tiru apa yang dia buat, baju apa yang dia pakai..walhal dia hanya menggayakan saja..


    contoh pencuci muka..mungkin dia tak pakai pun tapi sebab gambar dia terpampang dekat ruang iklan, dekat tv dan dia menceritakan lagi betapa bestnya pakai pencuci muka tu maka ramai orang nak beli jugak...saya rasa benda boleh sangat nk implimentasi dalam dakwah...sama saja, mungkin fikrah yang lain...kalau kita nak suruh orang ikut kita dan suka dengan apa yang kita buat kita kena tunjukkan dekat mereka betapa bestnya apa yang kita tengah buat sekarang ni, betapa kita yakin jalan yang kita pilih ni jalan yang terbaik...kita kena tunjukkan qudwah hasanah, rapat-rapat dengan mereka barulah mereka nak ikut kita...kalau pencuci muka tu nak jadikan muka cantik dan putih, kita punya matlamat yang jauh lebih besar dari benda tu...nak dapat redha Allah dan syurga ^_^ 

    baru-baru ni blog ni ditutup selama 3 bulan...mula-mula tak terfikir pun nak tutup tapi hari tu blog ni kena suspended sebab google kata ada something yang tak kena dengan term and condition yang telah diorang terapkan, tak tahulah kenapa...then, hantar emel dan tanya kenapa kena locked...team google akan review blog ni balik tapi al-kisahnya kena suspended tu sebab ada hacker yang hack blog saya...macamana saya boleh tahu??ermm saya ada facebook page jaa's story on the blog dan haritu saya rasa macam nak check admin tetiba ada yang admin nama kami black hacker..ya Allah...macamana boleh ada ni? saya terus remove dan tukar password..dia bukan setakat hack facebook, dia hack emel termasuklah blog ni...saya minta dia pulangkan balik tapi semalam, dah masuk 3bulan baru dia kasi balik...sebab tu saya terpaksa privatekan blog ni dan tak update apa-apa...nanti keluar pulak post yang entah apa-apa...


    hari tu ada black hacker ni post something yang sangat unappropriate, gambar perempuan seksi separuh bogel dengan tajuk post yang sangat teruk dan tak perlulah saya nyatakan di sini...seolah-olah saya sedang mencari mangsa, atau saya ni sindiket pelacuran, nauzubillah!! jahat kan? tak tahulah kenapa manusia ni banyak yang ada perasaan dengki dan nak kacau orang...saya tak pernah nak kacau sesiapa pun, tapi mungkin Allah nak uji saya, saya tak cepat melatah tapi saya kasi dia masa untuk pulangkan balik blog ni...saya pernah tweet, memanglah saya sedih tapi saya kata better buat private blog ni daripada nanti dia post benda-benda yang lagi bukan-bukan...alhamdulillah, pak cik hacker semalam emel saya dan dia cakap yang dia nak pulangkan balik blog ni...saya berterima kasih dan saya cakap terima kasih sebab menguji kesabaran saya, sebenarnya saya macam dah tak berharap untuk dapat blog ni balik pun...


    saya dah ada buat dua blog baru, dan dah update beberapa entry, tapi saya rasa tak kena dengan jiwa..entahla, kekadang menulis tu tak pakai hati..rasa kering dan kosong....apa yang nak diluahkan tu tak terluah, takut juga main tulis tapi maksud tak sampai...cuba jugak tukar emosi tapi kekadang takut tulis tu macam jadi orang lain, hipokrit sangat...tak masuk dengan jiwa, takde blog lain yang boleh gantikan jaa's story di hati saya..heheee..kalau saya update kat sini saya rasa best tak macam update dekat blog lain...ada blog sinaran saira tu tapi saya sangat malas nak update..woooo..lepas ni saya rasa nak update blog ni rajin-rajin sikit..hihii...saya pernah cakap saya nak menulis dalam ni sampai tua, nanti bila tua boleh baca balik, ohh macam ni rupanya aku time umur dua puluh..insyaAllah kalau umur panjang..


    hermm...kang dah terlebih panjang pulak, alhamdulillah dah terluah semuanya apa yang nak diluahkan...kena bersiap nak pi kelas pulak satgi :D 





    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...