nuffnang

Thursday, March 29, 2012

anatomy exam...musculoskeletal

assalamualaikum...... pagi ni aku ada first exam anatomy, blok musculoskeletal....i don't know why i'm so blurr....30 seconds for each question is really not enough for me to think and write the answer......Maybe  first time kot -,-' ...

exam praktikum ni sebenarnya macam ni, kita akan di beri satu kertas yang sudah terisi nombor dan kita hanya perlu mengisi jawapan saja...ada 10 meja semuanya dan setiap meja akan ada dia soalan iaitu A dan B...satu meja satu minit so only 30 seconds for a questions...tapi rasanya ada yang tak sampai seminit pun dah bunyikan loceng..hurmmm....so bila loceng dah berbunyi u need to move from that table to another table, pandai pandailah nak managa macamana...


baru nak tengok tulang ke otot dekat part mana then nak decide which part of the body it belongs and finally the name of it...so tak boleh nak fikir lama sangat and just need to jot down what do u think the anwer is..haaaha...



some of the muscles...actually banyak lagi, almost everything need to memorise -,-


i don't know why...when i was waiting for my other friends and i think i can memorise it but during the exam i don't know what should i write..haaaha, sindrom dengan dengar locengnya lagi...nak fikir nama latin lagi, ahh ok whatever!!just forget about it..let't focus on the next exam integrasi 2 that contribute the most..haaaha..mungkin ni first experience, lepas ni dah tahu macamana kene ready betul-betul :)


ok dah lupakan pasal tu, aku sebenarnya pergi rumah sakit a.k.a hospital tadi lupa nak bawa purse dan kunci rumah lagi...luckily i went there with my housemates, balik je dari exam aku lepak bilik memember and sekarang ni aku tengah guna ipad member aku untuk update blog..haaaha, first time update guna ipad ni, best jugak..nak beli tak mampuuu..please someone buy for me..hikss :p


ok lah tu je, i need to study and my roomies dah balik dari tanah abang..dah boleh masuk bilik!Yippie..ok bai..sorry post ni manglish aku main tulis je melayu campur english...thanks for reading!!!


kejap je dah habis blok 5..yuk semangat!!!heeehe



Tuesday, March 27, 2012

Happy Birthday my little sis, adik Ila!! nak transform jadi najwa latif..hahaa

Assalamualaikum.....


SELAMAT HARI ULANG TAHUN YANG KE 11 SALSABILA!! sanah helwah!! haaa, adik aku yang paling bongsu, Siti Noor Salsabila dah pun berumur 11 tahun...makin meningkat umur makin montel nengoknya hadehh...adik bila nak selim nih??kahkah...paku dulang paku serpih nampak -,-'



hari tu adalah buat sambutan kecik-kecik untuk dia ajak kawan-kawan makan dan sambut hari lahir dia tu...haaa, ada beberapa orang je yang aku kenal yang lain ermm..ermm...nak buat cemana, balik kampung pun jarang-jarang..tup tup dah besar semuanyaa...haha..



yang paling takleh blah, abah aku beli kek salah tulis nama....dia main cakap je kat orang kedai yang nak tulis selamat hari lahir salsabila....lepas tu jeng..jeng...orang kedai tulis safabella...adoiinye pon...safabella pon bolehh..hahaha :p
adik and her friends...

inilah geng-geng adik aku...

tu dress hitam kuning tu aku beli kat Jakarta, bagi hadiah kat dia..haaha, pakai terus di hari jadi lepas tu nak pakai shawl belit-belit...nak buat gaya najwa latif katanyaaa..haaha...ok lettew!! kalau korang perasan semua budak-budak neh (except najwa latif :p ) pakai tudung express...kan senang main masuk je takyah nak fikir nak iron ke apa kan...aku pun dah pakai jugak sekarang...





Monday, March 26, 2012

Projek 100 bloggers

Assalamualaikum.....


sebenarnya dah lama perasan dekat Facebook, twitter dan beberapa blog tentang projek yang nak dijalankan Broframestone ni....tapi mungkin rasa tak berapa layak sebab mood blogging dah agak berkurangan....tapi sejak akhir-akhir ni mood tu datang balik lepas lihat traffik akhir-akhir ni makin kencang..check nuffnang pun dah sampai kat rumah....alhamdulillah, semangat nak berblog lagi pun meningkat :D



Projek ni dicetuskan oleh Broframestone untuk mencari 100blogger bagi menjayakannya...pernah beberapa kali jumpa bro dekat event blogger tahun lepas, sempoi orangnya..haaha....jom kita tengok dulu apakah kriteria blogger yang dicari...jeng..jeng...jeng...




1) 100 Blog Malaysia dan pemiliknya adalah warga negara Malaysia.

2) Blog yang mempunyai 500UV dan ke atas dalam masa sehari. ( bukti statistik blog amat diperlukan)

3) Blog berbahasa Melayu atau English.

4) Blog yang berkualiti ( bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakkan daripada pembaca )

5) Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.

6) Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.

7) Sanggup memberi komitmen dalam menjayakan projek 100 bloggers.



Rasanya blog Jaa's Story ni dapat memenuhi kriteria yang diberikan...insyaAllah :D Jom anda semua kalau berminat bolehla ke sini yee..



Sunday, March 25, 2012

meet girlfriends at midvalley

Assalamualaikum............



cuti semester lepas kan aku balik Malaysia, haaaa...apa lagi rancanglah dengan memember nak keluar jenjalan...disebabkan masa aku balik tu semua orang tengah sibuk bertungkus lumus belajar, so kat kampung tu takde oranglah....aku buatlah perancangan nak jumpa diorang dekat midvalley sebab senang public transport, satu lagi dia macam kat tengah2 antara kami bertiga...


aku datang awal beberapa hari ke rumah pak cik dekat klang semata-mata nak jumpa kawan-kawan lama kat KL..hee...disebabkan filght aku hari tu hari ahad, so hari sabtu tu kitorang keluar...sambil2 tu aku boleh pau baucer buku 1Malaysia kawan aku..heeee (^_^)v



kosong kan??haaa, actually pak cik aku tinggal dekat lembah klang iaitu tempat perhentian terakhir...;masa ni aku naik pagi2 sangat sebab semua orang nak pegi sekolah, pegi kerja...so takde orang yang nk hantar aku pegi ktm kan??aku dengan gigihnya naik ktm dalam pukul 7 pagi sorang diri, sebenarnya bukanlah first train pun...dalam pukul 5 dah ada, tapi aku naik ni adalah pekerja yang nak pegi kerja jugak naik...


kalau takde gambar sendiri tak sah eh??haaha...oh, korang nampak tak pantulan cermin dekat sisi aku, ada sorang indian girl....actually time aku menaip ni baru aku perasan ada pantulan orang, sebelum ni tak pun....kahkahkah...aku tunggu kawan aku dekat kl central sebab malas nak gerak pegi midvalley sorang-sorang...haa, apa aku nak buat sorang-sorang??boleh je aku usha2, tapi awal gila kot...ntah-ntah kedai pun tak bukak lagi...


apa lagi, aku pusing satu kl cental tengok baju, usha kedai buku dan aku sempat makan ringan-ringan...tunggu ieka dulu...dalam pukul 9 lebih camtu ieka pun sampai, kitorang pun jalan-jalan dulu kejap then terus ke midvalley...


sampai je aku ngan ieka, tengok nana dah sampai dulu...dia sorang-sorang sebab actually nak tunggu kawan dia tapi orang lain lambat pulak...haaaa, rindu betul..nilah dua orang girlfriends aku kat sesma dulu, ada sorang lagi yang rapat anis kitorang berempat memang selalu sama-sama....ponteng sama-sama, lepak sama-sama, study sama-sama...haaaa...pergi kelas tambahan lambat sesama, ponteng riadah lepak surau..waa, rindu gilaa kenangan dulu weh!!


inilah dia dua orang mangsa aku, yang tudung hitam tu ieka dan purple tu nana...kitorang memang semua single lagi, kalau ada salah sorang yang korang berkenan boleh aku rekemenkan..kahkahkah....sampai-sampai makan dulu beb!isi perut katakan...ni food junction kat midvally, paling atas..



kitorang baru makan sekejap, ain pun sampai...one of my classmate at sesma...taangkap gambar dulu!!haaaa, apesal ngan pipi aku tu weh??gelembung semacam je macam kene pam dah tu..aihss, tak bole jadi nii...serius doh, kalau aku senyum mata jadik sepet dan pipi aku naik macam kek yang keluar oven tuh...grrrr!!



next, kitorang pergi MPH, carik buku-buku dan alat tulis...nana nak habiskan baucer buku 1Malaysia tu sebenarnya...kitorang pun apa lagi, pau nana lerr!!haaaaha..nana beli buku adalah beberapa bijik, tengok tu kemain ramai orang yang beratur nak beli buku...panjang weehh barisan nak queue ni...ieka dan nana sibuk mengira harga barang, bukan apa baik kira supaya tak rugi...dia tak akan pulangkan wang kita kalau tak ada lebih, so baik kita beli extra dan tambah bayaran beberapa ringgit lagi..


inilah stationary yang berjaya aku pau dari nana, banyak wehh..dalam rm 35 jugak nih semuanya...pen kaler-kaler tulah yang mahal...pensil stabilo sebab aku kat sini kan exam pakai omr, senang beli pensil cenggini..hihi...tuh highlightr,pen dan sticky post..thanks a lot my dear nana!!!haaha, lain kali bolee pau lagi :P semangat sikit aku nak belajar kalau warna warni nih...tak lama lepas tu iza dan 2 orang kawan dia lagi datang..yeay!!



kita main bowling sama-sama...hee..best2!!iza ni pulak housemate aku kat intec selama 2 tahun, so kitorang memang rapatlah pegi makan sama-sama, keluar jaenjalan sesama, main futsal sama-sama, share stories dan banyak lagilah...gambar yang kedua belah kanan tu kelihatan ieka tengah main love hape benda ntah...tapi yang pesti dia dapat hot stuff you!!perh!! hot dowh kawan aku..feeewitt!! main saja-saja je, takde niat nak caye ke apa kan...just for fun! :)


Izah, ain, nana dan ieka (^_^)




kami semua...yeay!!!thanks a lot gugurls sebab sudi turun ke midvalley jumpa aku....happy!!nasib baik diorang takdelah busy sangat time ni, baru lepas exam, ada yang baru masuk sem baru dan macam-macamlah, aku je tengah cuti..hehe :p


dalam pukul 6 camtu dah gerak nak balik klang tak train delay lama sungguh ya rabbi!!!pastu kat kl central delay lagi, geram betul rasanyaa...aku sampai port klang lambat gila dalam pukul 8lebih dah camtu, haish...nasib aku masih dalam mood musafir kann...


tu je sebenarnya nak cerita pasal keluar midvalley hari tu...i miss and love u guys so much!!! i wish all the best in whatever you are doing and may Allah ease us :D



 Kawan kita adalah cermin kepada diri kita, jadi pilihlah kawan yang betul :D


Saturday, March 24, 2012

suatu ketika dulu...15 tahun yang lepas....

Assalamualaikum.....




haaha, masa hari terima sijik tamat tadika kemas...agak-agak sama tak muka aku dulu dengan sekarang...bukan apa, kan ada kawan-kawan tadika dulu yang terpisah....kalau kitorang baru terjumpa di usia 20-an boleh kenal tak??haaha...


gambar ni gambar lama, dah rosak pun :( scan jadilah cmni...hurm...adalah jugak kenangan kan...masa dulu mana ada kamera nak ambil gambar banyak-banyak lawa-lawa...inipun cikgu ambil guna kamera yang pakai kodak filem gulung tu...pastu kena print semua skali...kalau tak memang takdelah...untunglahh budak zaman sekarang kan, kalau adik aku tu gambar penuh hari dia buat persembahan dan graduate tadika..eh, graduate pun bolehh...haaha...rindunyaaaa


nak jadi kanak-kanak tadika balik boleh??bestnye tak payah fikir banyak..setakat menulis, membaca yang senang-senang pastu main pondok-pondok..alangkah bahagianyaaa hidup itu...haaa, dahh memang mengarut dah..apapun gambar ni kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila..saja nak share kat blog sebab gambar ni dah tak tahu kemana, kang laptop ada problem hilang semua kan...


korang cmne masa dulu-dulu??best tak masuk tadika??heehe...



Thursday, March 22, 2012

macamana nak apply biasiswa JPA??permohonan ke IPTA pulak macamana???

Assalamualaikum.....


memandangkan semalam pelajar SPM 2011 dah terima keputusan masing-masing kan...ada yang gembira dan ada yang berduka, apapun hasilnya kita seharusnya bersyukur..kan kita dah cuba yang terbaik, apa yang kita dapat itu adalah apa yang terbaik untuk kita...SPM hanyalah kayu pengukur kemana kita nak pergi selepas alam sekolah, tapi bagaimana kita berjalan dan sampai ke penghujung tu masih banyak lagi liku-liku yang harus ditempuh...jangan risau, mungkin rezeki kita selepas ini, siapa tahu?? apa yang penting yakin je okey :)


dan adalah beberapa orang yang bertanya macamana nak apply biasiswa...macamana nak isi borang online, layak ke tak nak ambil medic account dan sebagainyaa...sebenarnya saya bukanlah tahu sangat sebab dulu pun main isi sendiri je borang, mak pun tak tahu sebenarnya yang saya is borang JPA pilih perubatan luar negara masa tu...tapi yang isi upu tu diorang tahu sebab kan suruh beli no.pin..saya nak share sikit pasal macamana nak apply biasiswa dan memohon masuk IPTA ni sebab kan ada yang tanya (^_^)v



#soalan di FB 1


#soalan di FB 2


#Soalan di twitter 1


dahlah tak payah banyak-banyak...org emel pun ada, alhamdulillah...walaupun hanyalah blogger picisan, tapi masih ada yang sudi bertanya minta pendapat dan sebagainya..saya sukaaa je, apa salah kita bantu mana yang kita tahu...nak share dulu bagaimana membuat Permohonan online kemasukan ke IPTA/ politeknik premier bagi sesi 2012/2013....


  1. beli dulu no.pin di BSN berdekatan anda...seperti ini
  2. baca cara mengisi borang permohonan di sini
  3. buat permohonan dengan mengisi secara online di sini
  4. bila dah siap, nak kemaskini kat sini

taraa!! senang je kan!!nanti je tarikh untuk semak anda layak ke tak dan dapat kat mana...lepas tu kalau yang nak apply JPA tu nasihat saya pastikan anda sentiasa 'alert' dengan segala update yang dibuat oleh pihak JPA...nanti bila mereka dah buka terus isi secara online..jangan sampai anda terlepas pandang pulak!sebab nanti ada ujian psikologi kalau tak silap pun diisi secara online dalam waktu yang tertentu..


bagi yang ambil perubatan, JPA akan hantar anda ke hospital yang telah anda pilih untuk buat program pendedahan kerjaya sebagai seorang doktor selama seminggu...masa tu best, sebab anda berpeluang masuk tempat-tempat tertentu dalam hospital dan melihat bagaimana doktor bekerja seperti delivery baby, small operation, dulu pun saya pernah bantu doktor masa dia buat jahitan pada tangan pesakit...nice experiences walaupun belum jadi medical student masa tu...


anda akan dipanggil untuk diinterview lepas tu, masa tu anda buatlah betul-betul...tunjuk konfiden nak jadi doktor (saya fokus kepada perubatan sebab saya ambil perubatan)...rasanya yang lain pun sama, cuma takdelah pergi hospital tu semua...yang penting kena tahu bila tarikh buka, tutup dan sebagainya...sekarang ni JPA belum buka permohonan untuk 2012, nanti bila dah buka jangan lupa isi yee...

saya ada tulis pasal syarat kemasukan ke matrikulasi pada tahun lepas, itulah yang membuatkan statistik naik mendadak... check it here---> syarat-syarat kemasukan ke matrikulasi




statistik hari ni, ramai betul cari matrikulasi yee...



rasanya tu je sedikit sebanyak apa yang saya nak kongsi hari ni... All the best kepada semua adik-adik semoga berjaya ambil bidang yang diminati dan mengejar impian...kita yang dah berada di pertengahan jalan ni pun kene rajin, jangan sampai tersungkur dan rebah di pertengahan sebelum tiba di garisan penamat!hehehe...



p/s: tiga serangkai yang boleh menggilakan hari anda...jom tengok sape!!






Sunday, March 18, 2012

Trust in Allah, trust Him :')




Trust in Allah, He did plan the best for us. He knows, sees and hears everything that happened.


Allah is aware of everything that happens on earth for every single falling leaf and every private place or thought people have :D



The keys of the Unseen are in His possession. No one knows them but Him. He knows everything in the land and sea. No leaf falls without His knowing it. There is no seed in the darkness of the earth, and nothing moist or dry which is not in a Clear Book. (Surat al-An'am: 59) 


If we believe in Allah, we can accept every single thing that happen in our daily life with an open heart and mind...never and ever complain and just face it, Allah just wanna test our faith (^_^)v



p/s: istiqamah itu susah, aku takut aku tak mampu ( T_T )


Saturday, March 17, 2012

Duit biasiswa JPA dah masuk nak buat apa??

Assalamualaikum.....


pada pagi sabtu yang indah ni aku takde kelas, jadi pepagi duduk mengadap makalah yakni report pbl yang belum siap lagi...lepas tu pergi pasar beli ayam dan barang-barang nak masak...Dah memang jadi kebiasaan rasanya untuk aku cek nuffnang website untuk tgk apa yang orang search sampai masuk blog aku tak pun aku nak tgk statistic...Alhamdulillah, walaupun aku tidak update sekencang dulu, hari-hari update blog tapi banyak je keyword yang orang cari masuk...memang akan ada orang masuk melalui google atau mana-mana web search engine yang lain..FYI, check nuffnang mak aku cakap dah sampai kat rumah, bolehla buat beli tiket flight balik nanti..heehe :p


apa kaitan dengan tajuk??haaaaa...lawak gila siapa yang search pasal ni, banyak lagi yang masuk seperti contact lens, ukhwah, universitas di Indonesia, tarikh SPM bila, sekolah sbp best ke tak dan macam-macam lagi...hari ni cuma nak nak share yang ada orang pergi cari "duit jps dah masuk 2012 nak buat apa" amboiii..kemain search lepas tu masuk pulak blog aku walaupun tak pernah pulak aku cerita nak buat apa dengan duit tu...perlu ke search??itu yang pelik dan menjadi tanda tanya sebenarnya....btw, saya tak jual lampu yee...haaha :p dan banyak je orang yang cari jaa64...hari ni ukrida-jaa64, kenapa??mengapa??ada orang cari saya ke??perasan gilaaa....nama samaran alam maya aku memang jaa64 sebab kalau buat nama siti khadijah sampai page ke berapa ribu pun susah nak jumpa, nama glamour sangat...haaha...





Sunday, March 11, 2012

Manusia perlu dibentuk menjadi manusia bukan dipaksa menjadi robot

Assalamualaikum....


Siapakah kita??pernahkah anda bertanya kepada diri sendiri dan berfikir tentang perkara ini, anda dan kita semua adalah seorang manusia yang dilahirkan dari rahim seorang ibu dan asal usul kita hanyalah daripada gabungan sperma ayah dan ovum ibu yang akhirnya dikandung oleh ibu selama 9 bulan...secara lumrahnya kita semua sama, langsung tidak ada perbezaan walau sedikitpun..




namun apakah yang membezakan kita semua?? ada yang pandai dan kurang, ada yang kaya, hidup sederhana dan ada juga yang hidup merempat jadi gelandangan dan tiada langsung tempat berteduh....ada yang penuh ilmu agama dan berkeperibadian yang begitu baik bersopan santun namun ada juga yang jadi penjahat, perompak dan sebagainya....lalu persoalan ini diutarakan lagi, mengapakah terjadinya kejadian seperti ini???mengapa ada juga perbezaan antara kita walhal kita semua manusia???




ayuh kita kembali berfikir lagi, seorang bayi itu boleh diibaratkan seperti kain yang putih...jadi menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga bayi tersebut bagaimana untuk mencorakkan anak mereka...memang tidak dinafikan faktor genetik merupakan faktor penyumbang terbesar kepada setiap anak terutama ciri-ciri fizikal mereka sama ada berambut hitam, perang, kulit kuning langsat, hitam manis dan sebagainya...namun semua itu hanyalah ciri-ciri fizikal,sifat dan keperibadian seseorang anak itu tersangat bergantung kepada bagaimana ia dibesarkan...seorang anak kembar seiras yang dilahirkan dari keluarga sama tetapi dibesarkan oleh keleuarga, kawasan, agama dan budaya yang berbeza sudah pasti akan membersar menjadi dua orang insan yang benar-benar berbeza...








kalau seorang dibesarkan di tanah melayu dan seorang lagi di eropah mereka sudah pasti akan berbeza sama sekali..seorang bercakap melayu dan beragama islam dan seorang cakap Inggeris dan agama kristian...jadi jelaslah bahawa cara kita dibesarkan itu sememangnya sangat mempengaruhi siapa diri kita yang sebenarnya...secara lumrahnya manusia itu boleh dibentuk, seandainya dari kecil ibu bapa sudah mengajar anak-anak supaya mengaji, menutup aurat, beri didikan agama sepenuhnya sehinggalah anak tersebut boleh berdikari dan mempunyai jati diri dan tidak akan tergugat dengan apa-apa godaan sekalipun...tahu tak kenapa??mereka bukan tidak mahu mencuba, tidak mahu merasa tetapi mereka sudah tahu apakah sebab dan akibat yang akan berlaku seandainya mereka tetap melakukannya...




secara analoginya, cuba kita perhatikan berapa ramai pelajar di luar sana yang suka ponteng sekolah??tidak siapkan kerja rumah, tidak mengulang kaji pelajaran dan sebagainya...mengapa perkara ini berlaku??adakah mereka memang betul-betul malas atau sengaja tidak mahu melakukan semua itu...atau adakah mereka hanya pergi sekolah semata-mata ayah dan ibu mereka yang suruh dan menjadikan sekolah sebaqgai tempat bertemu kawan-kawan bukannya tempat untuk belajar...mungkin mereka mahukan keseronokan dan merasa bangga apabila dimarahi guru, terasa seperti hero apabila tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi serta langsung tidak mempunyai cita-cita dan impian tentang masa depan mereka...




namun bagaimana pula dengan pelajar yang begitu rajin pergi sekolah, buat semua kerja yang diberi...kemudian pulang pergi ke tempat tuisyen dan menghadiri semua aktiviti yang telah ditetapkan oleh ibu bapa mereka...apa yang lagi tidak menghairankan adalah ada pelajar yang begitu bersungguh-sungguh belajar, membeli buku-buku rujukan, rajin bertanya guru sekiranya tidak faham dan buku-buku latihan penuh dibuat...sering pula mendapat markah dalam tinggi dan tidak putus-putus berdoa untuk mendapat kejayaan..mengapa terdapat perbezaan yang begitu ketara antara dua pelajar ini??pernahkah anda berfikir??




saya memberi analogi tersebut supaya kita lebih jelas tentang apa yang saya ingin katakan...seseorang yang hanya buat sesuatu benda tanpa mengetahui mengapa mereka perlu melakukannya...mereka sebenarnya hanyalah melakukan perkara yang sia-sia ibarat menampar angin dan mengejar pelangi...sampai bila-bila pun tidak akan dapat sebaliknya hanya kita sendiri yang lelah...kalaulah kita tahu yang tanggungjawab kita sebagai pelajar, haruslah belajar bersungguh-sungguh, tidak mengkhianati kepercayaan orang tua kita kepada kita serta memikirkan masa depan yang cerah...kita pasti berasa gembira belajar, menyiapkan segala tugasan dan sebagainya kerana kita yakin yang sesuatu yang best dan menarik akan menanti kita kelak..




begitu juga dengan perkara lain, saya bagi contoh yang paling senang dalam kehidupan kita iaitu solat, puasa dan menutup aurat...kalaulah kita hanya solat masa kecik-kecik sebab mak ayah yang suruh, memang tidak kemanalah kita...duduk diam-diam dalam bilik, lepas tu mak ayah tanya dah solat ke belum kita jawab "dahhh" senang je kan??tak susah pun...lepas tu kalau kita dah besar panjang belajar jauh-jauh di perantauan meninggalkan keluarga memang sejadah telekung entah ke manalah jawabnya...sebab apa??kita tak tahu kenapa kita kena solat, masa kecik pun mak cakap kene solat so kita buat lepas tu bila mak tak suruh tak buat..pergi sekolah agama pun tidur, ujian asyik fail je sebab bacaan solat tak hafal lepas tu praktis tak langsung, mak ayah pulak langsung tak ambil pusing...lalu jadilah kita ROBOT!





Sama juga dengan puasa, dari kecil kita tahu yang kita tak boleh makan minum dari pagi hari sampai maghrib sampai kebuluran dah tak larat nak pergi sekolah apa semua kan, tapi kita tak pernah tahu kisah  dan hikmahnya kenapa kita kena puasa...jangankan nak cari dalam buku-buku agama, apatah lagi baca tafsir Quran kan tapi tanya orang pun kita tak nak..jadinya takde orang kita makan je...kalau ada orang tak makan, sebab segan ataupun takut kene tangkap dengan pihak jabatan agama....orang macam ni bukan sahaja memang jahil tapi lebih dari itu, sebab namanya BODOH SOMBONG!




kemudian sejak dari kecik mak ayah kita selalu belikan baju yang cantik-cantik yang seksi dan tak cukup kain, bukan mereka takde duit nak beli baju labuh yang banyak lagi cantik tapi mereka terlebih duit sebab bila pergi kedai tengok baju yang hanya singkat tutup atas sikit bawah sikit lagi mahal dari baju yang boleh tutup seluruh tubuh..pelik jugak kan?? tapi sebab pergi sekolah memang wajib pakai tudung, baju kurung ok la kan, pakaian seragam sekolah, apa boleh buat...alaa, sekejap je sekolah balik sekolah kita boleh enjoy lagi..keluar dengan kawan-kawan pakai seksi-seksi lepak mall tengok wayang pun boleh lagi kan....jadi maknanya kita tutup aurat pakai baju labuh dan tudung sebab memang peraturan sekolah je la??sebab kalau tak pakai kene panggil dengan cikgu disiplin gitu??kalau peraturan dan hukum Allah tak takut ke?mungkin tak takut sebab balasannya bukannya dapat sekarang, kalau sekolah dah tentu-tentu kene panggil dek ustazah tak pun cikgu disiplin...maka jadilah kita ROBOT!!




rasanya tak perlu kot saya ulas dengan lebih panjang lebar, rasanya analogi dan tiga contoh mudah yang saya buat itu dah mampu membuka minda kita....sejujurnya saya sebagai manusia biasa memang sangat tak suka bila dipaksa, bahkan bila dipaksa saya jadi makin malas nak buat....kalau buat pun sebab terpaksa, sebab peraturan seperti contoh diatas, bukan sebab suka dan rela hati nak buat benda tu..contoh lagi, masa sekolah setiap pelajar asrama wajib solat berjemaah di surau tapi sebab saya rasa benda tu terpaksa, sebab WAJIB maka saya rasa malas dan rela solat sorok-sorok belakang almari, kalau warden datang checking sanggup menyorok sebab nak lari dari hukuman dunia punya pasal...gila kan??memang gila...sebab kita tak rasa kenapa perlu solat berjemaah. kenapa???solat dalam bilik pun sama je...sah jee, serabut je nak suruh aku solat kat surau berjemaah...tapi bila kita dah faham kenapa, kita akan rasa betapa indahnya solat berjemaah bersama-sama, eratkan ukhwah dan rasa bersatu...







Jadi apa yang sebenarnya saya nak sampaikan adalah setiap individu itu memang berbeza dan kita semuanya tidak sama...alangkah beruntungnya kita kalau kita lahir dalam keluarga yang akidah kedua ibu bapa kita mantap, pandai mendidik anak-anak sehingga menjadi seorang yang faham agama, tahu apa yang apa kita buat bukan sekadar belajar untuk ambil ujian pendidikan islam, tetapi lebih dari itu...berjaya menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia, mempunyai hati dan perasaan bukan sekadar robot yang menurut perintah dan hanya melakukan apa sahaja mengikut apa yang disuruh tanpa langsung faham apa yang dia sedang buat...manusia robot memang hipokrit dan hidupnya sangatlah rugi kerana menipu diri sendri...




Janganlah kita menilai orang lain hanya sekadar melihat ciri fizikal mereka sebaliknya, selidikilah latar belakang mereka...bagaimanakah latar belakang keluarganya, kalau keluarganya sudah memberinya ilmu yang cukup mantap tapi diri dia sendiri yang hanyut lalai..itu memang salah dia sendiri tapi kalau sebaliknya bawalah mereka untuk menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia...bukan sekadar robot semata-mata...Jom kita sama-sama berdoa agar kita dapat jadi seorang manusia yang sebenarnya manusia, punyai hati dan perasaan serta faham apa yang kita buat serta tanggungjawab kita...Jom sama-sama kita berubah, kalau bukan hari ini...bila lagi??


terima kasih sudi baca entry yang cukup panjang ini (^_^)


P/S: Credit all the pictures to google :)






Thursday, March 8, 2012

Selamat hari wanita sedunia kepada semua yang bergelar wanita :)

Assalamualaikum.....


Sempena hari wanita sedunia pada hari ni, saya dengan ini ingin mengucapkan selamat hari wanita sedunia kepada semua yang bergelar wanita tak kiralah walau di mana anda berada di Malaysia, Indonesia,China, India, Perancis, Egypt, Rusia, UK, Aussie dan seluruh dunia, pokoknya wanita....tak mengira usia muda atau tua, agama, adat dan kepercayaan....


Kalau zaman jahiliah dulu wanita begitu ditindas sehingga kalau ada yang melahirkan anak perempuan pasti akan ditanam hidup-hidup kemudian wanita dijadikan tempat pemuas nafsu lelaki....namun kini semua itu telah berubah, wanita kini mempunyai kedudukan dan peluang yang sama seperti kaum lelaki yang lain...wanita kini mampu berada di kedudukan tinggi dalam segala bidang dan mampu bersaing bersama lelaki...namun begitu, kedudukan wanita di dalam rumahtangga semestinya harus di bawah suami...walau sebesar manapun pangkat si isteri di luar rumah, tapi di dalam rumah dia harus mentaati suaminya selagi tidak melanggar syariat.



kalau hendak dikirakan pengorbanan seorang wanita tersangatlah besar terutama bagi seorang ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan di dalam rahim, kemudian menyusui kita, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang sehinggalah membesar dan menjadi manusia berguna....bangun malam-malam kalau kita menangis lapar, sakit dan sebagainya...seekor nyamuk pun tidak dibenarkan menggigit kita, subhanallah!!mungkin ia lebih kepada seorang ibu namun ingatlah bahawa ibu merupakan orang yang harus kita hormati, sayangi selepas Allah dan Rasulullah (^_^)v


saya tertarik nak berkongsi lagu wanita dari De Hearty ni, liriknya penuh bermakna...jom sama-sama kita hayati video dan liriknya...





Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 



p/s : Bangga jadi wanita...jom jadi wanita berbakti! :)

Tuesday, March 6, 2012

sinetron gila di jalanan....ngeri betul!

Assalamualaikum....


tadi baru balik kelas seorang diri berjalan kaki dari kampus ke rumah sewa, tetiba nampak seorang lelaki yang masih muda dalam lingkungan 20-an mengejar sebuah angkut dengan begitu laju...tetiba, dia memintas angkut tersebut dan parking moto kat depan tu supaya angkut tu dah tak boleh jalan....kemudian dia menjerit-jerit...angkutan awam (angkut) atau lebih dikenali sebagai angkot ini merupakan kenderaan awam seperti van yang mengambil penumpang dan mempunyai laluan yang tertentu...


sumber: google

aku ingatkan dia ada masalah dengan pemandu angkut tersebut, tetapi apa yang jadi ialah lelaki tersebut masuk ke bahagian belakang dan menarik-narik seorang perempuan keluar...ketika itu aku ingatkan dia sedang bergaduh dan bertumbuk, rupa-rupanya dia sedang menarik seorang wanita keluar dari angkut tersebut sambil marah-marah...perempuan itu tak nak keluar dan berkeras dengan memegang kerusi, tapi lelaki tersebut tetap tarik dengan sekuat hatinya.


perempuan tu pun muda lagi, dia bawa satu beg pakaian seperti  nak melarikan diri ke mana-mana, dia menangis minta tolong....pemandu tu nak tolong tapi laki tu cakap "jangan masuk campur urusan kami!" jadi macam dah tak tahu nak buat apa dah...ada juga seorang lelaki lain datang hendak tolong supaya lelaki tersebut lepaskan perempuan itu tapi dimarahinya...dia menengking orang lain...aku hanya berada beberapa meter di tempat kejadian dan hanya mampu memandang penuh perasaan simpati, dahla panas terik masa tu...


pemandu angkut ada cakap "kasihanilah dia, jangan berkeras begitu dong" tetapi lelaki itu menarik sekuat hati sehinggalah perempuan tersebut dapat ditarik keluar dan jatuh ke atas jalan...perempuan itu menangis sekuat hati dan aku dapat lihat dia terketar-ketar...oh Ya Allah, kesiannyaaa...kali pertama dalam hidup aku lihat kisah sebegitu rupa, pernah je tengok tapi bukan di tempat orang ramai seperti itu tetapi di rumah atau kawasan yang tiada orang...


dia menarik wanita tersebut dan suruh naik motor bersamanya tetapi dia terus menangis tidak berhenti-henti di tengah jalan...aku terus mempercepatkan langkah pulang ke rumah dengan pelabagai perasaan..berdebar, takut dan kesian...ramai orang sekeliling yang memerhatikan situasi tersebut tetapi tiada siapa yang boleh membantu dan menghalang kerana telah dimarahi lelaki tersebut...lagipun tiada siapa tahu apakah masalah mereka sampai wanita tersebut diperlakukan sebegitu rupa...aku tidak menunggu di situ lebih lama dan masih tertanya-tanya apa yang terjadi pada mereka...


mereka berdua begitu muda, masih dalam lingkungan 20-an...kalau nak kata sebaya dengan aku pun boleh, memang serius nampak muda...tapi apakah hubungan mereka???andaian aku adalah mereka adalah suami isteri yang mungkin bergaduh, kemudian wanita tersebut melarikan diri dengan membawa baju di dalam beg tersebut...namun lelaki tersebut ternampak dia menaiki angkut tersebut dan mengambil motor lalu mengejar supaya wanita tersebut tidak lari dari rumah...


andaian kedua, mereka mungkin adik beradik atau saudara yang mempunyai masalah...mungkin wanita tersebut adiknya dan telah melakukan apa-apa kesalahan dan ingin melarikan diri..jadi si abang terus kejar angkut tersebut dan ingin mengambil adiknya supaya kembali pulang ke rumah...tapi apakah kisah mereka yang sebenar??wallahu'alam...pendapat aku kuat mengatakan mereka itu suami isteri tapi aku pun tak boleh nak ulas panjang sebab aku pun tak kenal siapa mereka...tapi situasi selama lebih kurang 5 minit itu berjaya mendebarkan aku yang berjalan seorang diri...


aku hanyalah seorang pemerhati jadi tidak boleh menilai siapa benar dan siapa salah....dari pandangan aku tadi, aku sungguh kesian dengan wanita tersebut yang diperlakukan sebegitu rupa, ditarik bagai binatang supaya keluar...wanita itu menjerit tidak mahu tadi dia menyeret sampai terjatuh di tengah jalan....memang aku sangat bersimpati, tapi apakan daya aku tidak mampu berbuat apa-apa...namun begitu, mungkin wanita tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan ingin melarikan diri...tapi kenapa lelaki tersebut menyuruhnya pulang???hurm...tak payahlah kita fikirkan pasal ini, jadikan ia pengajaran dalam hidup kita...


ingat kata-kata dr. darminto tadi...orang yang berfikiran kecil adalah orang yang bercakap tentang siapa...berfikiran sederhana adalah mengapa dan orang yang berfikiran luas dan keratif ialah bagaimana...jadi kita tak perlu tahu siapa dia, tetapi kita boleh berfikir mengapa terjadi kejadian sedemikian rupa???dan bagaimana kita ingin mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi pada masa yang akan datang...kita mencari sebab dan penyelesaiannya...



p/s: please don't underestimate others (^_^)



Monday, March 5, 2012

Just something

Have u ever dream or think to be in other's shoes??Just wanna be someone else who are better, more clever and perfect!!yeah it might look perfect, do you know their problems??do you think their life is just smooth and go well without any problems or obstacles???


yeah, open up your mind!!!!wake up!!!just stay and be who you are but at the same time you have to prove that you can be a better person, you try your best, work harder and finally leave it to Allah almighty...He know everything that happen and He decides the best for your life...so don't regret girl!!


we are strong big girls!!!wipe out your tears and keep the spirit!we can do it!!yeah!

Friday, March 2, 2012

Jalan-jalan di Taman Shahbandar, Kuala Terengganu

Assalamualaikum.....


Dah lama sebenarnya nak tulis entry ni, sebab dah lama pun pegi jalan-jalan masa balik Ganu hari tu...tadi tengok-tengok gambar rasa macam nak share kat sini je..heehe...lagipun adik dah banyak kali cakap suruh upload...bukan apa, malas nak upload kat FB so upload kat sini jelah...aku tahu depa suka stalk blog aku nih..kehkeh =p

sebenarnya banyak betul memori kat taman ni, tempat ni aku selalu lepak ngan kengkawan dulu time sekolah  pergi outing ke makan-makan lepak-lepak...pastu kat sini selalu ada aktiviti banyak jugaklah benda pahit manis yang berlaku kat sini, dating pun pernah kat sini dulu-dululah...tapi memang banyak memori betul (^_^)v


pegi Taman shahbandar tu dengan kakak sulong dan adik bongsu...saja jenjalan makan angin dan ambik gambar, bajet photoshoot..kehkeh...harap korang kalau terbaca entry ini janganlah sampai muntah berdarah yee, bukan apa entry ini akan dipenuhi dengan gambar semuanyaa..here we go!!!



 me and my youngest sis...memang adik besar dari kakak pun :P

adik suka sangat dapat baca BK (Bintang Kecil) siap buat koleksi tahu..


 ok dah dalam bas bandar...bas bandar ni klasik, tempat duduk kayu, rekaan pun menarik...dia lalu kat bandar je sebab tu nama dia bas bandar..hahaha...kakak sibuk bertweet, almaklumlah kaki twitter katakan..semua benda nak tweet...pfftt -,-'


 kakak aku ambik guna camera, adik aku guna BB aku...ok jadi model of the day :p


 me and my sista!!comelkan..awwww..(ok gedik gilaa)


 sukaaa..macam berpakat kan kitorang, adik aku nih nak tiru orang nak pakai puple dia pun nak purple jugak..apa-apa jelah...best jugak keluar beronggeng dengan siblings..heehe


 candid!! and i really like it ^^


 tak boleh nak zoom lagi ke??hahaha

 ini jadual perjalanan bas bandar tu...adik aku yang ambil, ada 2 laluan..apa yang best bayar seringgit je sehala..mana korang nak pergi pun tapi dia memang terhadlah...


 makan dulu!!gorengan..kehkeh



apa yang aku tunjuk pun aku tak tahu...tapi yang pasti itu adalah jejantas ke jeti nakpegi pulau perhentian..aku pun belum pernah ke sana..sobss...

 duduk elok2!!kang ada yang jatuh..hehe

 budak kecik montel!!geram betul nak peluk dia nih..


gambar terakhir...


sebenarnya banyak lagi gambar, beratus kot..heehe...tapi aku pilih yang boleh ditonton umum sahaja, yang lain biarlah menjadi memori dan kenangan kami...bilalah pulak nak jumpa kan..bukan apa, gambar yang kita ambil kekadang boleh menimbulkan fitnah...ada yang kata gedik, bajet macam-macamlah...tapi aku bukan nak buat tontonan sekadar menjadikan ia memori...nanti bila dah tua bukak entri ni..waaaaa, rindunyaaa..hikhik..



Rasanya tu saja, banyak lagi gambar kat rumah, nantilah aku update sikit-sikit....adik beradik ni kalau tak jumpa rindu betul nak jumpa kan tapi bila jumpa gaduh tak ketahuan hala..itulah betul pepatah yang mengatakan carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga..ye dak???ataupun air dicincang tidak akan putus..gaduhla macamana pun dia tetap adik beradik kita darah daging kita, sayangilah mereka seadanya...


thanks for reading!



Kenali mereka sebelum memuntahkan pelbagai persepsi

Assalamualaikum.....


Seperti mana yang korang tahu kan, saya belajar dekat negara orang jauh dari keluarga dan kawan-kawan  rapat...cuma hanya ada beberapa orang rakan seperjuangan yang selalu menjadi peneman..tapi kadangkala berlaku perselisihan faham antara kami sehingga menyebabkan hati ini terguris..ohh, mungkin saya seorang yang agak sensitif tapi saya tahu saya mewarisi sifat ibu, mudah mengalirkan air mata apabila berbicara tentang hati dan perasaan...saya mungkin tidak menangis bila ditumbuk atau sakit secara fizikal, tapi mudah sangat bila hati ini diusik, terutama yang melibatkan soal kawan-kawan dan keluarga tersayang ^^


itu macam dah lumrah dan saya rasa saya sangat kesepian dan keseorangan dan kadangkala rasa kosong...mungkin sebelum ini saya hanya mendengar perkataan ukhwah fillah dan tidak memahami apakah itu...saya juga tertanya tanya mengapa perlu ada perbezaan antara sayangkan kawan baik dan sayangkan kawan baik kerana Allah...saya fikir usrah itu hanya duduk dan dengar ceramah agama macam yang ustaz buat dalam kelas, benda sama dan berulang-ulang walaupun tidaklah mengamalkan sepenuhnya...saya selalu fikir orang yang pakai tudung labuh tu orang yang begitu warak,orang yang tahu serba serbi pasal agama macam ustazah...saya hairan kenapa mereka boleh istiqamah pakai sarung kaki dan sarung lengan sepanjang masa walaupun musim panas dan walaupun baju mereka sudah berlengan panjang labuh..mengapa???


Beberapa bulan yang lepas saya ada ikut kakak-kakak yang buat usrah, diorang ada tubuhkan UTJ (Universiti Tarbiah Jakarta) yang mempunyai banyak jabatan seperti jabatan bahasa Arab, Quran dan sunnah, multimedia dan lain-lain lagi...saya berfikir lagi, buat apa mereka lakukan semua ini??kenapa perlu sibukkan diri dengan aktiviti sebegitu??tidak takutkah pelajaran terabai, kita kan pelajar tajaan ambil pulak kos perubatan dan ada segelintir dentistry...banyak benda nak kena hafal dan faham, kalau setiap minggu ada program daurah bagai, macamana dengan preparation exam??even hari isnin ada exam mereka sanggup pergi daurah hari sabtu dan ahad...Mereka tersangat awesome,subhanallah!!!




mungkin itu sudah biasa bagi mereka yang bersekolah di sekolah agama, yang sejak dari kecil berjinak-jinak pakai tudung labuh, setiap hari pakai jilbab labuh dan tebal sampai dah biasa sehingga sekarang...mungkin juga mereka lahir dalam keluarga yang mak ayah diorang memenag menitikberatkan soal pemakaian sejak diorang kecil lagi...ohhh, bertuahlah mereka tapi bagi yang tidak??bila saya kenal mereka, saya boleh memahami sedikit demi sedikit dan persepsi saya mulai berubah sedikit walaupun saya belum dapat menjadi seperti mereka...


Saya tahu mereka juga seperti kita, masih banyak lagi yang perlu belajar dan menimba ilmu untuk mengisi kekosongan dan ruang dalam diri...tapi mereka berpenampilan sebegitu bukanlah menunjukkan mereka orang yang alim dan ustazah tapi mereka ingin menjaga maruah dan menunjukkan yang mereka itu sungguh berharga, seperti permata....indah bukan, yee memang...yang tertutup itu sememangnya indah...


sejujurnya bila balik rumah saya rindu nak solat berjemaah dan berukhwah dengan mereka...kekadang kat rumah aurat agak terbuka dengan sepupu, pak cik dan macam tak kisah nak keluar jemur kain kat luar tanpa menutup aurat sempurna...sebab apa??takde yang menegur, diri sendiri pun dah lupaa...walaupun kadangkala saya rasa saya tidak layak berada di situ dengan kisah lampau saya yang rasanya tidak perlulah menjadi bahan cerita kepada umum...biarkan masa silam itu menjadi pengajaran dan pengalaman tersebut sememangnya sangat berharga dalam hidup ini...


saya hanya ingin menjadi diri saya dan rasanya saya tidak perlulah nak buat sesuatu yang memang saya rasa saya tak mampu nak buat...memang jauh di sudut hati ini ingin berubah menjadi seorang yang lebih baik, insyaAllah, berubah kerana Allah dengan ikhlas bukan sebab nak ikut orang dan sebab lain, nanti jadi riak...apa yang penting kita happy dan buat apa yang kita suka selagi tidak melanggar syariat (^_^)


p/s: saya manusia biasa, bukan budak baik tapi ingin jadi baik xD

nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...