nuffnang

Saturday, February 11, 2012

Kem kepimpinan PKPMI di Wisata Alam Baladegana

Assalamualaikum....

Beberapa hari yang lepas, habis je exam terakhir untuk semester 1, aku mengikuti aktiviti pertama dengan ajk PKPMI..Kami ke sana dengan menaiki sebuah bas, sebenarnya kem ini adalah kem kepimpinan gabungan antara PKPMI Bandung, Bogor dan Kelub Umno Jakarta (KUJ)...ok nak dijadikan cerita kami ter'stuck' di tengah jalan selama beberapa jam sebab jalan ditutup...menurut senior, aku pun tak berapa tahu jugak kawasan yang nak naik tu jalan kecik jadi dia akan tutup laluan untuk turun dan bagi peluang bagi jalan yang naik, jadi begitulah sebaliknyaa...dia buat sistem giliran naik ke puncak...nasib baik masa tu sebelah masjid jadi kami pun pergilah solat di masjid kat situ serta makan apa-apa saja yang dijual oleh orang-orang sekitar..heehe...layan gambar jelah, malas nak taip..kahkah..


landskap kat sebelah masjid...


kakak-kakak comel melepak di tepi jalan..heeehe...tepi tu ada sawah tahu..


Sebenarnya ni kali pertama aku mengalami situasi macam ni, bas berhenti berjam-jam lamanya sebab jalan tutup...agak bosan jugaklah duduk kat situ lama-lama sampai dah dekat petang dah baru boleh jalan lagii..kami sampai pun dah agak lewat hampir masuk waktu maghrib dah pun...huuhhu...



anak-anak sedang bermain sepak bola..(baca: bola sepak :P)

nampak tak kat belakang tu, ada masjid...nama masjid tu Sayidah Chadijah...macam pelik je dia eja chadijak...kenapa tak Khadijah??haaha *muka tak puas hati* biarlah tu nama tokoh kat situ kot..entah aku pun tak pasti, tapi korang boleh tengok betapa ramai orang kat situ, menunggu dan terus menunggu..huuhu..tapi rasanya orang yang main tu budak sekitar tu, bukan orang yang nak ke puncak..hehe...


ok beli siomay dulu meh!!

 rojak dan pakcik rojak xD


Kami tinggal di rumah traditional yang mostly dari buluh..wah, nampak klasik tp elegan!

 kerusi di beranda atas




 ruang tamu



 eh, sape baju biru kat belakang tu??haaha..segan je bergambar kat sini :p


 antara yang hadir..


 dapur


bersama mereka :)

 budak smp kalau tak silap, buat kem kat sini jugak










Wednesday, February 8, 2012

Balik kampung..ohhh...balik kampung

Assalamualaikum........


sape sekarang tengah cuti semester??put your hands up!!!heeee...saya sekarang tengah bercuti semester selama sebulan dan masa ini adalah masa yang paling sesuai untuk pulang bercuti di kampung..kalau tidak bila lagi??kepada anda, anda dan anda yang sedang exam, masih ada kelas bla2, selamat meneruskan perjuangan saya ucapkan, dan kepada yang tengah bercuti seperti saya, selamat berlibur saya ucapkan..heehe xD



pagi semalam dalam pukul 6 lebih saya dan 2 lagi kawan bertolak dari rumah menuju ke Soekarno Hatta airport...pak cik teksi tu tak tahulah kenapa datang awal sangat, dia datang pukul 5 lagi, saya dah pesan teksi pukul 6..hadoii, bila ditanya dia cakap memang kalau nak pergi airport teksi akan datang awal...bagus jugak, tapi macam kesian je sebab dia tunggu dekat sejam lebih dahla pak cik dah agak berumur *ciri-ciri empati ada di sini..haha*


breakfast dulu dengan nasi goreng.. thank you Haz!!! :D


Farah dengan Haz, budak comel yang selalu menemaniku..bahahaha...diorang bangun awal, sempat masak nasi goreng, farah kejut pun dalam pukul 5.20 masa tu tinggal nak packing barang-barang terakhir jela...nasib baik semuanya ok saja :D


Apa yang lawak ialah bila dah sampai dekat airport tu, turunkan barang dari teksi dan bayar, orang yang dekat situ tanya nak pergi mana, kitorang cakaplah Malaysia...pastu dia cakap ni terminal untuk domestik, kalau international kena pergi terminal dua...haaha, ok sangat lawak! nasib baik pakcik teksi tak blah lagi, kalau tak rugilah nak cari teksi lain...kitorang pun satu, tak usha dulu terminal mana main redah je!!



couple of the day! wina and Ali :)


ok beria Ali Husin suruh aku masukkan gambar ni dalam blog, kahkah...blog ni takdelah ramai sangat pun baca, bukan blog artis...tapi atas permintaan artis aku tetap akan masukkan gambar ni dalam blog cikai ni...ehem ehem ehem, kepada anda di luar sana yang rasa berkenan dekat Ali Husin ni bolehlah komen kat bawah ni ataupun kalau malu boleh emel dekat aku cakap nak berkenalan dengan Ali, nanti aku boleh settlekan...takpe, Ali ni mat romeo korang pasti tak akan menyesal punyaa..haaha.. *Ali jangan marah okeyh-JK =P




my ticket :)



Rajinkan mereka??ehem2....


aku memang menggemari posisi di sebelah tingkap sebab aku suka sangat menikmati keindahan alam semasa berada di atas terutama bila lihat rumah-rumah, manusia dan kereta jadi kecil seperti semua..masing-masing melakukan tugas sendiri...kemudian lihat gunung ganang, laut dan awan...subhanallah!!!aku sungguh kagum dengan ciptaan Allah S.W.T yang cukup sempurna ini...walaupun dah banyak kali aku tengok benda sama tiap kali naik kapal terbang, tapi setiap kali aku akan rasa sangat teruja dan kagum...tadabur alam (^_^)v



aku ada mengambil beberapa keping gambar tadi sepanjang perjalanan...

 masih lagi di Jakarta, baru berlepas :)



 saya di sebelah sayap lion air -,-'


sukaaa sangat xD




 berada di atas awangan..Subhanallah, cantik!





kalau kita dari bawah, dongak ke atas pemandangan macam ni kan...tapi ni dari atas ke bawah pun macam ni jugak...sukaa sangat gambar ni, ohh awan berkepul-kepul...


dalam pukul 12.25 waktu Malaysia kami sampai di KLIA, alhamdulillah....pak cik dah tunggu dari awal, sebelum pukul 12 lagi kat balai ketibaan tu, dah bosan dengan sepupu sekali tunggu...huhuhu, diorang siap dah round kawasan dah...rasa kesina la pulak...




nah bukti...heehe :P


sekarang ni masih di Klang rumah pak cik, ok saya ada dua pak cik yang tinggal berjiran di sini, jadi tidur dua malam kat sini, satu malam satu rumah..esok baru balik Terengganu..yeayh!!tak sabar~



p/s: sejak balik asyik makan je..hohoho


Monday, February 6, 2012

Salahkah aku dilahirkan kidal??

Assalamualaikum.....


Sebelum tu nak tanya siapa kat sini yang kidal??cepat angkat tangan dan komen...eh, tetiba macam FB pulak..hehe, ke ada yang tak tahu kidal tu apa? kidal adalah kecenderungan seseorang menggunakan anggota tubuh bahagian kiri dalam melakukan tugas seharian.. orang-orang sebegini termasuk saya sendiri cenderung menggunakan tangan kiri untuk buat apa saja seperti sikat rambut, menulis, main badminton, pegang pisau, main bowling dan macam-macam lagi...





memang dalam adat timur kita penggunaan tangan kiri selalu sahaja dianggap tidak sopan, ye memang betul kita boleh cuba menggunakan tangan kanan untuk buat perkara seperti makan, berjabat tangan dan menghulurkan sesuatu kepada orang lain dengan menggunakan tangan kanan, tapi secara tiba-tiba kita akan menggunakan tangan kiri..maksud saya, kalau orang tu dah memang kidal spontaneously dia akan menggunakan tangan kiri untuk capai sesuatu sebab memang dah dominan guna tangan kiri dan tangan kiri lebih kuat dari kanan... bukan saya nak menyangkal atau menolak kesucian menggunakan tangan kanan, tetapi kadang-kadang orang normal harus memahami golongan istimewa seperti kami (^_^)v



pelikkah orang kidal??salahkah mereka?degilkah mereka?? sebenarnya dah banyak kali orang cakap kat saya cuba buat sesuatu dengan tangan kanan, nampak kekok sangat buat dengan tangan kiri...sebenarnya, menurut kajian hanya ada 10%-15% sahaja manusia yang kidal...tidakkah anda merasa itu suatu keistimewaan???  tapi dalam ramai-ramai hanya 1% sahaja yang boleh menggunakan kedua-dua tangan dengan cekap ataupun dipanggil ambidextrous..teringin jugak nak jadi ambidextrous, tapi memanglah, kalau saya masak, saya akan cenderung memotong dan memegang sudip atau sendok menggunakan tangan kiri, tapi apa boleh buat?? tidakku pinta jadi begini (T__T)



sebenarnya dari kecil kecenderungan menggunakan tangan kiri tu sudah terserlah seperti dulu masa kecik-kecik kan mak cakap makan mesti guna tangan kanan, pastu menulis guna tangan kanan..yelah masa kecik makan mana pakai sudu pun, jadi sejak saya kecil dalam 3 atau 4 tahun macam tu mak pakaikan gelang pada tangan kanan saya supaya sebelum makan saya akan cek dulu tangan kanan yang harus diguna untuk makan...jadi benda ni sudah saya praktikkan sejak saya kecil lagi, sebab tu makan dengan tangan kanan lebih dominan bagi saya..tapi bila bab makan dengan sudu, saya selalu fail :'( memang tanpa disedari saya menyuapkan makanan menggunakan sudu guna tangan kiri, pastu bila dah sedar baru tukar balik..tahu tak benda tu spontaneous????kalaulah anda mengerti -,-'





lepas tu bab menulis, masa saya tadika selalu kena marah dekat cikgu sebab guna tangan kiri...cikgu cakap ok semua pegang pensil guna tangan kanan, lepas tu kita diajar tulis ABC bla-bla kan....dua tiga huruf pertama saya akan tulis guna tangan kanan, tapi tanpa saya sedari saya akan mengalihkan pensil tu ke kanan kiri...boleh bayangkan tak??kemudian bila cikgu nampak dia akan suruh saya tukar balik pensil ke tangan kanan, lepas tu saya buat lagi benda yang sama....nampak sangat yang orang kidal kekadang dia tak sedar pun sebenarnya dia buat benda tu pelik, dari yang lain tapi orang lain pula yang pandang pelik..huhuhuhuhu... sedihh... salah satu diskriminasi bagi orang kidal adalah kerusi yang ada meja tu belah kanan, jadi agak menyukarkan kita untuk menulis...kekadang saya tumpang meja orang belah kiri untuk menulis...hahaha..




Berdasarkan gambar diatas, bolehla dikatakan orang yang cenderung menggunakan tangan kiri lebih kreatif, pandai berimaginasi dan berkebolehan dalam muzik manakala bagi orang normal yang cenderung menggunakan tangan kanan akan lebih senang menguasai bahasa, bidang penulisan,lebih berfikiran logik, saintifik dan pandai matematik...tapi kenapa saya rasa saya keduanyaa???haaha *tamak* ok lah, saya sendiri merupakan seorang yang tak kurang hebat dalam Mathematics and science masa masa sekolah...tapi saya jugak score subjek bahasa dan penulisan...sekarang ni major saya memang medic, belajar sains, mesti menghafal dan memahami tapi dalam masa yang sama harus kreatif dan pandai berimaginasi tentang anatomi manusia, perjalanan penyakit dan banyak lagilah..so macamana???


sebenarnya tangan kanan saya tidaklah terlalu kaku, saya boleh menulis dengan tulisan cakar ayam dan lambat menggunakan tangan kanan..haaha =p tapi yang best, saya boleh menaip keyboard ataupun keypad dengan laju seperti yang saya tengah buat sekarang...saya juga rasa penggunaaan tangan ni sebenarnya ada dua, macam yang yang telah dipelajari iaitu nature and nurture..saya mungkin insan istimewa yang dapat keturunan dari mak cik saya yang turut juga kidal dan ada dua lagi adik saya yang kidal...tapi dalam masa yang sama environment dan cara kita dibesarkan juga mempengaruhi..seperti yang mak saya suruh makan dengan tangan kanan, sampai sekarang saya boleh makan dengan tangan kanan tapi benda lain masih dengan tangan kiri...



satu je saya nak cakap, jangan memaksa...kalaulah anda ada anak yang nampak dia kidal tolonglah jangan paksa dia, jangan paksa dia guna tangan kanan untuk buat semua benda sebab benda tu akan buat anak anda jadi stress dan dia tak boleh berfikir dengan normal...betul saya cakap, kalau saya menulis dengan tangan kanan, fikiran saya jadi lambat dan saya sukar menyambungkan satu perkara dengan yang lain...jadi biarkan dia bebas menggunakan kelebihan kidal itu supaya perkembangan dia normal, takde masalah pun...saya tetap membesar normal, pandai, boleh bercakap dengan lancar dan berfikiran kreatif (puji diri nampak, kahkah :p)..ni bukan saya cakap kosong, saya dah tanya kawan yaang juga kidal, kalau dia guna tangan segala kerja dia akan jadi lambat dan terbantut..nak fikir pun ambil masa dan tersekat-sekat..owhh, jadi jangan sesekali memaksa kecuali untuk sesuatu adat dan adab seperti makan minum dan berjabat tangan...heeeee ^^






kalau anda nak paksa orang kidal guna tangan kanan, kenapa anda yang normal tidak cuba guna  tangan kiri pulak...tengok senang ke tidak???kalau anda rasa senang boleh menggagahkan kedua-dua tangan masa buat kerja, menulis pun boleh tulis atas dua kertas yang berbeza guna tangan kanan dan kiri, anda memang hebatt!!bravo!!! dan masa tu baru saya akan jeles dengan anda sebab sekarang ni saya tak rasa pun saya jelous dengan orang yang guna tangan kanan sebab saya rasa saya lagi istimewa daripada anda..hehehe...Jom layan lagu jangan menyerah dari D'masiv ni, rasa macam kena sangat dengan situasi sekarang :)




Setiap manusia diciptakan berbeza-beza oleh Allah S.W.T, masing-masing ada kekurangan dan kelebihan yang tersendiri... Gunakanlah kelebihan itu sebaiknya, dan cubalah perbaiki kelemahan yang ada, sememangnya tidak ada manusia yang sempurna


p/s: seseorang telah membuatkan saya rasa rendah diri bila bergelar kidal semalam setelah 20 tahun saya tak pernah rasa benda tu, anda telah membuat saya terguris, terima kasih (T_T)



Saturday, February 4, 2012

That's the end of semester 1-----> HOLIDAY!


Assalamualaikum.......



Alhamdulillah syukur aku dah berjaya mengharungi hidup selama satu semester di perantauan dengan jayanya...yeah!!! (^_^)v   tepuk tangan buat diri sendiri..haaha, ok mukaddimah yang agak poyo tapi itulah hakikatnya, kegembiraan bila dah boleh berehat seketika dari menghadiri kelas setiap hari, exam setiap minggu dengan bebanan tugas-tugas yang lain...tapi seketika jelah, biasalah kita kan manusia biasa yang perlukan masa untuk berehat seketika dari kesibukan tugasan harian...




tadi baru habis exam terakhir bagi semester 1,tak tahulah macamana result nanti kan, harap-harap dapat ok la untuk first sem ni..hehe...aku akan bercuti selama sebulan di Malaysia...3 hari lagi balik, tapi hari ni nak kena pergi kem dulu..esok balik, then nak beli ole2 buat family baru balik...ehem2, banyak betul orang nak pesan nih orang sana suruh beli apa-apa dari sini, member sini pulak cakap jangan lupa bawak ole-ole dari Malaysia...alamak, cemana ni?botak eden -,-'



Banyak benda baru yang aku dapat dan pelajari sepanjang 5 bulan di sini, dapat tahu benda baru, kawan baru, tempat baru dan semuanya baruu belaka...biasalah dalam setiap perjalanan pasti ada onak duri yang perlu dihadapi dan ia sangat bergantung kepada bagaimana kita menempuh halangan dan cabaran tersebut....semoga aku dapat menempuhi perjalanan selama 5 tahun di sini dengan jayanya...benda baru ni sebenarnya banyak mematangkan aku dan membuatkan aku berfikir dengan lebih luas lagi, takdelah nak duduk bawah tempurung sangat kan...



Apa yang pasti, aku akan menggunakan waktu cuti aku sebaiknya...haaha, nak makan semua makanan Malaysia yang takde dekat jakarta...nak jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa dan yang paling penting guna masa dengan family...tapi sebulan tu agak lama kan??bolehla aku melepaskan rasa rindu pada semua benda...tapi kekadang bimbang takut-takut terguna bahasa indonesia kat rumah...mesti kena kaw-kaw ngan adik beradik aku yang kepala otak diorang agak sewel macam aku jugak..biasalah adik beradik, tapi kami sewel bukan macam orang lain..sewel kami sewel yang comel..kahkahkah (^_^)



Ok lah tu je nak share, sebenarnya nak pergi packing barang nak pergi kem tu...apapun happy holiday everyone!!! aku tahu bebudak IPTA/IPTS memang tengah cuti sekarang dan dah nak masuk semester lain balik dah..kami baru nak cuti...heehe...thanks for reading!!



Friday, February 3, 2012

Hafalan solat Delisa : movie review

Assalamualaikum....


Setelah mendapat review dari beberapa rakan ada yang kongsi menerusi facebook dan twitter, hari ini saya  tengok jugak cerita ni, hafalan solat Delisa...


ok saya bagi sinopsis je dulu sikit... Delisa ni adalah seorang kanak-kanak riang yang suka main bola dan dia adalah anak bongsu dari 4 beradik perempuan..kisah ini digambarkan berlaku di Acheh dan pada saat itu berlakunya Tsunami yang dasyat sehingga semua adik beradik dan ibunya meninggal dunia...Delisa memang sangat tabah dan boleh menerima takdir walaupun dia kehilangan orang yang tersayang dan sebelah kakinya...dia kini tinggal bersama-sama ayahnya..




cerita ini adalah adaptasi dari sebuah novel karya Tere Liye...this is one of the must watch movie ^^ . serius saya sendiri boleh menghayati kisah ini sampai mengalirkan air mata..sob...sob...Malaysia patut contohi movie yang macam ni, tak payahlah nak buat cerita pasal kekasih yang berpelukan antara bukan muhrim dan sebagainya...tapi cerita yang boleh menyentuh hati penonton, seolah-olah rasa tercuit hati ini bila menonton....barulah boleh menghayati :)


banyak adegan yang saya rasa sweet dalam cerita ni terutama bila Delisa bagitahu mak dia "Delisa sayang umi kerana Allah" subhanallah!! kanak-kanak kecil itu pun boleh berkata-kata begitu..kita kecik-kecik dulu?? termasuk yang mereka sangat bagus solat berjemaah bersama-sama walaupun ayah tiada di rumah...pandai betul ibu sama ayah membesarkan anak-anak sampai macam tu :)


saya suka sebab kanak-kanak dalam cerita ni sangat pandai berlakon, mengalirkan air mata, sampai kita yang menonton ni pun turut sama merasakan apa yang mereka rasa...kan betul, kita mungkin pada awalnya buat sesuatu kerana sesuatu...tp bila dah lama-lama dan kita dah tahu, barulah kita akan sedar yang kita buat itu kerana apa dan kita pun akan ikhlas kerana Allah S.W.T...boleh tengok juga pegangan agama masyarakat sekitar itu kuat agama....

Jom tengok cerita ni dan nilaikan sendiri..







Thanks for reading :)

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...