nuffnang

    Monday, December 23, 2013

    kita pendosa


    kejahatan bukanlah satu kebetulan,
    ia adalah kebiasaan yang dibentuk perlahan-lahan,
    tahap demi tahap.

    ada pantun melayu:

    siakap senohong, gelama ikan duri,
    bercakap bohong lama-lama mencuri.

    mula mula mencuri barang dalam rumah.
    curi duit dalam dompet ayah dalam beg mak,
    tak ada rasa bersalah, mulai curi barang kawan,
    lama-lama mencuri dekat mall,tak puas lagi,
    nak rasa lagi mencabar, merompak rumah orang.

    itu kalau bab mencuri, kalau bab couple?

    mula mula sms cakap rindu, lepas tu cakap sayang,
    whatsapp kata nak jumpa dan skype sampai pagi buta.
    jumpa dulu senyum-senyum lepas tu dah biasa duduk dekat.
    mulai dari berpegangan tangan sampai terlanjur.
    termengandung dan melahirkan.

    yang jadi mangsa?
    si anak yang tak berdosa.
    dibuang sana sini.
    hilang rasa keperimanusiaan.
    tiada rasa sedih maupun bersalah.
     yang punya cuma rasa malu.

    oh berbuat dosa tak malu?
    malu pada siapa?
    pada orang yang mengata, manusia yang bisa berbicara.
    tidak malu pada tuhan maha pencipta?




    nauzubillah.
    Pertama kali terbuat dosa, hati diselubungi rasa bersalah,
    bersalah kerana melawan fitrah.
    kesalnya bukan main.

    namun, rasa berdosa itu tidak lama.
    jika dosa yang sama dibuat untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya,
    rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit.
    akhirnya hati sudah terbiasa berbuat dosa,
    rasa bersalah tidak muncul lagi.

    alah bisa tegal biasa,
    hati tega untuk berdosa.

    mereka yang melakukan dosa sama dan berulang kali,
    tiada rasa bersalah , sedih, dan kesal.
    mereka bukanlah orang jahat pada awalnya,
    namun tidak berusaha menghindari atau menjauhi dosa.

    kita semua pendosa.
    yang beza,
    hanyalah hati yang segera bertaubat kepadaNya
    atau yang berterusan melakukan dosa semata.


    jaa
    22122013

    No comments:

    nuffnang

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...