nuffnang

Monday, October 29, 2012

belajar bersabar ye sayang (^_^)

Bismillahirrahmanirrahim......


ada kawan cakap minggu ni minggu orang stress!! semua orang nak stress, semua orang nak naik angin, nak marah, nak beremosi...jadi semua orang rasa nak marah, sakit hati, dendam, benci, menyampah rasa nak marah orang je kejenya..pokoknya STRESS!!



Astaghfirullahala'ziim....istighfar banyak-banyak tarik nafas dalam-dalam....




"esok kita pergi kantor imigrasi sama-sama ye! lepas habis kelas terus pergi" 

kata seorang sahabat yang boleh dikenali sebagai A kepadaku...so aku masih berpegang kepada janji tersebut sehinggalah keesokan pagi si B sms aku dan beritahu dia akan ke sana dengan si A...A kawan rapat dengan si B berbanding aku yang hanyalah kawan biasa-biasa...so aku dengan rasa yakin dan percaya bahawa mereka berdua telah bersepakat nak pergi bersama-sama...ok takpelah, aku cubalah pergi dengan orang lain...tak kisah sangat pun...aku pun tanyalah orang lain dan ajak pergi sama-sama sebab perjanjian yang telah dibuat dengan si A tadi automatik terbatal sebab si B dah cakap dia pergi dengan si A...




lepas aku kelas aku beritahu sms si A dan tanya kepastian dan tetiba aku kena marah...kali pertama aku kena marah oleh si A sepanjang aku kenal dia....dia cakap aku suka buat plan aku sendiri, tak pernah nak tanya dia dulu pun...aku ataupun si B bukanlah parent dia atau siapa-siapa untuk buat keputusan bagi pihak dia...dia cakap lepas ni dia dah tak boleh nak bergantung harap pada orang lain lagi dah...dah tak boleh nak percaya orang lain lagi dah...dangggg!!! sebijik kena atas kepala aku...walaupun aku menjadi mangsa keadaan tapi kenapa aku???si B yang buat plan tanpa cakap dengan si A terlebih dahulu kenapa aku yang kene marah???  *nangis*




A seolah oleh meletakkan kesalahan seratus persen ke atas diriku, semalam janji nak pergi dengan dia lepas tu hari ni tukar plan nak pergi dengan orang lain...tapi masalahnya, aku tak tahu semua ini...salah faham dan aku menjadi mangsa keadaan...wuwuwuuwu...cara dia cakap tu macam aku ni seorang yang tidak boleh dipercayai, suka mungkin janji dan...dan...aku call dia berkali-kali tak nak angkat, aku cuba explain tak nak dengar...aku sediiih sangat T_T geram dan nak marah pun ada, kenapa nak marah?? kenapa tuduh??




aku hati sensitif, jiwa lembut walaupun luaran nampak je keras...tapi bila orang marah aku terus aku down, rasa macam sediih sangat...aku nangis dalam hati, sedih sangat dengan sikap orang lain tapi aku faham kalau aku di tempat A mungkin aku akan melakukan benda yang sama...mungkin tak boleh nak salahkan si B sebab mungkin dia merancang nak beritahu nanti, tapi kenapa bagitau orang lain dulu tanpa tanya tuan empunya diri?? itu satu persoalan :/ alih-alih orang lain yang jadi mangsa :(




pergi ke kantor ada masalah pulak dekat sana, dalam hati dahla tengah menahan rasa sedih, nak marah, stress...macam-macam perasaan ada...memandangkan aku orang yang bertanggungjawab untuk suruh mereka pergi tandatangan, yang contact dengan orang yang uruskan tu, lantas aku ditanya seolah-olah itu semua salah aku...hurmmm...aku tak tahu apa-apapun..aku rasa macam stress sangat tapi tak tahu macamana nak luahkan...ya Allah!! ada kawan yang buat muka, hentak hentak kaki nak marah pastu bebel tak berhenti-henti dan keluarkan kata-kata kesat..



....................





masa ni aku baru rasa nak muhasabah diri...refleksi diri...tahap manakah kesabaran kita?? saat-saat beginilah sikap kita teruji, sabarkah kita dalam menghadapi masalah yang melanda?? bagaimanakah kita mengawal emosi dan menahan nafsu nak marah, memberontak???



emosi sebenarnya adalah anugerah Allah s.w.t kepada hambanya untuk disalurkan ke arah kebaikan...namun banyak kali dan ramai orang tidak dapat mengawal emosi sehingga tercetuslah pelbagai masalah...ini mungkin kerana tak cukup sabar atau dek kerana kelemahan iman dalam diri sendiri..



Orang kuat itu bukanlah yang menang dalam gulat tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. (HR. Bukhari dan Muslim)



aku juga mungkin menuduh orang suka marah tanpa sebarang usul periksa, adakah dia pun ada masalah lain? sepatutnya aku kene bersifat berlapang dada Bak kata Imam Hasan Al Banna (IHAB) ukhuwah itu cinta dan kasih, dan paling minima cinta dan kasih itu adalah berlapang dada dan maksimanya adalah itsar (mementigkan sahabat lebih dari diri sendiri)..Bagaimana  kita mahu mengambil puncak ukhuwah sedangkan selemah-lemah ukhuwah (berlapang dada) belum sebati dalam diri kita? Allahurabbi... tahap paling minimum itu pun susah nak dicapai kalau dah masuk saat saat yang genting sebegini, bagaimanakah mahu menimbulkan hubungan ukhwah yang lebih mantap dan berkualiti?? tepuk dada!!


jangan bercakap dengan aku, jangan tanya aku, aku tengah stress!!


kau cakap kau tak marah tapi gaya kau tu dah cukup menunjukkan kau marah...kata seorang sahabat.....ya Allah, aku kena banyak lagi belajar...belajar cara mengawal emosi, belajar untuk bersabar dan belajar menerima kekurangan orang lain...aku ingat dengan cara berdiam diri sudah cukup tapi gaya dan perwatakan aku masih belum cukup menunjukkan yang aku tidak marah...



lantas bagaimana?? biarkan ia membengkak di dalam dada?? menjadi duri dan bernanah...ya Allah pasti sakit menahannya...tapi ia akan menjadi lebih sakit kalau dilepaskan :(




cari penawar hati....cari penenang jiwa....





Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang (Ar-ra'ad:28)



kalau kita dah tahu itulah caranya, kenapa nak cari cara lain?? tengok movie?karoke?lepak? untuk hilangkan stress...kalau kita dah tahu dan faham, insyaAllah kita tahu bagaimana cara untuk kita buat hati rasa tenang kembali...istighfar banyak-banyak, ingat Allah..jangan mudah marah dan melenting...



banyak lagi harus belajar, banyak lagi harus perbaiki...sebab tu perlu kawan-kawan yang dapat bantu ingatkan saat kita lupa, yang boleh bantuk naikkan semangat kita balik saat kita down..carilah sahabat yang baik...cuba dan terus mencuba, hilangkan kebencian, tanamkan rasa sayang dan cinta....allahu'alam :D




Friday, October 26, 2012

selamat hari raya Aidiladha :)

Assalamualaikum........


tahun ni masuk kali ke dua aku merayakan aidil adha di bumi jakarta....Alhamdulillah masih boleh solat sunat hari raya seperti biasa...tadi sebenarnya beria nak solat sunat dekat court tennis tapi bila sampai je mereka dah start solat....jadi kami pun berjalan ke masjid nurul hikmah, nasib baik sempat :D



walaupun raya bukan bersama keluarga, hanya kawan-kawan di sisi tak kisahla kan, raya ni bukan tengok atas dasar makanan, kemeriahan atau sambutan tetapi bagaimana kita menghargai dan menghayati pengorbanan nasi Ibrahim a.s sanggup nak korbankan anak sendiri dan nabi Ismail juga sanggup kerana mereka tahu itu adalah suruhan Allah s.w.t...lihatlah betapa tingginya ketakwaan dan keimanan mereka...sanggup dan redha melakukan apa sahaja suruhan Allah 



tadi khutbah lepas solat macam biasala cerita tentang pengorbanan nabi Ibrahim kan, tapi yang agak terkesan adalah tentang rasa bersukur dan kehambaan...kita tak sedar sebenarnya nikmat yang kita dapat sehari-hari ini sungguh besar, tidak ternilai...nikmat sihat, nikmat hidup di bumi menghirup udara...subhanallah!! sedarkah kita?? Allah hanya memberi kita secara percuma semua itu, langsung tak minta apa-apa bayaran...kalaulah tidur dekat hotel kena bayar 500ribu rupiah satu malam, ini langsung tak perlu bayar...tidak bersyukurkah kita?? bayarannya hanya buat apa yang Allah suruh, tinggal segala laranganNya...bunyi senang kan? tapi haruslah bermujahadah dan istiqamah, insyaAllah ^^



kami lepak dalam bilik bukan sebarang lepak, makan brownies dengan kerepek singkong pemberian murabbi kami,heheee...dia pergi bandung lepas tu buat suprise datang rumah malam-malam...kaget kami dibuatnya...kawan ajak tengok short film tomato 2.0...best...sape belum tengok tomato 1.0 silat tengok yang tu dulu, lepas tu layan kat bawah ni..hehee







"Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat). 

[Surah Al-Mu'minuun : 99-100]





melakukan perubahan itu bukanlah satu pilihan, tapi kemestian



macam lari tajuk sikit kan, padahal nak cerita pasal hari raya....heheee..selamat hari raya aidil adha kepada semua umat Islam...tadi saya sambut dekat kedutaan Malaysia di Jakarta...dapatlah jugak merasa daging korban..alhamdulillah :)



Thursday, October 25, 2012

BBQ dan Taman Safari

Assalamualaikum.........


hari minggu yang lepas, kami buat satu program bbq+ pergi taman safari....tujuannya memang nak ajak semua junior 2012 tapi ada 5 orang yang tak dapat ikut dengan sebab sebab yang tertentu :D petang sabtu kami bergerak ke rumah senior Trisakti dekat area Jalan tawakal :) nak bawak depa kenal rumah senior padahal tuan takde pun, hanya ada beberapa orang je sebab yang lain semua tengah practical, coass so tinggal dekat luar kota..tinggallah beberapa orang kakak saja ^^



sampai je kami buat game saja untuk mengisi masa diorang...game simple-simple pakai selimut..muaheheee..jangan fikir bukan bukan ye :p kami bahagikan mereka kepada dua kumpulan dan mereka akan dibahagikan dengan selimut comel...selepas selimut pembahagi dibuka, mereka harus meneka terikh lahir kawan yang jadi wakil kumpulan satu lagi, sape cepat dia menang!!! tapi yang best main teka-teka suara, kena buat suara then teka itu suara siapa..kelakar! kiut! comel!hahaha


 jagung yang menanti waktu untuk dibakar..yummmy!

 kami makan dalam talam...best!! bukan selalu makan macam ni, kami tinggal kosan, talam pun takde :(


 satu talam tapi belum lengkap, belum masuk sosej, sotong, ikan :) 


malam tu lepas makan ada kakak comel sharing-sharing dan kami tidur secara berjemaah...best sebenarnya tidur neramai-ramai, rindu saat itu...tidur kat kosan ni biasalah tidur sendiri, rindu tido dengan adik..wuwuwuwuuw


.............................................

21 october 2012. lepas makan nasi uduk, jam 6.20 kami bergerak ke bogor! naik 3 avanza

 we are stuck in the thousands angkot there *thousands??hyperbola..tongue out*

kalau korang semua nak tahu bogor ni pengangkutan utamanya adalah angkot, kalau tak tahu angkot tu apa, nama panjangnya adalah angkutan awam...bentuknya seperti yang kita dapat lihat dalam gambar dia atas, macam van tapi mengangkut orang ke sana ke mari...di sini tiada teksi seperti di jakarta, bajaj pun takde hanya angkot, beca jarang jarang dan kenderaan sendiri sahaja...jangan mimpi nak cari busway keteksi ke, kalau ada pun teksi sesat dari jakarta..haha


kereta kami bergerak pergi ambil kak masita dulu, dia coass (co-assistant doctor or practical)  kat bogor, so kami ajak dia pergi sekali dan tempah makanan kat situ :) makanya dua kereta yang lain terus ke taman safari manakala kami melencong ke bandar bogor dulu dan tersepit di tengah kemacetan pasar bogor..huhuhuuhu...



biri-biri yang bakal disembelih untuk korban....anda semuadah bersedia??heheee


 peneman sejati dalam kereta sepanjang perjalanan kami ^^


kami sampai kira-kira pukul 10 pagi dekat pintu pagar dan bermulalah perjalanan kami di dalam hutan yang penuh dengan binatang..woot...wooot...


mula-mula jumpa gajah, kami kasi dia pisang tapi jatih dalam longkang :( gajah ni berusaha keras untuk ambil dan akhirnyaaaaaaaa dia berjaya!! *tepuk tepuk tangan*


 next,camel!!! so cute!!bersungguh makan carrot :)



 ok, what is this...a deer?i'm not sure..hehee :p


 can u see the elephant?walk besides our car..elephant ni pandaii sangat!! kalau orang kasi duit dia akan kasi pada tuan yang duduk kat atas tu tapi kalau kasi makanan, carrot ke pisang dia akan makan..hehee..


 hai abang zebra!!! cantik sangat stripes dia. sangat!!! kami panggil suruh datang dekat kereta nak offer makanan lagi tapi dia berlagak macho, stay je kat situ...tapi kat depan2 sana banyak lagi zebra yang datang serbu kami :)


 sleepy tiger! auum!


 the lazy hippo!!! they are so lazy, malas gilaaa...hahaa..tido je keje, ada yang jenis berdiri tapi kepala letak bawah, diorang cakap kepala berat tak larat nak angkat..haha...lawakla! lempar carrot nak sedarkan dia tapi takde effect pun, tido macam tu jela..huhuu

dalam pukul 12lebih kami sampai....kitorang solat dulu baru masuk baby zoo dan makan! ^^

 posing dengan pak cik gajah...takut nak gi dekat sangat sebab dia tengah makan, nanti kalau dia marah tendang terpelantinglah kitaa..huhuu


 lupa nama bangunan ni


 hurmm..kalau diorang sakit jangan dekat-dekat berjangkit!


 performance burung!!dia lempar makanan dan burung tu tangkap..menarik jugak...kami tengok banyak binatang lagi tapi lupa nak cas kamera, habis batery dah...tengok sea lion yang sungguh pandai..korang kalau pergi kena tengok...

untuk tengok performance binatang ni dia ada waktu-waktu yang tertentu....nanti korang tengok jela :) ada banyak lagi performance dolphin, tiger dan banyak lagilah..lupa..heheee..kami tengok burung dengan sea lion je, time tiger tu dah penuh...huhuuu...lain kali kena pergi awal sikit dari waktunya ^^


kami naik gajah...best!!! naik cable car dan beberapa games lagi kat sana, kira berbaloilaa....super duper excited dan rasa macam tak nak balik tapi kena jugak balik, hari dah lewat petang besok sekolah...huhuu


ohh ini taj mahal indonesia.. :)


kami pulang dalam pukul 4lebih berenti solat maghrib dekat KFC dan sampai kira-kira pukul 8 malam....alhamdulillah semua yang dirancang berjalan lancar walaupun ada kekurangan di sana-sini..huhuuu..kita hanyalah perancang, tapi Allah yang menentukan...heeeeee


thanks for reading!!




Saturday, October 20, 2012

Jangan biarkan sindrom ini membelenggu diri anda ---> Baby elephant syndrome

Assalamualaikum.......

Alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kupanjatkan kepadaMu ya Allah...tuhan maha pengasih dan penyayang, tuhan sekalian alam...banyak benda dan perkara yang ingin aku kongsi tapi rasanya tidak terluah melalui kata-kata, melalui tulisan..sungguh!! hanya orang-orang yang merasainya sahaja akan merasa betapa sedap, betapa nikmat dan betapa indahnya kehidupan kalau disertai dengan kefahaman dan perkara-perkara yang kita pasti pengakhirannya...



"Begin with the end in mind"



kalau nak diikutkan, aku mungkin belum benar-benar bersedia untuk memikul 'tanggungjawab' dengan sibuk exam, sibuk dengan persatuan dan sibuk nak membuatkan mereka yang belum faham turut sama-sama faham kenapa dan mengapa...ada seketika aku merasa stress dan tertekan bila mana aku terpaksa mengabaikan keseronokan duniawi untuk menonton bertimbun-timbun filem dan cerita di waktu senggang, berehat-rehat guling-guling atas katil, berkaroke dan banyaaaaak lagi...tapi bila buka Quran, selak ayat-ayat cinta terasa bagaikan terkena panahan..ouch!! sebab tu benda ni tak boleh tinggal, kene selalu muhasabah diri, kene selalu bersama mereka yang bersemangat sebab takut bila dah sekali tinggal, kita akan tinggalkan untuk selama-lamanya...



“Allah pelindung orang-orang yang beriman, Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang kafir, pelindungnya adalah setan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. mereka adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya”. (QS.2/257)



Allah mungkin dah bagi kita hidayah sehingga kita boleh membuka hati seluas-luasnya dan mencuba untuk menjadi seorang yang lebih baik, mungkin bukanlah yang terbaik tapi adalah diri kita sendiri yang lebih baik :D Jagalah cahaya (iman) ni supaya kita tidak tergolong dalam orang-orang yang masih berada dalam kegelapan, terkapai-kapai mencari cahaya, mencari jalan keluar...kita sendiri pun kalau jalan tutup mata tak nampak cahaya gelap gelita susah la nak cari jalan keluar kan??



okey saya nak berbalik kepada tajuk asal, baby elephant syndrom....pernah dengar tak??okey, ini bukan penyakit medic *mentang-mentangla bakal doktor* tapi ini adalah penyakit hati...saya pun baru je dapat perkongsian ni masa buat program dengan junior baru...heh, kita bukan setakat datang menyibuk, tapi dapat ilmu baru jugak tahu..heeee :p 


gajah yang comell ^^


ok secara ringkasnya cerita dia macam ni, sejak kecil anak gajah diikat dengan rantai di kakinya. Anak gajah cuba untuk melepaskan diri dengan kudratnya yang kecil tetapi gagal. anak gajah ni cuba berulang-ulang kali tapi masih juga gagal. Selepas beberapa tahun, anak gajah yang kecil tadi sudah menjadi abang gajah, kalau nak diikutkan dia mampu untuk melepaskan ikatan tersebut dengan saiznya yang sudah besar tetapi sudah berhenti cuba untuk melepaskan diri.  Jadi di sini kita dapat melihat bahawa abang gajah sudah berputus asa dan sudah bertukar kepercayaannya yang menyebabkan dia tidak berjaya.

Inilah kesan ‘baby-elephant syndrome’ , di mana anak gajah tadi telah didoktrin bahawa dia tak akan boleh melepaskan diri sejak kecil. Kini yang merantai gajah tadi adalah fikirannya, bukan lagi rantai di kakinya. Maka letaklah matlamat setinggi mungkin dan bebaskanlah fikiran kita dari suara-suara negatif yang boleh membantut usaha. 

Melaksanakan perubahan bukan satu pilihan, tapi kemestian. Syurga hanya memilih orang-orang yang hebat untuk menghuninya, maka pilihan yang kita ada hanyalah berubah ke arah yang lebih baik dan hebat kerana saya yakin syurgalah tujuan dan matlamat terakhir kita.

adakah anda pun macam anak gajah ni tadi??jadikan kisah masa lalu sebagai alasan untuk kita berada di takuk lama, takut untuk membuat perubahan, latar belakang keluarga dan kisah silam tidak boleh merantai kita...ayuuh bangun dan bangkit membuat perubahan dalam diri...berubah tidak perlulah mendadak tetapi ia merupakan satu proses dalam diri kita, dari seorang yang tidak tahu kepada tahu, malas kepada rajin, negatif kepada positif..ayuuh!!!

saya mungkin termasuk dalam salah seorang yang takut untuk berubah, setahun saya ikut tarbiyah saya melawan kehendak hati...tertekan dan stress :O saya rasa dan tahu saya kene berubah saya nak berubah tapi saya takut, saya tak berani saya takut tak dapat nak istiqamah...Allahurabbi T_T  

mungkin kita dulu karoke dalam satu bilik, bermain bola dalam satu padang, bertepuk tampar dengan lelaki itu normal tapi bila kita dah tahu benda tu totally wrong, kita kenalah berubah..hohoooo... bukannya jadi anti lelaki tapi menjaga ikhtilat...kita bermesra sesama perempuan lagi baik bukan sahaja merapatkan ukhwah dosa pun tidak...cuba dari benda kecik-kecik macam ni lepas tu benda besar akan datang kemudian, insyaAllah..saya dah cuba!! awak pun boleh!!mari bebaskan diri dari 'baby elephant syndrome' :D

"Don't let your past dictate who you are, but let it be part of who you become."

Tuesday, October 16, 2012

kerana kita, orang yang kita sayang ditarik ke neraka :(




saya nak jadi anak solehah....saya doa kuat-kuat, minta dekat Allah supaya Allah kuatkan hati saya untuk benar-benar berubah...berubah mengikut ajaran dan acuan Islam yang sebenar, bukan sekadar nama saja yang Islam....saya tak nak sebab saya, salah saya orang lain yang jadi mangsa...saya tak nak sebab saya orang lain yang terpaksa menanggung dosa, astaghfirullahal'aziim T_T



Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


Suaminya


Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.


Abang-Abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.


Anak-Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.





seindah hiasan adalah wanita solehah :D

 credit to i luv islam


mungkin ayah kita, abang kita dan adik beradik kita terlepas pandang benda ni...lupa mereka punya anak dan adik yang perlu dinasihati...jadi kalau kita dah sedar, apa kata kita yang berubah..jangan sebab kita mereka yang ditarik ke neraka, nauzubillah!

ramai orang cakap nak jadi wanita solehah tapi seberapa ramaikah yang benar-benar berazam, berubah melaksanakan apa yang diucapkan itu?? muhasabah diri....usaha dan terus berusaha....wallahu'alam..



Saturday, October 13, 2012

Rehlah ke curug ngumpet, Bogor

Assalamualaikum......


minggu lepas kami pergi rehlah dekat bogor, mandi curug!!! dah cerita dekat post yang sebelumnya tapi saya  rasa tak lengkap kalau tak share beberapa gambar yang best dan cerita perjalanan kami...dari dulu lagi, kalau pergi mana-mana makan apa ke mesti nak share, sekarang ni je kurang...seminggu 1-2 entry je naik, sebab tak nak tulis entry yang merepek meraban yang langsung tak beri manfaat kepada pembaca, kalau nak diikutkan banyak benda nak share, tapi bila ditimbal balik mana yang tak patut tu letak dalam draf je..heheee...


saya ni suka benda yang boleh dijadikan kenangan dan insyaAllah blog ni dah macam timeline kehidupan saya sejak dua tahun lepas dan benda yang saya post dekat blog ni adalah selari dengan kematangan saya dalam kehidupan (matanglah sangat lol) gitew!! saya bukanlah penulis/blogger tegar, cuma saya suka berkongsi, mana yang baik jadikan pedoman yang kurang tolong tegur saya..saya manusia biasa, tidak sempurna, perlukan nasihat dan teguran (^__^)



hadaf rehlah 'kitalah' ini adalah untuk merapatkan ukhwah fillah bulatan gumbira kami...nama rehlah kitalah ni pun hanya kitorang fikir masa tengah main-main air kat sana...nama gabungan kunang-kunang dan salsabila telah digabung menjadi kitalah...jap kita tengok gambar jela ehh :)


kami pagi-pagi lagi dalam pukul 6gerak naik busway depan citraland terus ke stesen cawang...lepas tu tunggu nak naik train dekat stasiun cawang...ok, ni kali kedua naik train di Indonesia, yang pertama naik yang best, siap bantal selimut lagi time pergi surabaya tu...tapi ni yang ala-ala ktm jugak dan kami berdiri je sepanjang hampir sejam perjalanan tu :)


 model stasiun cawang

 gerabak khusus wanita pun baru ada, baru je start 0ctober 2012...wahhh best!! barulah tak payah nak berhimpit dengan lelaki ke apa kan...dekat Malaysia lebih awal start la nampaknya...


 dekat stasiun...kat sini suka hati je nak lintas landasan tu, keselamatan agak kurang la..huhuuu

 kami dalam train...sempat lagi kan, tak kisah dah ada orang tengok ke tak...tapi time ni tak ramai sangat lagi orang...jap, dekat stesen tu saya ada satu kisah..mungkin kalau saya rajin nak cerita, tungguuuuu di post yang lain :)


 ok kami dah sampai di bogor!

alhamdulillah, sampai je kat sini kami terus dapat sewa angkut untuk naik pergi ke curug...sebenarnya ada akak yang kenal dengan supir angkut ni, so senanglah kejenya...

kami sebenarnya nak pergi curug nangka je, katanya kat situ best tapiii....bapak angkut ni offer kitorang untuk naik ke curug yang lebih tinggi dan best katanyaaaa...kami semua pun setuju dan ikut saja, tapi perjalana dalam angkut tu memang lama, hampir sejam setengah..wuwuwuuwuu...dalam hati fikir, kalau pergi curug yang dekat tadi pun ok jelaaa, padahal tadi beria nak yang lebih alami, best tak kira jauh ke tak..cakap tak serupa bikin..manusia memang macam ni :(



 alhamdulillah..sampai! curug ngumpet!!muka-muka excited..saya yang paling excited sebenarnya..hikss

 perjalanan yang penuh dengan batu-batu seperti kehidupan kita yang penuh dengan likut-liku...halangan dan cubaan selalu ada, hanya kita yang dapat menentukan sama ada kita nak buat ke tidak, yes or no!

 innocent me -,-  ya rabbi sejuk sangat airnyaaaaaaaaaaaa..sukaaaaaaaaaaa ^^


kami :3


kami dibekalkan dengan nasi lemak oleh akak-akak yang comel tu..heee, nasi lemak juga sedap!!dan sepanjang mandi-mandi tu kitorang ada buat performance macam pantun, nyanyi dan lakonan oleh kitorang...gelak ketawa sesama kita je, heee...tempat ni memang sangat sejuk, dingin..subhanallah! :D


kami pulang dalam pukul 1lebih macam tu...akhirnya dapat jugak saya mandi air terjun sebab dah lama nak, walaupun tak dapat pun nak pergi betul-betul bawah tu sebab air sangat dalam dan kami dilarang..wuwuuwu...overall, alhamdulillah!! semuanya berjalan lancar dan harap sangat ukhwah yang kita bina ni bukan hanya biasa-biasa saja, ukhwah till jannah :)


p/s: saya nak share video ni...muhasabah diri, betapa rasullullah sangat sayangkan umatnya..bagaimanakah kita?Allahurabbi  T_T


Monday, October 8, 2012

Hari minggu yang sungguh bermakna :)

Assalamualaikum............


hari minggu kali ni terasa sangat bermakna, ada 3 program yang aku lalui dan di tiga tempat yang berbeza...lepas je exam, malam tu ada daurah yang sangat best, kemudian sabtu pergi rehlah bersama adik-adik 2012 di monas dan hari ini ke bogor untuk rehlah dan mandi air terjun....Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan memberi banyak ilmu dan kenangan yang sumpah best dan sweet yang mungkin tak akan dapat kalau aku tidak memilih jalan ini :)



sebenarnya aku ada berkira-kira untuk pergi main satu game ni, perancangan hanyalah setakat biasa-biasa saja tapi terbuat janji untuk pergi dengan seorang kakak yang aku hormati dan perasaan bersalah untuk mengatakan tidak tu sangat payah..yee, saya memang seorang yang agak payah untuk mengatakan tidak sebab takut orang berkecil hati, orang rasa nak marah dan apa-apa lagilah...banyak benda yang bermain di fikiran dan setelah membuat pertimbangan aku yakin aku telah buat pilihan yang terbaik :) mungkin game tu boleh main bila-bila masa lagi dan tak rugi apapun tapi ilmu yang aku nak dapat ni mungkin kali ni saja dan kalau tak pergi mesti menyesal...



aku juga ada beria nak pergi mandi air terjun dekat bogor tapi alhamdulillah tak sangka aku pergi juga ke bogor hari ini dengan izin Allah tapi dengan orang yang berbeza...nampak tak kat situ, ya Allah aku dapat rasakan yang Allah tu memang maha penyayang dan maha mengetahui...perjalanan yang sungguh cepat macam jadi kartun dah membuatkan aku tetiba rasa malas nak tidur tapi ada sorang kawan ni, dia sangat sweet sebab dia cakap aku beruntung jadual hari minggu penuh dengan benda yang berfaedah sampaikan aku takde masa langsung untuk buang masa..comel kan??hati kembali mekar berbunga, ciyehh ^^



mak aku selalu pesan, duduk tempat orang jaga diri baik-baik, jangan buat mende mende yang tak elok, bukan-bukan dan pilihlah kawan yang baik....istilah kawan hanya datang time senang je lepas tu time susah semua lari tu adalah istilah bagi orang orang yang bersahabat dengan orang yang salah, salah pilih kawan...orang yang hanya nak berdamping dengan kita di saat kita gembira, berjaya, banyak wang, popular dan sebagainya...lepas kita ada masalah, mengalami zaman kejatuhan, semua kawan kutuk dari belakang, langsung tak pandang kita..itulah kawan yang salah...




“Sahabat yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,
kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan
ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”




waktu kita sedih ada yang menceriakan, waktu susah ada yang bantu, waktu kusut ada yang bantu leraikan...ingatkan kita tentang Allah, alam akhirat, syurga, mengajak kita buat benda baik adalah sahabat yang baik..berdampingan dengan sahabat sebegini secara tidak langsung akan membuatkan kita menjadi seorang yang lebih baik daripada kita yang sebelumnya, menjadikan diri kita secara perlahan-lahan akan menukar cara dan perwatakan kita...bukan kerana terpaksa, dipaksa tetapi secara ikhlas, ikhlas lillahi ta'ala :D



Aku minta dengan Allah supaya aku dapat kawan-kawan yang baik, tepi aku dapat lebih dari itu...subhanallah!! Allah bukan setakat bagi aku kawan yang baik tetapi Allah bagi aku kefahaman tentang agama dan hidup yang lebih baik, lebih terjamin berbanding kehidupan dunia yang sementara penuh dengan permainan dan sandiwara...Allah kuatkan lagi hati aku dan buka minda aku untuk menerima kebenaran..ya Allah aku sangat bersyukur kerana aku mengenali tarbiyah di saat aku masih lagi muda, awal 20-an, masih bergelar mahasiswa belum bekerja dan menyibukkan diri dengan dunia serta masih sendiri, belum berdua..heee :D



nampak tak??itulah yang aku maksudkan...aku ada tulis dekat twitter yang 'satu yang aku minta tapi banyaaak yang engkau beri' inilah apa yang aku maksudkan....syukur...syukur...syukur padaMu Ya Allah...aku sangat bersyukur sebab Allah masih sayang aku, masih bagi aku peluang dan ruang...perancangan Allah itu sungguh cantik dan tersusun, sejauh mana aku nak lari pun tak dapat, aku terikat dan tak boleh lari...natilah aku nak share pasal benda ni, insyaAllah...




Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)

Kunang-kunang + salsabila 

 rehlah makan-makan di Monas bersama kakak-kakak dan adik-adik :D


Selepas program hold my hand


 dalam train...otw to bogor :)

di curug ngumpet!

daurah dan rehlah ni berjaya menyatukan dan merapatkan hubungan dan ukhwah sesama kitorang... alhamdulillah..semoga ukhwah dan ikatan yang terjalin ini akan kekal selamanya dan diredhaiNya, insyaAllah ^_^




Monday, October 1, 2012

Budi bahasa budaya kita

Assalamualaikum...........


warkah pertama di bulan Oktober...Alhamdulillah tadi baru selesai exam practicum anatomy untuk blok traktus urogenital...apa jua hasilnya, kita bertawakal sahaja...insyaAllah kita pun dah cuba yang terbaik :D esok ada lagi exam practicum biochem dan skill lab...kali ni kami buat anemnesis III, kene berlakon jadi doktor la pulak yee...mudah-mudahan urusan dunia yang sedang saya lalui ni berjalan lancar, insyaAllah....


balik je dari exam saya pergi pasar kopro, beli barang-barang dapur untuk masak...yeayh, rajin masak sekarang tau! nak kene belajar masak jugak nanti balik rumah senang nak tolong mak, balik haritu pun banyak tolong kat dapur, yeay!! good improvement :p


apa yang saya nak cerita tadi time saya nak balik lepas dah beli barang apa semua, saya bawak beg sebab senang nak bawak basikal, oh yee, saya beli basikal dengan senior, dia dah nak masuk klinikal so basikal tu tak pakai...saya dah lama nak beli basikal tapi asyik tak jadi je, kali ni baru beli betul betul punya...thank you kak ana! *kalau akak baca ni * heee saya kenal akak ni sebelum masuk ukrida lagi, dia ada komen dekat post yang pasal saya nak pergi ukrida tu...hmmm akak ni baik sangat, tapi kalau jumpa depan-depan rasa macam segan, aish!! i olls ni pemalu >__<"


sambung cerita....ada sorang bapak ni sedang mop lantai depan kedai emas kalau tak silap...saya kebetulan memang nak lalu jalan tu tapi tetiba ada seorang auntie cina yang lalu....mungkin dia tak perasan yang bapak tu tengah mop lantai, dia jalan terus jee ke depan lepas tu tetiba bapak tu cakap 


" dasar gak punya rasa hormat, setan!!" 

"apa kamu manggil saya setan ya tadi?"

"iyaaa..memang keturunan setan kalau kayak gitu"

"kamu kalau ngomong jangan......"


ok aku tak dengar apa lagi perbualan mereka selepas itu, tapi muka untie tu merah nak marah ke malu ke tak pasti...tapi dia memang bengang la dengan bapak yang tengah mop lantai tu....saya ambil jalan lain sebab nak cepat balik rumah, tak jadi ikut jalan yang tengah dimop oleh bapak itu tadi....


pengajaran dari kisah ni...ermm banyak sebenarnya...benda ni pun banyak sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian kita...orang kata kalau siang-siang pandang-pandang kalau malam dengar-dengar....bapak tu tak patut cakap autie tu setan dan auntie tu pulak memang tak patut jugak jalan tak pandang kiri kanan...main serbu je, kita pun sebenarnya selalu macam ni kannn....


kita ada matlamat kita sendiri, nak capai destinasi dengan tenang, cepat, selamat tapi kita langsung tak pandang kiri kanan...matlamat paling besar yang kita nak capai mesti SYURGA kan...ermm dapat tak kita masuk syurga sorang sorang???berjalan, beramal je sorang sorang tanpa hiraukan orang lain tengah merangkak, menangis, meraung kat tepi..macam complicated kan?? itulah kadangkala kita ni perlu berkorban untuk bantu orang lain...


ok cuba bayangkan kalau kita lari sorang-sorang untuk 400 meter contohnya...mesti cepat kan kita sampai...tapi cuba bayangkan lagi kita sampai sorang sorang je, orang lain semua tertinggal kat belakang, adakah kita ni pentingkan diri sendiri??dan bukankah kita akan sampai dekat garisan penamat tu sorang sorang je, sunyi (T_T)...cuba kita pimpin tangan kawan kita, yang sakit, berjalan bertatih tatih, ada yang cepat penat, ada yang nak berehat seketika,tak mampu lagi berlari...kita terpaksa perlahankan larian kan, tunggu dia, jalan lagi...lambat, memang lambat...tapi akhirnya kalau kita dapat sampai ke destinasi sama-sama perasaan tu sangat best! gembira!yeayyy!!!

tengok pinguin ni...comel sangatttt!! jalan berpegang tangan sama-sama...kita pun kena macam ni, jalan sama-sama...kalau ada yang jatuh, ada yang tolong pimpinkan, ada yang sedih kena ada yang menceriakan ^^

satu lagi kita ni kena hormat orang, tak baiklah cakap orang tu setan ke apa kan...kita ni manusia biasa je, mana ada sempurna pun...orang kata dia tu perfect! dahla cantik, pandai masak, pandai kemas rumah, pandai belajar...tapi mungkin adab dengan orang kurang? ermm atau apa-apa sajalah lagi...jangan cepat sangat melatah, menuduh orang sana sini, bawak cerita, bawak mulut, fitnah...astaghfirullahal'azim...minta dijauhkan la dari semua benda tu kan...


tapi itulah fenomena biasa...pepatah pun ada, kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa...kalau bapak dengan auntie tu sama-sama berlapang dada, memang tak jadilah gaduh macam tu kan....ooh mungkin dia tak perasan kot sebab tu laaa...emm kita pun kenalah macam tu, kalau ada orang buat salah kena berlapang dada, jangan nak itu sangat nafsu marah, benci semua tu..nikmat Allah tu sangat besar, memang tak mampu pun kalau nak balas..Allah pun ada berfirman: 


Padahal tidak ada seorang pun memberikan suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya. Tetapi (dia memberikan itu semata-mata) karena mencari keridhaan Rabb-nya Yang Maha Tinggi. Dan kelak dia benar-benar mendapat kepuasan. (QS. Al-Lail: 19-21)



wallahu'alam...semoga jumpa lagi! :)







nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...