nuffnang

Sunday, July 19, 2015

Raya di perantauan 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Its the third of syawal. Alhamdulillah for this opportunity. Sebulan berpuasa (for girls biasalah xpernah full -_-) dan di hari lebaran ni meraikan Kemenangan... Cuma apa yang beza skit tahun ni first time beraya di perantauan...


Biasalah dapat cuti raya dua hari, jumaat sabtu. Memang xsempat pun nak balik...lagipun tiket domestik kl-terengganu mahal kemain...lebih mahal dari jakarta-kl...hmmm...kalau naik bus alamatnya beraya dalam bus ler, ticket bus pun da xda juga masalahnya...huhuu...jadinya memang decide xbalik raya...lagipun dah mindset awal2 kalau dah koas memang susah nak dapat cuti lama macam tengah pre-clinic dulu...


Kalau diikutkan jadual yang asal memang aku kena jaga kat igd a.k.a emergency pada hari raya tu. Tapi dah minta tukar dengan groupmate dengan segala budi bicara dan group mate yang memang baik hati dapatlah kita beraya sampai raya ke-3.


Jadinya selepas habis poliklinik hari jumaat tu aku dan dua orang lagi roommate, Malaysian juga pulang ke Tanjung Duren untuk menyambut hari raya di Kedutaan besar Malaysia.



Pagi pagi raya kami naik teksi ke Kedutaan besar malaysia...rezeki dapat merasa macam2 Makanan malaysia walaupun xbalik raya..ada nasi impit, beriyani dan lemang..cuma xberapa lengkap sebab xde ketupat...alahai, inipun dah cukup bersyukur...tak ramai students tahun ni, ramai balik Malaysia dan yang coass pula ramai yang jauh xbalik Jakarta....


Dapatlah juga bertemu kawan-kawan bila beraya kat sini..ok nak post gambar jela...

 All Malaysian students yang tak balik dan datang beraya di Kedutaan besar Malaysia, Jakarta. Ada juga yang tak balik tapi tak datang dan ada juga yang jauh..kalau still pre-clinic memang biasanya campus akan bagi cuti seminggu.



 Batch 2011. Hanya kami berempat. Heheh...yang lain ramai sedang Koas di jawa tengah. 
And yeah. Foto wajib haruslah foto diri sendiri berlatarbelkangkan banner yang besar gedabak tu Kan..haha. Tanda pernah beraya di sini. Tahun depan tak tahu lagi, kalau konsulen baik kasi cuti bolehla balik, kalau tidak mungkin di sini lagi. Kalau tidak pun mungkin di luar kota yang kejauhan. :(


 Ini pula housemates yang tak balik. Hanya berempat saja tahun ni, yang lain ramai balik...


Pergi kepo ke meja mereka. Heheh..Makanan da habis, tak sempat nak ambil gambar makanan yang belum dimakan, gara2 terlalu lapar melihat pelbagai juadah yang terhidang. Oops bunyi macam gelojoh sangat. :D 


Ok dah. Banyak lagi gambar, tapi cukuplah sekadar itu yang aku tempelkan di sini...ini aidilfitri yang pertama di perantauan, tapi rasanya bukan yang terakhir...tahun depan Koas lagi, tahun tahun kedepannya mungkin kerja xdapat cuti..hohoho...nanti kalau dah nikah kena ikut suami beraya rumah mertua pulak..oh okey itu lambat lagi, paling awal 3 tahun lagi..insya Allah...


Oh yaa..balik dari Kedutaan tu kami plan nak pergi ke pulau pada keesokan harinya, days kedua...memang gamble backpacking habis, nantikan post seterusnya..nanti aku update nak cuci baju dan mop lantai sekejap..


Ok till then, thanks for reading :)





Post a Comment

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...