nuffnang

Monday, February 16, 2015

seniority

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah masuk tahun ke-4, maksudnya dah ada  4 batch junior dekat campus. Kita ni boleh dikategorikan sebagai kakak la kan?? Dah tua kee T_T mungkin lebih matang, tapi kita forever21 hiks..

Tadi pergi campus, seperti biasa naik lift untuk ke kelas Di lantai 6. Awalnya aku masuk dulu dalam lift, xada orang lain..,sebaik sahaja aku nak tekan butang tutup, tetiba segerombolan adik2 junior angkatan 2013 rasanya...lari dan tergopoh gapah masuk...sebab dia lari dia langsung tak perasan aku dah ada kat dalam dan macam tolak sampai hampir jatuh macamtula...sebenarnya time tu aku macam tak berapa ada mood sangat, penat jalan kaki kot, kononnya la...tapi agak geram la jugak sebenarnya...

Adik yang langgar tu muka cuak kemain dan minta maaf....kawan kawan dia pulak macam xcakap "eh lu langgar kakak tu, dia marah dah..abislah kamu" Dan beberapa kawan dia lagi macam kenakan dia... Aku okey je, langsung xda apa2 rasa nak marah ke apa tapi lepas kawan kawan dia macamtu aku rasa macam krik2...haaa dahlah lantai 6...tapi baguslah adik2 at least ada rasa respect senior, adik2 group time aku jadi facilitator program orientasi mereka pun still ada tegur tegur lagi.

Sebenarnya nak flashback zaman sekolah dulu, kekonon bila dah senior mulalah rasa besar, suruh adik junior buat itu ini, diri sendiri tak sempat sangat dibuli senior sebenarnya sebab masuk lower form kami adalah first batch, dan bila pindah sekolah form 4 tu dah kira senior la jugak.....maafkan diri ini adik2 seandainya akak pernah 'meminta tolong' kamu ambilkan air, makanan, potong queue dll.... Dulu dulu akak ikut geng...kononnya gangster, konon jela --"





Biasanya seniority ni nampak kat asrama je, Dan antara yang aku ingat dan berdasarkan pengalaman kawan2 cerita adalah:

1.minta adik2 junior ambilkan makanan dekat dewan makan sebab hakak ni malas nak turun ambil makanan especially hari cuti...biasanya duduk dalam bilik tidur dan Santai Santai menunggu makanan sampai yang dah siap ditapau dalam Tupperware, makan Dalam dorm..ish2.


2. Minta adik2 ambilkan air minum sejuk/panas...kalau di asrama dulu, tempat Water cooler/heater tu kat floor paling bawah..so bila bilik kat atas macam malas nk turun ambil air nk buat Maggi/Kopi dll.


3. Minta jemur, angkat dan iron pakaian...kesian adik2 Yee...kang baju terhangit je, terhilang me adik2 tu jugak yang kena marah..


4. pau makanan junior. Ini memang sadis, jahat betul kekakak ni kan!

5. Potong queue nak ambil makanan dekat dewan makan dan time nak beli Makanan kat kantin.

6. Conquer bilik tv, bilik iron, wakaf tempat berehat dan sebagainya. Sian adik2 yang nak masuk usha intai macam tu je, takut kot dengan senior...heheh..

Dan banyak lagilah sebenarnya. Tapi bila dah masuk uni ni takde dah senioritu ni semua, paling pun kisah macam dalam lift tadi....dah xde apa dah, zaman sekolah je semua tu especially yg boarding school.

Dah lama tak menulis  entry sebegini sebenarnya...ini pun sebab menunggu sesuatu, teringat kisah tadi dan dapat idea..sebaik baiknya kita ni kalau boleh janganlah buat macam ni, tak perlu pun ada seniority dan buli2 kat sekolah ni....kita ni sama je di sini Allah,hamba biasa rambut sama hitam mungkin yang beza hanyalah keimanan kita di sisiNya.


Moga amal amal kita Allah terima dah redha.
Asiff jiddan seandainya diri ini pernah menjadi senior yang jahat di waktu sekolah dulu walaupun rasanya baik je zaman sekolah dulu, disayangi adik2 gituuu...hahaaa...


Ok till then.

Tuesday, February 10, 2015

hujan dan ujian

Assalamualaikum.

Hujan kat luar belum menunjukkan tanda -tanda nak berhenti. Hujan Dah lebih 36 jam non stop..semalam hujan lebat kemain ya rabbi! Faham faham sajalah kota Jakarta kalau hujan xberhenti seharian macamni pasti banjir..tempat tempat yang tak biasa air naik pun sekarang dah naik apatah lagi yang sering menjadi mangsa banjir tiap tiap tahun kan... sampaikan air boleh naik depan rumah kami..tumben -_-"


Semalam Dah start exam her osce, dan untuk sesi pagi masih pagi boleh datang campus melalui Jalan yang masih boleh dilalui. Tapi sesi petang dibatalkan!!takut takut semua orang tak dapat balik Dan terpaksa berkampung Di ukrida sebab jalan semua naik air... padahal campus lain Dah start cuti, dah keluar Surat menyatakan segala activity campus diliburkan kerana banjir..kesian mereka yang masih tetap kena pergi campus sebab nak exam, meredah banjir separa lutut kot...bukan apa, di kota jakarta ni banjirnya dipenuhi sampah dan tikus tikus takut juga ada yang terkena leptospira nanti.


Semalam batch 2012 exam yang sepatutnya pukul 9 dimundurkan jadi pukul 1 petang...Ada beberapa orang yang Dah Beli ticket terpaksa batalkan sebab nak exam. Begitu juga dengan kami, Ada yang dah siap beli ticket balik Malaysia, tapi apakan daya hujan dan banjir bukan dipinta...memang dah kena set in mind waktu2 macamni memang musim hujan di Jakarta, antara Jan, feb,Mac...kalau di malaysia kan disember...itupun still Ada lagi yang tak habis bersihkan sisa banjir...bertabahlah ye, Allah dah aturkan yang terbaik untuk  kita semua :)




Tidur pun best cuaca macamni tapi takkanlah sepanjang masa nak berselimut kan! Tak productive langsung. Be a productive Muslim please :D so here, I'm writing something so that my brain will start working early in the morning. Hmmm...sepatutnya aku Ada ujian pagi ni tapi dimundurkan jadi hari jumaat, jadinya aku duduk kat rumah la ye beberapa hari ni...malam tadi saja la call ma dan cakap Jakarta banjir.. Risau terus dia, duduk kat mana sekarang? OK x tu?rumah macamana? Bertubi tubi pertanyaan yang keluar...hehee...how could I not love u mum? Kalau Kak jaa Dah abis study, nak kerja dekat dengan rumah heee, boleh tengok ma selalu...ma pun Dah 50 tahun dah...sekejap je masa berlalu..



Ada plan untuk berjumpa dengan dr.beni, cardiologist from ijn, co-outhor of diagnosis2. Kisahnya I follow him on twitter and he asked if any students in Jakarta want to get diagnosis2 from him when he is In Jakarta on 11th feb. I replied and and told that I want and currently studying in Jakarta..unbelievable he follow my twitter and  message me asking about that...hahaha..he will be in Jakarta from today till tomorrow noon. So I asked my friends who wanna get a copy of diagnosis2 and make plan to meet him tomorrow morning. Maybe my friends and I can get any tips from him to survive as a medical student, doctor and specialist one day, insya Allah..who knows I can be a cardiologist one fine day..i want to be cardiologist after watching japanese series 'team medical dragon'.. I really admire the cardiac sugeon in that series: Asada Ryutaro..heheh ^^ *still thinking bout that:obgyn/cardiologist/othopedic



tetiba cakap pasal dr.beni tulis I'm English kan... Hahaha..seriously i really need to polish and improve my english..grr!!! Here we study in bahasa Indonesia, main language in bahasa indonesia and we mix with local students or people call 'anak gaul' lolz..somehow  we still use English books for reference such as Harrison internal medicine, oxford clinical medicine , nelson etc yet still not enough... We really need to learn more when we already finish our studies and start housemanship soon...



I suvive 3.5 years in medical school!! Alhamdulillah...another 1.5 years to go! :)

Salah satu waktu Mustajab berdoa adalah waktu hujan, jom doa banyak banyak...kuat kuat..semoga hujan ini hujan yang bermamnfaat, semoga Allah permudahlan segala urursan kita hari ini dan kedepannya, semoga Allah mengampuni dosa dosa kita pada masa lampau dan akan datang dan semoga kita sentiasa di bawah perlindungan dan rahmatnya....ameen allahumma ameen :)


Thanks for reading <3


Friday, February 6, 2015

majlis angkat sumpah doktor angkatan 2009

Assalamualaikum...

Alhamdulillah atas segala nikmat kurniaan Allah s.w.t sebab masih lagi memberi peluang untuk kita hidup pada hari ini, untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Dia insya Allah..sekarang ni dalam fasa akhir2 pre-klinik. Alhamdulillah Allah permudahkan. 



update harini just nak share tentang majlis angkat sumpah angkatan 2009 yang berlangsung baru-baru ini.sekalung tahniah buat kakak-kakak dan abang-abang yang dah berjaya bergelar doktor, seramai 50++ orang doktor baru yang dilantik. majority adalah anak Malaysia, sebabnya kalau indonesian mereka mesti tunggu ujian UKDI (ujian kompetensi dokter indonesia) terlebih dahulu. majlis tersebut terasa sangat 'malaysia' mungkin kerana ramai kakak2 malaysia, kemudian ucapan dari wakil pelajar tu banyak bercakap tentang pengalaman mereka kat sini. rasa sangat best sebab mereka ramai, rasanya satu angkatan ada dalam lebih 80 orang kalau nak dibandingkan dengan kami yang cuma bertiga belas.




masih ingat lagi masa zaman muda-muda dulu beberapa tahun lepas ada cakap dekat mereka bestnya nak koass! dah habis 30 blok! tapi Alhamdulillah hari ni saya pun dah settle 30 blok, ermm cuma ada lagi satu blok nak kena ambil di semester pendek yang akan mulai next week. kemudian dah ujian osce jugak dan selasa ni ada lagi dua stasion, doakan saya dapat lulus semua!! doakan saya dapat cepat-cepat masuk koas jugak dan habis! terima kasih doakan! <3 love untuk korang...hiks!heheee...



koas adalah clinical year lah sebenarnya atau nama panjangnya co-assistant..insya Allah kalau dipermudahkan Allah saya akan masuk koass tak lama lagi :) saya jenis yang suka practical berbanding theory, sebab tu teory tak berapa mantaps, alasan la kot  >_<' saya nak belajar bebetul dan grab banyak-banyak ilmu dan experience agar saya boleh jadi doktor yang bijak dan berjaya suatu hari nanti. terima kasih jugak doakan!heeee..banyak bercakap hal diri sendiri..target saya nak jadi doktor ummah, bukan sekadar rawat penyakit yang mereka alami tapi rawat jiwa patient jugak, doakan mereka, ingatkan mereka suruh ingat Allah, ingat solat dll. :)



oh ya majlis pada 27 january haritu diadakan di auditorium ukrida.ramaila jugak mak ayah dan adik kakak yang datang bersama-sama memeriahkan majlis dan beri sokongan kat anak-anak yang bergelar doktor ni. mak ayah mana yang tak bangga dan gembira, anak dah dapat title doktor kan...turn saya dua tahun lagi, insya Allah...semoga ma abah gembira juga sebagaimana mak ayah orang lain bila tengok anak-anak mereka berjaya...



senarai nama doktor-doktor yang baru dilantik. congrats dear doctors!! be a good doctor, wait for us! heheee...alhamdulillah dah ramai alumni doktor dari ukrida dah balik dan bekerja, dari HO dah jadi MO dah...nanti bolehla bagi tunjuk ajar dekat kami adik2 ni..heee ^^



share gambar sekeping..dengan dr basirah, dr ashira dan adik2 angkatan 2013. saya ni kira senior la jugak kan, dah ada 3 junior di bawah :p jazakumullah khairan kakak dokters berdua, banyak sangat tolong dan ajar kita sepanjang di Jakarta...kak shira orang mula-mula bawak kita pergi shopping beli kasut, belanja teh poci masa second day di Jakarta dan banyak-banyak lagilah...tak boleh nak sebut semuanya, semoga Allah yang balas semuanya dan saya berdoa kakak berdua jadi doktor yang berjaya, doktor ummah dunia akhirat ^^ sama juga buat doktor2 yang lain especially kakak abang PKPMI-CJ yang pernah kerja sama-sama dulu, dan semualah yang tak dapat jugak nak sebut sorang-sorang..heheee...



inilah mereka semua bersama barisan pimpinan malaysia di jakarta, ada pak warden, prof, EM dan jugak doktor goenawan yang banyak membantu anak-anak malaysia di ukrida...terima kasih semua... tema kuning+ turqoise depa haaa...katanya kampus ada bagi pilihan warna jadi kita pilih supaya seragam semua orang...tapi cantik jugak warna ni, i like warna baju tu :)


maybe i should end this post.
tiap hari rasa nak update, tapi tergendala..heee...

besok exam skill lab blok 30, skill lab evacuation...last skill lab :)
itulah kehidupan, sekejap je berlalu..
time flies so fast, dah 3 tahun setengah jadi warga ukrida, tinggal di jakarta. tapi banyak mana benda yang kita dah grab, ada improvement tak dalam diri?hmmm...fikir fikirkan..


Assalamualaikum :)



nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...