nuffnang

Saturday, January 17, 2015

erti hidup pada memberi

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum saya tulis dengan lebih lanjut, saya nak share one of resolution saya untuk tahun 2015 yaitu banyakkan memberi...when you give, u get more..bila kita memberi insya Allah kebaikan tu akan datang pada kita balik, bahkan berlipat kali ganda Allah beri.

Kalau kita tolong orang susah dan memerlukan, jangan rasa pertolongan kita tu merugikan diri kita, dan hanya menguntungkan pihak lain. Sebenarnya kita sebenarnya memberi kebaikan buat diri kita. Pahala amal itu akan tercatat dalam lembaran buku amal kita dan siapa tahu amal itu boleh membawa kita ke syurga, kan :D

Saya suka dengan kata-kata

 "erti hidup pada memberi"

Maksudnya bila kita tidak memberi, bererti  hidup kita tak bererti kan?kalau difikirkan memang betul, hidup bukan untuk diri sendiri tapi sebab segalanya yang kita ada hari ini bukanlah milik kita, tapi pinjaman dari Dia yang mana ESA. Susah, ya memang susah tapi  insya Allah sama sama kita berusaha.

Lalu ada yang bertanya, nak beri apa? Apa yang kita patut lakukan?saya tidak punya apa apa untuk dineri, terus bagaimana? =="

sebenarnya banyak perkara dalam dunia ni yang kita boleh buat tak semestinya benda tu perlu besar, hanya dengan benda kecil seperti senyuman pun boleh membuatkan orang yang melihat kita turut sama rasa bahagia. Dapat pahala sedekah senyum lagi, tak gitu?


Saya dulu selalu tulis, bila dah stop tulis ada yang bertanya kenapa dah tak tulis dan ada yang cakap supaya teruskan menulis, mana tahu ada tulisan tulisan saya yang boleh membantu orang diluar sana.

Mungkin saya tulis tentang pengalaman biasa, tapi bila mana ada yang membaca dan terkesan serta boleh dijadikan iktibar Dalam hidup, boleh menyentuh mana mana hati di luar sana, siapa tahu kan? :)


Saya rasa saya tak mampulah. Sadalamkan hebat macam orang lain, saya tak banyak ilmu macam orang lain, saya takut apa yang saya cakap nanti salah dan macam macam lagi benda benda negative keluar dari mulut kita. Semua benda kita rasa  tak boleh dan tak mampu.


U will never know if you never try

Bila mana saya membaca, atau saya terkesan, ada ada hal yang menyentuh hati saya atau saya ada terfikirkan sesuatu saya akan cuba kongsi dan tulis. Insya Allah..

Salah satu sebab saya beli tablet ni sebab saya nak tulis langsung dalam blog bila mana saya rasa nak menulis, di mana sahaja, kapan sana,,,sekarang ni saya dalam bus menuju ke jatinangor ada daurah
 di sana..Hehee..nak jugak tulis :p


Usrah minggu lalu murabbi ada bertanya, kita nak meninggal dalam keadaan bagaimana? Apa status dan keadaan kita masa tu dan kami diberi masa seminit untuk berfikir.


Jawapan saya ialah benda yang saya cakapkan diatas. Kalau boleh sepanjang hidup saya saya nak banyak2 berbakti pada orang, memberi pada orang dan berbuat amal bakti untuk diri dan orang lain  sebanyaknya agar semua itu bakal menjadi saham saya bila saya meninggal kelak.

Ilmu yang bermanfaat, amal jariah akan dapat pahala yang berterusan walaupun time tu kita dah meninggal...itulah harapan dan cita cita saya, kalau boleh saya nak bina masjid atau tempat belajar supaya tempat tu boleh digunakan sebaiknya dan pahala amal akan sentiasa mengalir pada diri ini yang amal pun sentiasa compang camping.


Kalau boleh saya nak membina manusia..manusia yang faham Islam dan boleh menjadi manusia yang membina orang lain juga. Menjadi salah satu puzzle atau batu bata yang membina semula bangunan Islam insya Allah..Islam itu pasti akan menang pada akhirnya dan semoga kita adalah salah seorang penyumbang, bukan sekadar pemerhati dan berborak kosong sahaja...

Semoga Allah sentiasa menuntun kita berada di jalanNya yang benar.tadi saya ada up satu status di muka buku.

"Tidak cukupkah syurga sebagai motivasi"

Iya cukup.
Malah lebih dari cukup.
Inginku ke syurgaMu ya Allah.
Bertemu rasulullah para sahabat, orang mukmin.
Yang lebih utama pasti berjumpa Allah s.w.t :D


Terus bagaimana?

Berbuatlah, beramalah.
Kerana kita tidak selamanya di dunia,

Biiznillah ^_^

Saturday, January 3, 2015

cuti singkat akhir tahun dan post pertama 2015

Assalamualaikum.

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.

its 2015!!! sekejap je rasanya. pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru lagi, hmmm...umu pun dah nak cecah 24. opss, tua sangat rasanya, umur makin memendek sebenarnya, lilin kehidupan semakin memendek, makin dekat kita dengan kematian.


sepanjang 2014 terlalu banyak perkara yang berlaku sebenarnya, kalau tengok dari dunia macam-macam hal terjadi...orang islam kat syria, gaza, mesir melalui saat-saat gentir menentang kejahatan demi Islam. subhanallah. kalau tengok di malaysia pula macam-macam hal berlaku, dengan flight MH370 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita, MH17 yang ditembak dan terbaru pesawat air asia indonesia QZ8501 jatuh ke laut, sewaktu post ini ditulis pihak berwajib masih lagi mengumpulkan mayat-mayang mangsa di sekitar pulau belitung....sekarang ni pulak masih lagi berlaku banjir di pantai timur terutamanya..kalau tengok di kuala krai dan manik urai sedih sungguh rasanya, ada yang langsung hilang rumah..huhuu...


untuk aku sendiri, ada juga tragedi kena pukau rp8 juta rupiah. pengalaman yang takkan aku lupakan dalam hidup...yang berlalu biarkan berlalu...tapi ada juga pencapaian aku untuk 2014 ni, alhamdulillah baru je dapat lesen. gembiranya bukan kepalang! bukan apa dahla cuti sedikit dan aku hanya ada 5 hari untuk datang kelas dan langsung ambil test JPJ.orang lain minimum ambil sebulan kot, advance terlebih...huuu...walaupun tak berapa reti bawak, tapi aku dengan gigihnya belajar dan focus dan Allah permudahkan :)


tahun ni jugak aku balik malaysia paling banyak sepanjang 4 tahun belajar di jakarta iaitu 3 kali setahun, biasanya balik 2 kali je setahun, waktu cuti semester...bulan 12 biasanya aku akan travel dalam indonesia dan pergi program. macam tahun 2011 aku dah pergi surabaya, travel naik gunung bromo dan pergi malang, pergi hamka dan permai... 2012 pergi sekitar puncak dan bogor, dan pergi hamka juga di puncak...untuk 2013 pergi ke oasis dan jalan2 di jogja, pergi naik gunung merapi dan candi-candi. tapi Alhamdulillah Allah sampaikan aku di malaysia.hiks.


bulan 2 haritu balik untuk buat lesen, tapi sempat ikut kelas KPP dan buat L je.tak sempat test sebab cikgu kata  lesen L kena matang sebulan baru boleh test. lepas tu balik september, time raya kengkonon dan test, tapi cikgu cuti seminggu sebelum dan seminggu selepas raya, sama dengan cuti aku...time tu cuti sekejap sebab ada osce. jalan pun sibuk sangat-sangat time raya, tapi alhamdulillah kali ni walaupun balik sekejap juga, 2 minggu seminggu pertama direct pergi tempat buat lesen. flight dari jakarta sabtu malam, stay overnight di klia2, esoknya balik terengganu tapi flight delay sampai di airport terengganu pukul 6.30 petang. esoknya hari isnin baru call cikgu cakap nak pergi belajar memandu dan test, cikgu langsung booking tarikh haritu jugak. cikgu kata esok jumpa untuk ambil lesen L, pergi renew dan langsung ke kelas memandu.


aku dahla pernah bawak sekali je kereta time buat L, tapi gaya confident tinggi betul! cikgu kata awak boleh bawak kereta? aku cakap, bolehla sikit2. padahal, memang xpandai!!! sebab nak yakinkan cikgu aku dapat buat dalam masa seminggu :P datang first day langsung belajar semua benda tapi aku terkejut jugakla bila cikgu cakap sekarang ni format dah lain sikit, ada RPK (rutin pemeriksaaan kereta), RSM(rutin sebelum memandu), lepas tu ada tambahan kena lalu litar bentuk z dan s.bayaran pun bertambah!tapi kalau tak buat sekarang, nanti lagi susah, lagi ada banyak tambahan lain lagi.

so, selasa, rabu, khamis, jumaat sabtu aku pergi kelas. selasa rabu khamis sesi pagi petang, hari jumaat pagi je dan hari sabtu pagi belajar kejap lepas tu ada QTI dan petang belajar kejap. time QTI aku aku langgar benteng time buat pusingan z. memang sedih betul rasanya, huhuuuu...pagi2 nak pergi test cikgu cakap dalam kereta nanti time dekat laluan z tu dia suruh aku brek dulu dan pusing kereta slowly sebab aku maybe salah sebab tangan aku xberapa cepat untuk pusing stereng. alhamdulillah teknik tu menjadi!

ahad tu punyalah berdebar, aku punya turn no.19. cikgu bagi kunci kereta siap2, kereta yang aku dah biasa pakai waktu practise....cikgu takde pun sebab dia ada hal kena bawa ayah dia pergi ke bandar..awalnya kena buat RPK dan RSM dahulu, ada orang yang tak tahu kena langsung buat RSM dan dia fail langsung bahagian 2, tak sempat dah naik bukit parking apa semua. langsung ke jalan raya, bahagian 3. time buat tu lupa nak bagitau tayar simpanan. lepas tu menunggu untuk buat bukit tu punyalah berdebar sebab orang 1st dan second semua kandas dekat bukit. tapi lepas tu ramai je dapat..alhamdulillah dapat buat dengan baik cuma time parking sisi aku keluar balik dan cari penanda sebab tak yakin...

so hari ahad dah lulus test lesen, hari isnin aku bawak ma dan adik2 ke rumah maksu dan teh...bawak balik sepupu dia nak datang rumah..hari selasa pergi hantar pakaian untuk mangsa banjir, bawak ma sekali dan nak hantar sepupu balik....kitorang singgah pasar malam dan beli makanan dan keropok ikan untuk bawak balik jakarta. hari rabu lesen siap! yeay! aku drive sendiri pegi ambil lesen kat tempat menunggu bus macam biasa, sampaikan depa cakap lesen tak dapat dah drive sendiri..hihiii...hari khamis aku drive ke kampung buluh, awalnya nak settlekan urusan adik buka akaun bank tapi cip mykad dia tak menjadi pulak, so bawak abah jugak pergi bank, beli barang2 buat kek coklat dan kek batik.sambut bday ma dan abah kecik-kecik.




lesen baru..heheee


jumaat, pepagi lagi kemas rumah, basuh baju2 dan masak nasi dagang! my all time feveret :) packing barang siap2 dan pergi airport. tengok! singkat tak singkat cuti kali ni, naik flight malindo turun di subang. kecik je flight...alhamdulillah 7.40pm selamat tiba di subang dan langsung ke klanf, pak sedara ambil. now stilll kat klang tengah menaip. plan nak pergi rumah kak long, tapi tak jadi suruh dia je datang sini supaya senang nanti suruh pakcik je hantar kat airport. flight balik jakarta pukul 7.50 pagi...tetiba bila kita dah beli tiket baru cakap ada kuliah pukul 7.30. lantaklah ye..mujur kuliah je...huuuu...
pemandangan senja dari atas...subahanallah amazing :3


isnin balik jakarta, langsung kena pergi print makalah untuk hantar...selasa pbl 3, rabu pbl 4, jumaat integrasi 1 dan sabtu pleno. ohhh apa benda pun belum study ni untuk inte 1 :O sebenarnya tengah buat makalah tapi terasa macam nak menulis sesuatu tentang lesen sebenarnya..heeee..


ok thats the end of my 2014 and my short holiday!


semoga 2015 memberi sinar baru.
nak kena jadi better dari segala benda, pencapaian diri, akhlak dll.
nak cepat2 lulus, koas dan grad dari ukrida, insya Allah.


sesaja try baju sekolah baru adik...memang nampak macam budak semolah kan? no wonder orang ingat aku still budak sekolah padahal dah 6 tahun tinggalkan sekolah.


^^


nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...